|
thanks calla.
berminat tp blm cukup bersedia. try to get the info 1st |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #81 satriastendet's post
|
|
|
|
|
|
|
insyaAllah hari nie boleh amik
plat no. start ngan WQW 5xxx
[ Last edited by Calla lily at 14-1-2008 10:47 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Tarikan harga Ford Focus
PARA pereka di Ford telah mengubahsuai bentuk keseluruhan
Focus kepada rekaan kinetik.
MODEL itu sememangnya tidak memerlukan penerangan panjang lebar. Anugerah dan pengiktirafan yang diterimanya di seluruh dunia membuktikan bahawa jentera itu bukan sekadar sebuah kereta biasa.
Malah, kelibat jentera yang dihasilkan oleh Ford itu boleh dilihat dalam persaingan World Rally Championship (WRC). Mahu meneruskan keterujaan itu kepada pengguna kenderaan tempatan, Auto ConneXion memperkenalkan model terbaru Ford Focus.
Merupakan model yang diimport sepenuhnya dari Filipina, anda boleh memilih sama ada varian sedan ataupun hatchback pada harga yang cukup berpatutan.
Tidak percaya? Ford Focus hatchback lima pintu boleh dimiliki pada harga RM112,888 dan RM111,888 (tanpa insurans) untuk sebuah Focus Ghia sedan.
Kedua-dua model itu dikuasakan oleh unit enjin Duratec berkapasiti dua liter yang berupaya menghasilkan kuasa sehingga 145PS.
Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa Focus masih dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan dengan ciri Sport Sequential Shift sedangkan para pengeluar lain sudah lama menggunakan transmisi automatik lima atau enam kelajuan.
Jangan terlalu cepat membuat penilaian. Pengurus Daerah Asia Tenggara, Eksport dan Pertumbuhan Ford, Tom Dickin menyatakan, pemilihan transmisi yang disifatkan sebagai agak lama itu kerana ia masih mampu menjanjikan pemanduan yang memuaskan buat setiap pemandunya.
Perubahan paling ketara pada model itu ialah bahagian hadapannya yang mengaplikasikan elemen reka bentuk kinetik. Bukan sekadar pembaharuan kosmetik, para pereka di Ford telah mengubahsuai bentuk keseluruhan Focus kepada rekaan kinetik yang membawa maksud energy in motion untuk penampilan luarannya.
Ia meliputi rekaan trapezoidal yang besar di bahagian bumper hadapan, bonet dengan garis kontur baru, di samping gril radiator bersama logo Ford lebih lebar.
Lampu belakang dengan perumah jernih pula menghiasi bahagian belakangnya. Untuk siri sport, ia turut menerima satu roof spoiler baru yang menempatkan lampu brek ketiga.
"Kami mahu jentera baru ini masih dikenali sebagai Focus, tetapi dengan elemen sebuah model generasi terkini keluaran Ford.
"Ford gembira dengan hasil akhir Ford Focus yang memiliki penampilan lebih menyerlah tanpa berkompromi dengan kualiti pemanduan dinamik," jelas Pengarah Eksekutif Reka bentuk Ford Eropah, Martin Smith.
Ford Focus boleh dilihat secara dekat di 26 buah pusat pameran Ford seluruh negara.
keta aku yg pertama pun ford gak... ford LTD... tadak jual kat mesia... tapi ford focus nih.. aku tak berapa suka belakang dia.. sporty yup.. tapi melengkung semacam ler pulak... cantik mmg cantik... tapi aku rasa bukan my cup of kopi .... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun suka ford focus nih |
|
|
|
|
|
|
|
Ford Focus Ghia Harga berdaya saing
Oleh JOHARDY IBRAHIM
| SPESIFIKASI
FORD FOCUS GHIA
Enjin: 1-4 DOHC, 16 injap Duratec l Kuasa Maksimum: 143 kuasa kuda/ 6000 rpm l Kuasa Terjahan: 185 Nm/ 4500 rpm l Tangki Penuh: 55 liter l Harga: RM111,888 (termasuk insurans)
|
PENGENALAN Ford Focus generasi kedua pada awal Februari lalu, menandakan model pertama Ford yang dilancarkan di bawah Sime Darby Auto Connexion sejak Ford Motor Company menamatkan penyertaan secara langsungnya dalam pasaran Malaysia pada awal 2008.
Seiring dengan matlamat Auto Connexion untuk mengembalikan zaman kegemilangan kereta sedan Ford di negara ini, aspek pertama yang dilakukan ialah penyusunan semula harganya.
Menggunakan enjin 2.0 liter bagi dua varian iaitu hatchback lima pintu (Focus Sport) dan sedan empat pintu (Focus Ghia), masing-masingnya dijual pada harga termasuk insurans RM112,888 dan RM111,888.
Harga sebelum ini bagi model generasi pertama Focus Sport bagi enjin 2.0 liter ialah RM121,388 manakala Focus Ghia berenjin 1.8 liter ialah RM110,888.
Pada harga sedemikian untuk enjin 2.0 liter, Ford Focus dijangka mampu menarik perhatian pembeli umum kerana ia kini memberi saingan secara langsung kepada kereta-kereta buatan Jepun.
Ford memberi lebih saingan jika diambil kira harga yang ditawarkan itu adalah untuk sebuah kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) kerana ia dipasang di kilang Ford di Filipina.
Secara umumnya, model generasi kedua Focus ini tidak mengalami perubahan besar dan mendadak. Ia lebih kurang serupa, cuma diberi penekanan kepada aspek sporty yang diistilahkan oleh Ford sebagai 慴ahasa reka bentuk kinetik |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun berminat ngan FF ni .kalau ada masa nak g test drive.memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan .tapi kenapa ford KL dah pindah .kalau nak servis kena pergi PJ.leceh jugak tu sebab jauh dari umah aku... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgh tinjau2 ford focus 1.8 tahun 05-06..harga dalam RM62K-RM65K...mcm nak sambar sebiji tapi nak tahu dulu kalau ada siapa2 yg pakai ford focus ni boleh bagi pendapat, terutamanya dari segi FC, mantainance dan alatganti.
Dan rasanya berbaloi ker beli kereta ford focus ni dgn harga tersebut?...terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
angkat rs la baru mantap
|
|
|
|
|
|
|
|
RS nmpk sporty sgt..igt nak angkat keta focus ghia utk family car..maklumlah..umur dh meningkat..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
umur meningkat kena la gaya lebih |
|
|
|
|
|
|
| |
|