|
SEMI-FINAL MM22 BALADA : SIAPA AKAN MARA KE FINAL?
[Copy link]
|
|
Fazli memukau, Faizal tepati ramalan
Oleh: Razif Rosdi
kredit to : www.murai.com.my
SHAH ALAM, 19 NOV 2007: "Persembahan artis pada malam ini sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan juri. Namun, pemilihan kami tetap pada impak dan kreativiti lagu berkenaan.
"Apapun, nyanyian Datuk Siti Nurhaliza melalui lagu Bisakah tak mencapai standardnya dalam pertandingan Juara Lagu sebelum ini. Impak Siti tak sampai," jelas Azhar Borhan selaku ketua juri dalam sidang media selepas pengumuman keputusan Muzik-Muzik kategori Balada dilakukan.
Azhar turut menjelaskan ketiadaan Siti ketika pengumuman keputusan dibuat bukan kerana dia sudah mengetahui keputusan itu terlebih awal. Sebaliknya, beliau terpaksa pulang cepat kerana terlibat dengan persembahan lain.
"Lagi pun, Siti sendiri meminta pihak kami mempercepatkan gilirannya walaupun dia sepatutnya berada di giliran ke sembilan," katanya.
Dalam sidang media itu juga, Azhar turut memberitahu, tiada syarat mengatakan penyanyi asal tidak boleh menyanyi di final walaupun pada peringkat separuh akhir, ianya disampaikan penyanyi lain.
Namun, ia terpulang kepada penyanyi dan komposer lagu berkenaan untuk memberikan laluan pada penyanyi asal menyanyikan semula lagu itu. Walau bagaimanapun, ia satu kejutan kerana sebelum ini, umum mengetahui bahawa dalam syarat pertandingan Juara Lagu sebelum ini, artis gantian haruslah membuat persembahan pada peringkat akhir.
Salah seorang yang terkena tempias ini ialah Sahri yang menggantikan Kaer yang sedang menuntut di Jakarta menerusi lagu Izinku Pergi ciptaan komposer Azlan Abu Hassan dan lirik Sulu Sarawak.
Ketika pengumuman lagu itu berjaya melangkah ke peringkat akhit dibuat, Sahri nampak kelihatan begitu gembira sekali namun terkejut sebaik saja memdengar kenyataan Azhar itu.
Bagaimanapun, bintang Akademi Fantasia Musim Pertama ini tidak kisah sekiranya Kaer sendiri yang mahu menyanyikan lagu itu pada peringkat akhir nanti.
"Mengenai perkara ini, saya akan bincang dengan Kaer. Sekiranya Azlan mahu Kaer yang nyanyi, terpulanglah. Saya cuma bertanggungjawab menyampaikannya dengan baik. Berat juga beban nyanyi lagu orang, apatah lagi bila nanti ada yang cuba membuat perbandingan di antara nyanyian saya dengan penyanyi asal," kata Sahri.
Selain Sahri, bekas kumpulan VE, Lah Ahmad juga turut diberikan tanggungjawab sama. Beliau yang menggantikan tempat penyanyi Indonesia, Rio Fabrian berpadu suara dengan juara Malaysian Idol (MI) pertama, Jaclyn Victor.
Mereka mara ke peringkat akhir selepas pihak juri memilih lagu Ceritera Cinta ciptaan Ross Ariffin dan lirik Habsah Hassan untuk bertandingan bersama empat lagu lain dalam kategori balada.
Apapun, pujian harus diberikan buat Lah kerana vokalnya jauh lebih baik daripada Rio. Malah, dia turut menyampaikan lagu itu dengan corak vokalnya yang tersendiri.
Mengenai ketiadaan Rio, Jac mencelah, penyanyi dari seberang itu tidak dapat hadir kerana terbabit dengan komitmen lain. Selain itu, pihaknya juga perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membawa penyanyi itu ke sini.
Namun ramalan bahawa Fazli Zainal dan Faizal Tahir akan melangkah ke peringkat akhir pertandingan ini memang sudah dijangka dari awal lagi. Hal ini, berikutan masing-masing mempertaruhkan dua lagu.
