CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1823|Reply: 5

ANUGERAH INDUSTRI MUZIK - lambang perpaduan kaum

[Copy link]
Post time 24-12-2007 08:24 AM | Show all posts |Read mode
Album penyanyi Malaysia, Indonesia bersaing dalam AIM15
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff

Persatuan Industri Rakaman Malaysia putus gabungkan Pop Rock dan Hard Rock di bawah satu kategori Album Rock Terbaik

SESUAI dengan falsafah untuk menjadikan Anugerah Industri Muzik (AIM) relevan dengan perkembangan muzik semasa tanah air serta tampil lebih moden, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) mengumumkan beberapa perubahan bagi edisi AIM ke-15 (AIM15).

Perubahan terbabit dilakukan selepas mengambil kira pandangan anggota Majlis RIM serta meneliti maklum balas dan cadangan yang diterima daripada anggota Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PIAMM) yang dipengerusikan Datuk Aziz Bakar, dan Pengerusi Jawatankuasa AIM, Freddie Fernandez.

Pengerusi RIM, Sandy Monteiro berkata, keputusan melakukan perubahan ke atas AIM15 yang dianjurkan sejak tahun 1994 itu dibuat selari dengan hasrat mereka menjadikan anugerah berkenaan bersifat lebih terkini.

Selain itu ia mencerminkan matlamat sebenar usaha menghargai bakat tempatan serta memberi pengiktirafan kepada penyanyi, pemuzik, komposer, penyusun muzik, penerbit dan semua pihak yang terbabit dalam penerbitan sesebuah album.

Antara perubahan yang dilakukan adalah dengan memasukkan album penuh dan lagu yang dikeluarkan dalam bentuk digital menerusi internet dan rangkaian telefon bimbit, sebagai tambahan kepada album dan lagu dalam format biasa.

AIM15 juga bakal menyaksikan pengenalan dua kategori baru iaitu Album Cina Tempatan Terbaik dan Album India Tempatan Terbaik. Kedua-duanya dimasukkan dalam kategori utama, yang akan dapat disaksikan sama oleh penonton apabila anugerah itu disiarkan secara langsung pada 3 Mei nanti.

Album yang layak bertanding bagi kategori ini membabitkan produk yang diterbitkan bagi tempoh dua tahun lalu.

Selain itu, kata Sandy, Susunan Muzik Terbaik pula kini akan dipecahkan kepada dua kategori; bagi gubahan lagu Melayu dan bukan Melayu. Ini dengan sendirinya menjadikan kategori kedua terbuka kepada komposisi dalam bahasa India, Cina dan Inggeris.

"Sementara itu, berdasarkan kegemilangan era rock sudah pun mulai reda, serta penerbitan album itu sendiri kian berkurangan, RIM memutuskan untuk menggabungkan kategori Album Pop Rock Terbaik dan Album Hard Rock Terbaik ke dalam satu kategori saja iaitu Album Rock Terbaik," katanya pada sidang akhbar di ibu kota, baru-baru ini.

Bagi mengelakkan dominasi kepada sesetengah calon juga, RIM turut menggugurkan kategori Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik. Jelas Sandy, sering kali terjadi, artis yang sama akan menggondol trofi Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik dan Album Inggeris Tempatan Terbaik.

"Semua penyanyi baru, termasuk penyanyi Inggeris tempatan, kini akan bersaing dalam kategori Artis Baru Terbaik. Pada masa yang sama, penyanyi dan album Inggeris tempatan juga akan bertanding dalam semua kategori teknikal dan kategori Persembahan Vokal Terbaik," katanya yang berkeyakinan persaingan kategori artis baru bakal menjadi lebih sengit pada tahun depan.

Antara perubahan ketara juga ialah penukaran kategori Album Indonesia Terbaik kepada Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Artis Luar Negara.

