CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2800|Reply: 4

Kenduri Kawin Yeh yeh

[Copy link]
Post time 18-12-2007 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Musim hujan dan musim kenduri kawin seakan-akan selari di kalangan rakyat malaysia ni especially org melayu. Saya nak tanya 2 soalan la ye:
1.  Kenapa buat kenduri kawin pada musin cuti sekolah??? kalu ikut saya la ye, bukan semua saudara mara kita tu cikgu, bukan yg kawin tu semuanya cikgu, bukan semua ahli keluarga yg jauh2 tu boleh dtg w/pun kita buat waktu cuti sekolah. Lepas tu kalau masa cuti sekolah ni, kenduri sentiasa bertembung, jadik makanan selalunya banyak dan timbul la pembaziran .
2. Kenapa buat kenduri kawin, nak buat besar2 dan grand? Belanja sehingga RM100k, buat ala2 org glamor (kalau ada duit lebih kan baik sedekah) OK la kita sentuh org yg dari keluarga yg sederhana saja, ngapa sanggup berabis duit buat kenduri sehingga abis puluhan ribu RM? Ngapa tak ikut style Mat Salleh (ni tak mau ikut pulak) buat majlis kat church (kita buatla kat masjid kan) lepas nikah, buat jamuan sikit dan selesai...duit yg sepatutnya kita buat majlis grand tu, kita bagi kat anak menantu kita yg baru lawin tu. Mereka lebih memerlukan utk memulakan hidup baru tau...ngapa kita belanja puluhan ribu utk tetamu yg tak berapa nak close ngan kita dan kita dapat umpatan dari tetamu yg sentiasa tak pernah puas hati dgn majlis org....(ni biasala org melayu)...
Tapi saya hanya menyatakan pendapat saja la... setiap org ada hak mereka nak buat besar atau kecil majlis mereka... pokoknya WANG...minta la pendapat ye...nak share the way of our thinking sempena musim KAWIN ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2007 10:58 AM | Show all posts
Originally posted by SANKURIANG at 18-12-2007 10:44 AM
1.  Kenapa buat kenduri kawin pada musin cuti sekolah???

2. Kenapa buat kenduri kawin, nak buat besar2 dan grand?  ...



Lor... Nak tanya soklan rupa nyer... Aku ingatkan nak 'jemput' tadik...

Soklan 1:

- Sebab masa cuti sekolah, boleh bawak anak2 sekali pegi makan. Nanti mak tak payah masak kat rumah.

- Kalau masa cuti sekolah, boleh jemput 1 keluarga pegi. Kalau jemput mak bapak jer, anak2 takder... tak meriah plak majlis dengan hiruk pikuk and telatah budak2. Yang seronok nyer masa majlis, biasa nyer budak2...

- Masa cuti sekolah, kena buat aktiviti hujung minggu untuk budak2, so kira pegi kenduri kawin tuh satu aktiviti jugak ler. Dah save duit mak bapak, tak payah pegi Cuti2 Malaysia...


Soklan 2:

- Dorang punyer duit, suka hati dorang ler macamana nak belanja...

- Best aper kalau kita dapat layan tetamu and kasik tetamu experience yg grand... Kita meraikan tetamu yg datang meraikan anak2 kita... Kira okay lah tuh... Lagik pun, kita berbelanja ikut kemampuan kan... Kalau mampu habiskan berpuluh / ratusan ribu ringgit untuk meraikan majlis, apa salah nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 11:20 AM | Show all posts
derang buat cuti sekolah ni ada beberapa sebab...

walimatul urus ni selalunya akan jemput seluruh ahli keluarga yg dekat dan jauh...jadi keramaian satu kampung. budak2 sekolah zaman sekarang ni sibuknya ngalahkan kita yg bekerja. ada 2 pihak je yg enjoy masa kenduri kawin ni....satu pihak pengantin laki bini tu la sebab dpt lesen...lagi satu pihak budak2 ni.

kalau kenduri kat kampung2 tu masih lagi dibuat secara gotong royong. orang2 yg nak buat kerja ni pun senang nak datang bergotong royong...takde la nak ngisahkan nak siapkan makan anak2 nak gi sekolah lagi...mana nak antar anak lagi...amik anak. makcik2 pun senang...takde la kalut.

nak buat besar besaran....

kita selalu ungkapkan kalau mampu nak buat besar besaran apa salahnya. bukan ke membazir tu. duit tu lebih penting kalau digunakan utk bakal laki bini tu mulakan hidup baru dr berabih yg pelik2.

aku dah uruskan 2 kenduri kawin adik2 lelaki aku memandangkan ayah aku dah meninggal. kenduri kat kampung je la...semuanya gotong royong. habis tak sampai pun 5 ribu. tetap meriah satu kampung.

budaya kita ni indah dan tak membebankan kalau tak dilebih lebihkan menda2 karut semua tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 11:28 AM | Show all posts
musim cuti sekolah jadik pilihan, sbb kita slalu nak mintak sedara mara dtg awal dari tarikh majlis utk tolong ape2, so makcik pakcik kita tentu tak keberatan nak bertandang awal sbb boleh bawak anak2 sekali yg tak pergi ke sekolah. ---->> tapi time skrang ade ker? nak nak lagik tuan rumah yg cuma duduk umah flat kan?

aku pun kurang setuju la kenduri besar-besaran jemputan sampai 1000 org. tapi makanan cam nak tak nak kasik org makan aje. selalu parents aku dpt jemputan mcm nie. baik jemput 300 org aje, tapi semua hampir sempurna dan eklusif la sikit.

yg buat belanja jadik byk tu :

1) khemah mesti ada kain. aku lupa org panggil ape. kalau khemah tak cover kain tak grand.
2) bunga telur yg mahal. sebatang RM1.50 ke atas.
3) upah andam. baju mesti nak up to date. make-up cantik.
4) upah jurugambar professional yg up to date punye. amik package harga seribu.
5) package amik gamba dlm studio mcm pengantin cina
6) gubahan brg hantaran ala2 artis
7) senarai brg hantaran spt tepon bimbit la, mp3 la, kasut handbag mesti branded punye
8) ole2 utk tetamu. skrang mana ada org nak kasik telur rebus bungkus kertas tisu aje.
9) upah catering. kalau dpt satu kepala RM8 dah ok dah tu. RM8 x 1000, tak ke dah 8ribu.

itu ajelah dari pemikiran aku.

[ Last edited by  meow_tompok at 18-12-2007 11:31 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 12:18 PM | Show all posts
Originally posted by meow_tompok at 18-12-2007 11:28 AM
1) khemah mesti ada kain. aku lupa org panggil ape. kalau khemah tak cover kain tak grand.
...


Scallop ker?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.054271 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list