Fazli yang juga finalis MI bagaimanapun lebih berjaya memukau mata penonton menerusi lagu Harapan ciptaan Hazami sepenuhnya. Pun begitu, persembahannya menerusi lagu Sejuta Nafas Cinta ciptaan Hazami dan lirik Loloq juga tidak kurang hebatnya meskipun ia kurang berjaya memikat hati juri.
"Malam ini, kedua-dua lagu nyanyian saya dihasilkan oleh pencipta yang sama. Cuma yang berbeza hanyalah pada liriknya saja. Alhamdulillah, satu lagu ke final sudah cukup menggembirakan saya. InsyaAllah saya akan buat secara 'all out' lagi pada malam juara lagu nanti," kata Fazli.
Turut mara ke final, bintang kelahiran One In A Million, Faizal menerusi dua lagu iaitu Mahakarya Cinta ciptaan Audi Mok, lirik Shah Shamshiri dan lagu Kasih Tercipta ciptaan komposer terkenal Ajai dan Habsah Hassan. Antara lagu yang tewas malam tadi ialah Paluan Rindu (Idayu/M Nasir/Keon), Bisakah (Siti Nurhaliza/Aubrey Suwito/ Tessh RS), Andainya (Nieyl/Hadi Hassan/ J.Looi) dan Hilang (Diddy/Audi Mok/Bash). |
|
|
|
|
|
|
|
Bisakah bukan lagu terbaik Siti?
19-11-2007 01:13:45 PM
oleh WAHIDA ASRANI
SATU keputusan yang agak memeranjatkan apabila kemunculan semula DatinSeri Siti Nurhaliza di dalam program Muzik-Muzik nampaknya telahmenghampakan peminat-peminatnya apabila penyanyi nombor satu negara itugagal mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) bagikategori Balada.
Siti yang kembali beraksi pada pertandingan berprestij inimempertaruhkan lagu Bisakah ciptaan Aubrey Suwito dan liriknya hasilnukilan Tessh RS pada peringkat separuh akhir kategori tersebut yangdisiarkan secara langsung di TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral,Shah Alam, malam tadi.
Lagu Bisakah dikatakan tidak cukup 'kuat' untuk layak ke final AJL22 (foto The Star oleh Kamarul Ariffin)
Namun, nasib tidak menyebelahi Siti apabila dia tewas di tanganpenyanyi-penyanyi 'junior' lain walaupun Siti sebelum ini memangdisebut-sebut bakal layak ke peringkat akhir AJL22 yang akan diadakanpada awal Januari depan, mengiringi empat buah lagu lain.
Jika ingin dinilai berdasarkan persembahan malam tadi, Siti mungkinmempunyai peluang cerah untuk mara, tetapi ini adalah pertandingan yangmemartabatkan lagu-lagu yang terbaik dan hanya 30 peratus saja daripadamarkah keseluruhan diperuntukkan pada aspek persembahan.
Sememangnya ramai yang berasa hampa apabila Siti gagal ke final dantidak kurang juga ada juga yang membuat spekulasi bahawa Siti sendiritelah menjangkakan kekalahannya pada malam itu kerana penyanyi tersebuttidak dilihat berada di pentas ketika pengumuman lagu-lagu yang layakdibuat.
Apapun, Siti sebenarnya terpaksa bergegas ke majlis lain sebaik dia selesai membuat persembahan malam tadi.
Mengulas mengenai kegagalan penyanyi tersohor itu ke final AJL22, kata Azhar Borhan, lagu Bisakah sememangnya tidak begitu strong berbanding lagu-lagu lain yang terpilih.
"Kami menilai lagu-lagu ini dengan mengambil kira aspek kreativiti,keberkesanan dan keasliannya. Terus-terang saya katakan, lagu Bisakahsebelum ini memang tidak berada di dalam top 5 sewaktu kami membuatpenilaian lagu-lagu tersebut.
"Lagu ini tidak mencapai tahap lagu-lagu Siti yang pernahdipertandingkan di dalam Juara Lagu sebelum ini. Ia tidak begitu'kuat'," ujar Pengurus Besar Jabatan Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3, Azhar Borhan yang ditemui sejurus selepas program tersebut.
Lima buah lagu yang berjaya menyaksikan dua daripadanya didominasikanoleh bintang baru, Faizal Tahir menerusi lagu Mahakarya Cinta ciptaanAudi Mok dan lirik oleh Shah Shamshiri dan Kasih Tercipta, ciptaan Ajaidan lirik oleh Shuhaimi Baba yang merupakan lagu tema filem Waris JariHantu.
