|
lagi 6 cred je lg nak capai 200..yay yay |
|
|
|
|
|
|
|
yeay... |
|
|
|
|
|
|
|
apepun jubah kowang tak lawa coraknyer..so patut takde jeles2 bagai neh |
|
|
|
|
|
|
|
salam dik...
dah banyak kali baca still nak gelak...gelak sebab teringat pengalaman sendiri
nak reply malas....
hari ni cuba merajinkan diri nak share cerita sendiri...
pengalaman pertama dengan SIL..apa sahaja yang saya beli dia mahu beli sehingga suatu hari(saya tak kisah pun dia nak ikut saya)
saya gi ke pekan sehari...saya dah tau dia tu macam tu orgnya sebab tu bila balik kampung atau jumpa dia biar dia yg nampak lebih dari saya...biarlah saya pakai nampak buruk and lusuh and biarkan dia meyeringai kegembiraan kegirangan sebab merasakan dialah tercantik,terbagus,ter up to date...janji aku pakai sebab aku suka dan selesa bukan nak curi perhatian orang...
bila pergi pekan sehari....punyalah luas dan banyak gerai....,sekali tu singgah geria yang mulamula tu semula nak beli kain nak buat baju kurung jahit sendiri,masa tu susah sikitlah,beli kain ela yang murah jerk...tup-tup sekali tu dia ada kat sebelah,dia sengaja beli kain yang serupa warna dan corak....punyalah banyak gerai dan luasnya pekan sehari tu,apa pasal dia beli kat geria yang aku singgah?punyalah banyak kain kat merata gerai termasuk gerai yang aku singgah selepas habis pusing seluruh pekan sehari tu,alih-alih depan mata aku,berdiri kat sebelah aku leh cakap kat tokey tu dia nak kain yang serupa macam aku,corak dan warnanya...siap sound kat aku"raya nanti jangan pakai nanti boria!".....aku tergamam,terkejut,terbeliak biji mata dengan peel SIL aku tu...melopong aku seketika,dah lah aku susah nak berganti baju masa tu,nak beli kain ela sepasang jenuh aku survey yang aku suka dan cantik pada mata aku tapi dengan harga yang aku mampu....beli semata-mata nak buat baju raya....maka,pada tahun tersebut dipagi raya aku telah pakai baju lama yang lusuh...semata-mata nak bagi si kerek tu rasa happy dengan dunia dia...balik kampung macam bawak satu almari baju...kehkehkeh...
aku ni pesen tak suka ikut orang...orang ikut aku pun aku tak suka,aku tak pakai lagi baju yang aku pakai kalau aku nampak ada orang pakai baju sama ngn aku,tapi takder lah aku nak marah orang tu..al maklum,baju murahan dah tentu banyak copynya kat kedai..lainlah kalau aku buat tempahan khas kat butik...kain eklusif dan rekaan pun eklusif...
satu lagi ngn adik perempuan bongsu...tah hapa yang dia tak puas hati tah...]
masa kecik aku simpan jer dalam hati bila apa sahaja baju dia nak pakai,kalau dia rasa nak tempah,dia akan tempah....aku ni ikut jer apa mak aku belikan...
alih-alih bila dah besar macam2 dia bebelkan aku pasal penampilan,pasal tudung,baju,mekap...yang aku guna....
bila aku lawat dia kat hostel,masa tu dia still sekolah yang agak fanatik dalam bab aurat dan aku pulak langsung belum terlintas nak pakai tudung,masih ingusan lagipun,aku pakailah selendang letak atas kepala sebagai menghormati hostel adik aku yang sangat fanatik bab agama dan aurat....
adik aku apa lagi...membebel kat aku kata nampak jambul rambut aku,aiseh...masa tu aku baru nak masuk 17 tahun maaa....at least,tau gak aku hormat masuk tempat orang...lainlah kalau aku pakai ketat,pendek,tebelh,jarang....dia kata,aku wajib tutup muka sebab kalau orang tengok muka aku nanti boleh mendatangkan fitnah...adoii...kerek lah adik aku masa tu....dengan tudung labuhnya,dengan purdahnya...last2 beberapa tahun lepas dia bukak purdah dia,alasannya sebab sesak nafas,dia buang tudung labuh dia,now cuma pakai tudung letak atas bahu jerk....dulu bagai nak rak dia syarah aku,last-last aku tengok dia semakin keduniaan aku pulak dah cuba semkain keakhiratan sebab dia uska syarah kat aku,sedangkan orang yang asik syarah aku dah jadi macam"dunia dah terbalik"....
husband dia beli beberapa pasang baju kaftan,bagi kat adik beradik ipar yang lain-lain,dah orang bagi,aku abiklah,aku tak kisah pun kaler hapa....