Perubahan itu dilakukan bagi memberikan definisi baru kepada kategori yang selama ini hanya memberikan ruang kepada artis Indonesia. Kini, bukan saja penilaian dibuat ke atas lagu (bukan lagi ke atas album seperti dulu), bahkan penyertaannya sekarang terbuka kepada mana-mana penyanyi asing yang menyanyikan lagu Melayu.

Menyentuh mengenai tempoh kelayakan penyertaan pula, Sandy berkata, untuk AIM 2008, tempoh bagi album yang layak bertanding adalah yang dikeluarkan dari 1 Disember 2006 hingga 31 Disember 2007. Bagi tahun berikutnya, tempoh kelayakan ialah dari 1 Januari sehingga 31 Disember.

Dari segi penjurian, undian secara pos oleh anggota PAIMM akan ditamatkan bermula AIM2008 kerana sambutan kurang baik dan kini RIM sedang berusaha memperkenalkan sistem undian secara online, mulai 2009.

Pada AIM15, seramai 30 juri profesional akan dilantik, terdiri daripada tokoh muzik. Nama mereka juga akan diumumkan bagi membolehkan penjurian yang lebih telus dilaksana.

Mengenai kategori yang membabitkan penyertaan kurang daripada lima pencalonan, Sandy mengumumkan, pihak juri akan menentukan sama ada calon yang bertanding layak diberikan anugerah atau sebaliknya, pada tahun terbabit.

"Jika semuanya difikirkan tidak layak, tiada trofi diberikan. Begitupun, jika satu pencalonan saja diterima, dan pihak juri berasakan calon terbabit patut diberikan anugerah berdasarkan mutu yang ditunjukkan, maka pihak juri mengumumkan Anugerah Khas Juri bagi album atau penyanyi terbabit.

"Jika penganjur menerima kurang lima pencalonan bagi sesuatu kategori, namun bukan semua difikirkan layak dicalonkan, hanya pencalonan yang dirasakan layak bertanding akan diumumkan sebelum pemenangnya dinobat pada malam anugerah," katanya.

Kategori Anugerah AIM15
# Artis Baru Terbaik
# Artis Harapan
# Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki)
# Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita)
# Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album
# Kulit Album Terbaik
# Rakaman Album Terbaik
# Video Muzik Terbaik
# Album Pop Etnik Terbaik
# Album Nasyid Terbaik
# Album Rock Terbaik
# Album Pop Terbaik
# Album Inggeris Tempatan Terbaik
# Album Cina Tempatan Terbaik
# Album India Tempatan Terbaik
# Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Artis Luar Negara
# Anugerah Kembara
# Anugerah Sri Wirama
# Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Lagu Bahasa Melayu)
# Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Lagu Bukan Bahasa Melayu)
# Lagu Terbaik
# Album Terbaik

----------------------

sangat bagus kaedah pencalonan yang baru ni..dorang dah bahagi kan kepada pencalonan mengikut bahasa..
bagi aku ni sebagai satu CI yang patut di ketengahkan.. masyarakat malaysia tak kire dalam bidang apa2 pun patut bersatu padu dalam memartabatkan perpaduan di malaysia..

tahniah kepada datuk aziz bakar - die ni ex-hubby kak pah kan - bagi idea macam ni..
tak la AIM ni tertumpu untuk lagu2 melayu sahaja..
jadi exposure untuk lagu2 bukan melayu akan lebih diberikan perhatian..

anyway, perasan tak pencalonan utnuk album indonesia dah tak de..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2007 08:29 AM | Show all posts
perpaduan kaum?
melayu dengan indon kan sekaum serumpun?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 09:06 AM | Show all posts
ntah! mana kaum2 nya?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 03:52 AM | Show all posts
Pembetulan....Aziz Bakar isterinya Norma Norrel(Perunding Imej) Kak Pah punya ex hubby ALI BAKAR..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 10:28 AM | Show all posts
artis cina ngan india buley bersaing dlm vokal tak
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 03:41 PM | Show all posts
cam nih boleh panggil samy vellu join....kan sekarang nih banyak krisis kaum....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.853717 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list