Turut layak ke peringkat akhir bagi kategori ini adalah lagu Harapan,nyanyian Fazli Zainal, ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Hazami danIzinkan Ku Pergi ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Sulu Sarawakyang dipersembahkan oleh Sahri, menggantikan penyanyi asalnya, Kaer.
Jaclyn Victor dan Lah Ahmad (menggantikan Rio Febrian) yang membawakanlagu Ceritera Cinta, ciptaan Ross Ariffin dan lirik oleh Habsah Hassanturut membawa tuah apabila layak ke AJL22 kelak.
Lagu-lagu lain turut dipertandingkan pada malam itu ialah Andainyaciptaan Hadi Hassan dendangkan Nieyl, Hilang ciptaan Audi Mok dan lirikditulis oleh Bash, dipersembahkan oleh Diddy, Paluan Rindu Mu nyanyianIdayu dan ciptaan oleh M.Nasir dan lirik oleh Keon serta Sejuta NafasCinta ciptaan Hazami dan lirik oleh Loloq, yang dinyanyikan oleh FazliZainal.
Kesemua lagu tersebut telah diadili oleh barisan juri yang terdiridaripada penulis lirik Amran Omar, komposer Iman Wan, Khairil JoharyJohar, Edry KRU, Pengarang Hiburan Harian Metro Adam Salleh dan AzharBorhan.
Apapun, kegagalan Siti pada kategori Balada ini bagaimana pun mungkinboleh ditebus semula andai kata lagu Destinasi Cinta ciptaan Lin Li Zendan lirik oleh PSSN yang akan berentap pada peringkat separuh akhirkategori Pop Rock minggu hadapan menerima nasib yang berbeza!
Dalam pada itu, peringkat separuh akhir Balada malam tadi sememangnya menyaksikan saingan lagu yang cukup sengit.
Lima buah lagu yang layak itu mempunyai keistimewaan tersendiri danFaizal Tahir dilihat cukup bertuah apabila kedua-dua buah lagu yangdipertandingkan mara ke final, walaupun jangkaan ramai pada mulanyameramalkan Faizal mampu menempah tempat ke peringkat akhir untuk salahsebuah lagunya sahaja.
Fazli Zainal yang juga mempertaruhkan dua buah lagu ciptaan Hazami malam tadi berjaya dengan salah satu daripadanya.
Begitu juga dengan penyanyi 'gantian' Sahri dan Lah Ahmad yang berjayake AJL22 atas tiket kekuatan lagu yang dipersembahkan. Atau mungkinjuga dua penyanyi ini akan 'menyerahkan' semula lagu tersebut kepadapenyanyi asal pada peringkat akhir nanti?
"Ia bergantung kepada pencipta lagu dan penyanyi itu sendiri. Kitatidak pernah meletakkan syarat bahawa penyanyi 'ganti' ini perluteruskan pada final nanti.
"Sama ada Kaer akan kembali menyanyikan lagunya di peringkat akhirnanti dan Rio Febrian akan sertai Jac kelak, itu terpulang kepadamereka sendiri untuk berbincang," kata Azhar.
Komen finalis:
Faizal Tahir
"Antara dua buah lagu saya yang dipertandingkan, saya tidak terfikirlangsung lagu mana antara dua itu mempunyai potensi untuk layak kefinal kerana kedua-dua lagu tersebut memang mendapat sambutan ramai.
"Bila kedua-duanya terpilih ke final, ia memang satu keputusan di luarjangkaan saya. Memang satu cabaran yang besar untuk saya kerana duabuah lagu ini memang mempunyai tahap kesukarannya yang tersendiri. Sayakena betul-betul fokus."
Jac:
"Semua lagu yang bertanding amat hebat dan saya hanya cuba lakukan yangterbaik. Sama ada saya akan terus mengambil Lah untuk gantikan Rio,semua itu saya belum fikirkan lagi.
"Rio tidak dapat turut serta malam ini kerana komitmen kerja. Tetapi,apapun, saya tiada masalah untuk terus bekerjasama dengan Lah di final.Lagipun, saya tidak pernah buat persembahan bersama dengan Rio punsebelum ini walaupun itu adalah lagu duet kami.