tup-tup selepas berbelas tahun kawen dia ungkit apa husband dia bagi kat aku,walhal bukan aku sorang dapat baju tu...dia kata,dia sebenarnya nak baju yang aku dapat tu...laki dia bagi kat aku kaler ink,dia kata dia bengang kat laki dia sebab bagi yang kaler pink kat aku,dia kata,dia nak kaler pink tu..aduii...adik aku yang kerek berdendam kat aku berbelas tahun sebab kononnya sepatutnya kaftan kaler pink tu dapat kat dia,awatlah dia tak cakap kat husband dia?adakah kalau aku dapat kaler hijau ker hitam ker adik aku tak cakap macam tu???
sebelum dia bongkar rahsia hatinya pasal dia marahkan aku dapat baju kaler pnk tu,berkali-kali dia cakap kat aku yang kononnya aku ni tak sesuai pakai baju kaler pink,aku lebih sesuai pakai baju kaler merah,adik aku ni ala-ala diktaktor,marah kalau orang tak ikut saranan dia,nasihat dia....
sesekali,kesian pulak aku kat dia....aku pun beli 10 pasang kain dan tempah baju,kebanyakannya dah tentu kaler pink....aku nak bagi dia happy,baju yang dah siap belum pakai aku bagi kat dia sebanyak 4 pasang yang semuanya kaler pink...dalam hati aku("hah,ambiklah kau,nak sangat kaler pink"....dalam hati jerlah)....aku ingat dah habis kat situ....adoii..adik ku yang kerek....
bila aku pakai lipstik,...dia bebel kat aku,kalau nak bermekap hanya bila ada laki jer,kalau tak der laki tak boleh bermekap....,aku ni pakai lipstick supaya muka aku tak lah nampak pucat bila berdepan dengan orang macam zombie...bukan sebab nak melawa semata-mata atau sebab nak attract orang.....
nak ajer aku bersyarah balik kat adik aku,bila dia solo kembali dengan mekap nya...
nak jer aku cakap kat dia"bermekap ni hanya utk laki jer"...
(tak sampai pulak hati aku nak cakap macam tu..kesian pulak,bagi aku lantaklah,nak mekap ker hapa ker....)
bila aku pakai jeans,dia marah,dia kata macam lelaki....
selepas berbelas tahun,dia tanggalkan jubah labuh dia,dan dia pakai seluar yang tight....ketat
(errr...pakai jeans macam lelaki..kalau pakai seluar yang ketat melekat kat badan tak per ker????,atau hukum itu boleh berubah mengikut keadaan yang kita mahu???)
pulak tu bila dia gi kenduri kawen siap pakai kebaya nyonya yang jarang dan ketat...oh adikku...(macam lepas dendam pulak dia selepas dia buang jubah dan purdah yang dia pakai berbelas tahun.....semua benda yang dia haramkan dalam syarahan dia ketas aku,semua dah jadi halal bila dia buat semua benda yang dia marah aku buat,malah dia buat lebih dari aku buat...aku hanya tergamam....)
dulu2..bila aku gi umah dia,dia kata ikut sunnnah nabi makan sambil duduk kat atas lantai...
aku akur...maklum,aku ni kan jahil agama...hehe
tak lama pastu dia dia beli meja makan...
bila dia datang umah aku dia bebel paksa aku beli meja makan sebab senang nak makan dok atas kerusi....
"aitt...dulu kata makan kat atas lantai tu ikut sunnah nabi?"(dalam hati jerlah..)
aku ni tak suka berhutang...semua barangan rumah macam perabut atau barangan eletrik aku suka beli beransur-ansur...cukup duit beli satu barang...macam tu lah...
turun naik aliran kewangan rupanya boleh mengubah hukum dan prinsip...macam adik aku...hmmm....
aku suka nak rasa jiwa aku macam feminin,jadi feminin,sebab tu aku buat apa sahaja yang boleh buat aku feeling lebih feminin...macam pakai baju kaler pink,pakai kasut tinggi..
bila aku pakai kasut tinggi,adik aku bebel..dia kata aku nampak sangat buruk pakai kasut tinggi sebab kononnya aku dah cukup tinggi....
tup tup selepas berbelas tahun dia pulak pakai kasut tumit tingi....dengan kebaya nyonya yang jarang dan ketat dan dengan mekap lipstick kaler pink dan eye shadownya....
dengan orang macam adik aku...macam SIL...jika aku kena berdepan dengan mereka..aku rela berpakain lusuh,biar mereka rasa diri mereka yang paling best...haha....
dan aku lebih rela tak berjumpa mereka....
sebab,ada sahaja yang tak kena..dan yang tak kena itu pula,itu lah pula yang akhirnya aku nampak mereka pakai dan guna....walaupun mereka nasihatkan aku jangan pakai atau guna sebab tak elok atau tak patut....
hehehe....yang tak patut dan tak elok tu hanya utk mereka jer...
sebab mereka akan kelihatan cantik bila mereka memakainya... |
|
|
|
|
|
|
|
anyway...citer saya ni memang klaka..sebab saye ni orangnye blurr blurr.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam...
izinkan kander mencelah bleh?
cam nih... akak rasa, masalah adik tuh akan selesai kalau adik niatkan dalam hati " Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya hatiku ini telah terbuka untuk memilih jilbab dan abaya sebagai pakaianku di dunia mu yang fana ini supaya tertutuplah pandangan lelaki yang bukan muhrim terhadapku dan terhindarlah aku dari fitnah mereka terhadap diriku... sesungguhnya Ya Rabbi, aku mencari Redha Mu, Ya Ilahi"
tip ke-2, masalah adik nih jugak akan selesai kalau adik lihat Abaya nih sebagai bukan hanya sekadar fesyen tapi merupakan menyahut seruan Ilahi yang meminta muslimah seluruhnya menjaga aurat mereka, insyaAllah.. kerana itulah sebenar2 nya pakaian yang diredhai Allah S.W.T.
kerana, bila hati kita ikhlas melakukan sesuatu kerana Allah, hati kita akan tenang dan kita tak akan rasa susah dari perasaan dengki dan khianat yang ditiup2kan ke dalam dada kita oleh Syaitan Laknatullah...
akak paste kan sedikit petikan dari article yang ditulis oleh UZAR yer? :-
Mari Goda Ustaz ?
Ada individu pernah meluahkan rasa marahnya kepada keadaan ustaz dan golongan agama yang mula boleh dibeli, disogok dan bernafsu besar. Sebelum ini kita pernah mendengar berita hakim Syari'e dan Peguam Syarie dituduh rasuah. Kini lebih dahsyat.
Individu tadi mencadangkan orang ramai menguji para ustaz yang memenuhi bumi Malaysia ini terutamanya yang memegang jawatan penting.
"Elok jika kita berlagak sebagai wanita, dan cuba 憈est' ustaz-ustaz ni. Kita goda slow-slow, tanya soalan agama kemudian melencong ke seks, tengok samada dia benar-benar ustaz atau syaitan bertopeng ustaz." Katanya dengan penuh yakin.
Hmm, susah juga saya nak komen tapi tidak dinafikan ada baik buruknya. Baik kerana biar segelintir ustaz-ustaz yang gatal ini susah nak mengenalpasti wanita betul atau orang penguji, akhirnya semua saluran untuk berbuat jahatnya tertutup RAPAT. Buruknya bimbang dipukul rata semua ustaz seperti itu. Padahal ia hanya sebilangan sahaja.
"Jika dia terpedaya, lepas tu tibai dia cukup-cukup. Amacam ustaz?" Tanyanya lagi
"Bolehlah anda buat eksperimen dulu, then lapor pada saya hasilnya ye" ujar saya
So ustaz-ustazah, bersedia ye dengan penguji-penguji ini.
Apa pandangan anda pula??. Golongan agama yang gila rasuah pun ramai juga. Mereka juga mungkin perlu diuji tetapi bimbang yang diuji ditangkap oleh BPR pula nanti.
Akhirnya, kefahaman terhadap keutamaan menggunakan wang negara untuk tujuan keagamaan yang bermanfaat meluas perlu diambil kira secara amat serius.
Kita bimbang fenomena 慻ila' rupa bentuk Islam tanpa isi akan membawa salah faham terhadap Islam yang sebenarnya. Akhirnya Islam dipandang serong kerana kejahilan umatnya.
Lalu wujudlah ...
Kereta macam Islam dan pemandu belum Islam.
Masjid hebat bentuknya tetapi mengaibkan Islam
Nasyid Islam dengan lagu merosak akhlak remaja Islam
Pelakon & penyanyi wanita imej Islam dengan perangai minah rempit
Busana Muslimah yang sebenarnya Busana yang patut dimuntahkan.
Selipar Islam @ Nabi tetapi hati munafiq.