"Kemungkinan besar, saya akan teruskan dengan Lah."
Sahri:
"Berat sebenarnya bawakan lagu orang kerana pastinya ramai yang sudahterbiasa dengar versi yang dinyanyikan oleh penyanyi asal. Saya akanberbincang dengan Azlan dan Kaer, jika mereka mahukan Kaer menyanyipada final nanti, saya terima saja.
"Begitu juga sebaliknya. Saya terima apa saja keputusan yang dibuatnanti. Yang bertanding adalah lagu, kami hanya menyampaikan saja."
Fazli Zainal:
"Malam ini saya bawakan dua buah lagu daripada pencipta yang sama.Seperti mana Faizal, saya juga tidak menekankan mana-mana lagu tersebutdapat ke final. Terpilih salah satu pun sudah cukup bernasib baik." |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #403 badiuz's post
lagu bisakah x kuat ?...hmm..patut laa...
but ct still maintain her vocal semalam..
walaupon standard nyanyian nya x sampai ..
dan terkejor2 ke majlis lain plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
ape2 jek lah korg nih...siti dah kalah..senyap jek..padan muka..asyik nak kutuk mawi jerk..kali ni rasakan penangan..dah tau lagu bisakah langsung tak sedap...i mean faktor paling penting ialah keberkesanan..in a way populariti lagu...lagu siti tuh mana lah glamar....heheh..gembira sgt,,,go go go jac!!!... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #404 fredbok87's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #409 Rhyno's post
mana pergi siti?siti bukan otai juara lagu ke?..apa silapnya lagu tuh di pandangan mata juri dgn pandangan mata kita..aku sgt terkejut lagu tuh tak dpt..tp,aku berserah pada keputusan juri..kalo juri dah ckp lagu tuh tak berkualiti,aku setuju jek..in fact,mmg pun kot..ak ikut je ckp org kata lagu siti best,sedap lah...tp,dah juri kan org yg lebih berpengetahuan dlm bidang nih,so,aku setuju dgn dorg..sape lah aku nak bantanh keputusan yg maha adil nih |
|
|
|
|
|
|
|
loorrr..bilanya start semi balada nie?? ketinggalan ketapi rupanya haku.. |
|
|
|
|
|
|
|
heeeeeeee.... best lagu faizal tahir tu. i like it |
|
|
|
|
|
|
|
FINAL NANTI NAK KAER YANG NYANYI....... |
|
|
|
|
|
|
|
xpe. destinasi cinta dpt kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada hambah Allah komen pasal Bisakah tak dpt masuk final. Korang bg pendapat sket dengan komen ni :
susunan muzik bisakah jauh lagi baik dari jerat percintaan atau bicara manis menghiris kalbu atau wajah kekasih...
yg penting...perluker kene kompare? susahla siti nak masuk, atau mana2 artis yg yg selalu dah masuk juara lagu sebab lagu2 diorang akan dicompare pada tahap sebelumnya...
katakanla bisakah lagi bagus dari lagu kaer...tapi sebab sebelum ni siti pernah ada lagu yg lebih power...terus siti tak boleh masuk, adil ke camtuh? kiranya apa, siti kene tolak 20 markah sebab tak sebagus dulu ker? kan ke pengadilan yg bodoh namanya tu...
katakanla m nasir ada lagu yg sgt bagus tapi tak sebagus tanya sama itu hud hud atau juwita citra terindah...so m nasir pun akan kantat ke?
contohnya ada org masuk pertandingan menulis 2007... katakan si A penah masuk sebelum nie tahun 2006 and si B baru first time masuk...karya si A lagi bagus dari si B tahun 2007, tapi gara2 karya si A tak sebagus yg pernah dia hasilkan 2006...terus dia kalah ngan si B...betul ke pengadilan camtuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #418 Rhyno's post
ayo. ader ke pengadilan mcm tuh. kan juri da bgtau, waktu pemilihan sblm persembahan pn bisakah mmg x termasuk top5 ok. mmg betul bisakah lagi bagus dr jerat percintaan n wajah kekasih, tp tu zaman bile. saingan skrg teramat hebat. aku pn heran mcm mn jerat pcintaan bleh msk final, padahal lagu batas menanti n jgn diucap slmt tgl lg best..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|