Moga Allah selamatkan kita darinya dan rezekikan kita menjadi penasihat dan penghalang wujudnya fenomena ini.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
13 November 2007
--------------(soklan dari pembaca mengenai komen UZAR mengenai "Busana Muslim"----------------------------------
aslmkum UZar..
barakallahu fik.......
ana adew satu persoaln..
ape yg UZAR maksudkn dgn :
'Busana Muslimah yang sebenarnya Busana yang patut dimuntahkan.'.........
bagaimana cirinye?sdgkan dah name buasana muslimah...
sdikit keliru...moga mndapat panduan dari UZAR...
jazakallah...wslm
KOMEN UZAR : BAGUS SOALAN TU, ITU KENA BUAT ARTIKEL SATU ALAGI ATAU SUDAH CUKUP JIKA ANDA MEMBACA ARTIKEL "AURAT : APA SUDAH JADI" DAN UNTUK LEBIH FAHAM, CUBA LIHAT GAMABAR2 DI AKHBAR BERKENAAN PERTUNJUKAN FESYEN BUSANA ISLAM BARU-BARU INI. MEMANG PATUT DIMUNTAHKAN |
|
|
|
|
|
|
|
akak mintak maaf kalau ada yang nak dengan posting akak kat atas...
sebenarnya, akak cuma nak berkongsi perasaan akak jek... akak pun baru lately terbukak hati nak pakai Abaya dengan Jilbab nih... and akak baru sangat pakai tudung... dan Alhamdulillah... akak harap... akak istiqomah dalam menyahut seruanNya sebab akak betul2 mengharapkan keredhaan dan kasih sayang Nya...
bercakap pasal fesyen, akak nih lagik ler kaki fesyen.. nafsu terhadap nak kelihatan cantik terlalu kuat... masa akak belajar kat UiTM, akak nyer batchmate siap umpat akak sebaga "HongKong filmstar" yang akak tak tahu selama 4 tahun belajar tuh, yang derang panggil Hong Kong filmstar tuh rupanya akak lah orang nya... tuh lah manusia kalau menular perasaan tak puas ati dan benci atau meluat kan? tapi akak tak marah, sebab akak rasa... dah memang stail akak cam tuh, nak buat camaner nyer?
bila dah grad, ada duit sendiri...lagiklah kuat melaramnya... nak jadik citer...akak dapat lak jadik stewardess ngan emirates... bertambah2 lah pengetahuan dan kebolehan nan berfesyen...
tapi ntah camanernya, Allah turunkan musibah pada akak yang menjadi ujian perit... terus akak tersedar dari lena yang panjang atas kenikmatan yang dia curah selama hari ini, betapa tak bersyukurnya akak terhadap Dia yang memberi kenikmatan sehingga lupa segala perintahnya sebagai Khaliq... akak taubat mintak ampun... dan cuba perbaiki diri untuk mendapat rahmat Ilahi... kalau setakat solat 5 waktu, insyaAllah semua orang boleh buat kan? tapi bila terpaksa tinggalkan perkara2 yang kita amat suka buat... pakaian yang amat kita suka dan bangga peraga... 1001 macam perasaan yang bangkit dari kehendak nafsu yang amat menarik kepada duniawi... tak dapat akak nak panjangkan... terpaksa dikorbankan ... sebagai perempuan yang akak rasa paling susah... naluri untuk menjadi cantik, up-to-date, fashionable, menawan, menarik... adalah yang amat susah untuk ditundukkan... sekarang akak struggle sikit demi sedikit melawan nafsu cantik nih... akak masih lagik fashionable... tapi di bawah abaya hitam tuh lah dan peragaan hanya untuk suami dan keluarga...
insyaAllah... takder dah orang nak kata akak hongkong filmstar ker mak datin ker erra fazira ker aper ker... kan selamat kita dari dosa fitnah orang? insyaAllah....
tolong doakan akak tak jadik cam adik bongsu kak siti eh? risau lak akak... na'uzubillah... Ya Allah, jangan lah kau pesongkan hati-hati kami setelah kau tunjuki kami, rahmatilah kami dan tetapkan lah kami di jalan lurus mu agar kami mendapat keredhaanMu... amin!
[ Last edited by Ser3ndIpIty at 3-1-2008 02:01 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #103 sunshine66's post
hehehe... apa2 lah sunshine nih... akak kasi nasihat jek... kalau sunshine rasa poyo...abaikan jek... |
|
|
|
|
|
|
|
mane de poyo..cume bile ingt isu ni..saye geram dgn kawan saye tuu:@ :@
da ke betulan taste same..ee ee geram nya...saya x pernah lg tgk die pakai jubah/abaya...mcm mane saya nak tiru die..slalu nampak die pakai baju kurung..ape kejadah nyew die kate sy tiru..pelik la die tu..die ingt cume die sorang je bole pakai abaya/jubah gamaknya..padahal jubah2 tu sume da banyak kut dalam majalah..makcik2 haku pun pakai tau x!!..kak saya x mara akak tau..cume geram bile ingt kes nih..tu jer. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|