CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3456|Reply: 8

lulusan IKBN senang dapat kerja

[Copy link]
Post time 10-2-2008 09:03 AM | Show all posts |Read mode
Lulusan IKBN mudah dapat kerja

PADANG TERAP 9 Feb. - Lebih 90 peratus lulusan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) akan mendapat pekerjaan setelah menamatkan latihan mereka, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Katanya, tidak ramai pelatih IKBN yang menganggur kerana mereka juga boleh menjalankan perusahaan sendiri dengan kemahiran yang diperoleh.

"Kerajaan yang menyedari situasi ini, merancang untuk membina enam lagi IKBN di seluruh negara di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan," katanya pada majlis pecah tanah bagi projek pembinaan IKBN Pedu, di sini hari ini.

Majlis tersebut dilakukan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

IKBN Pedu berharga RM63.4 juta terletak di Pekan Naka dan dijangka siap pada Disember 2009.

Azalina berkata, pada masa ini terdapat 14 buah IKBN di seluruh negara yang memberi latihan peringkat sijil dalam pelbagai bidang.

Mahdzir pula berkata, IKBN Pedu akan menawarkan latihan kejuruteraan eletrik dan pertanian dengan pengambilan pertama seramai 500 pelatih mulai Januari 2010.

"Pembinaan institut ini akan dapat mengurangkan penghijrahaan golongan muda ke bandar dan sekaligus membantu pembangunan daerah Pedu," katanya.

- Bernama


Aku cadangkan pada yg hanya ada SPM saje dan tak dapat ke IPTA, mohon masuk ke IKBN.  Anak jiran aku belajar kat IKBN di dusun tua, dan kata makcik tu, mmg okay kat sana, fee pun tak mahal dan banyak skill yg anak dia boleh belajar.  Anak dia tu tinggal kat asrama dan ada makan sukan dsbnya juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2008 09:09 AM | Show all posts
bidang teknikal dan kemahiran kat malaysia ni
masih banyak peluang ...
tp. masih ramai yg suka ambil sains sosiol ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 07:12 PM | Show all posts
klu da xminat kemahiran kene ler ambik sains sosiol.... huhuh:@
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 09:10 PM | Show all posts
lepas grad jangan la mengadu kata susah carik kerja
salahkan mak abah kerajaan bagai .. :@
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 02:45 PM | Show all posts
antara ikbn, kolej komuniti, institut latihan perindustrian (ILP) dan pusat giat mara..yg mana ok dr segi peluang dpt keje after tamat belajar? yg saya tau kalo ambil kursus kat kolej2 bwh kementerian kesihatan konpem dpt keje..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 04:44 PM | Show all posts
akak ipar aku mengajor kat ILP..lately dia kater pompuan pon org xbrape mau sgt amik keje ...yela sbb bhgian mechanical,electrical sume tu syrkt lebih prefer laki..

so...aku raser yg pompuan tu sumer amik la yg soft -soft skit.snang org nak amik keje
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2008 06:33 PM | Show all posts
Originally posted by iLYaNi at 12-2-2008 08:44
akak ipar aku mengajor kat ILP..lately dia kater pompuan pon org xbrape mau sgt amik keje ...yela sbb bhgian mechanical,electrical sume tu syrkt lebih prefer laki..

so...aku raser yg pompuan t ...



ini rasict
pemilihan berdasarkan gender
not equal employer
boleh lapurkan kat pejabat buruh.

kalau di luar negara
dah kena saman sykt ni.
naik turun mahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 08:14 AM | Show all posts
Originally posted by budakjawa at 12-2-2008 06:33 PM



ini rasict
pemilihan berdasarkan gender
not equal employer
boleh lapurkan kat pejabat buruh.

kalau di luar negara
dah kena saman sykt ni.
naik turun mahkamah.




nat wat caner
kalo gomen jadi tambah cuti besalin pompuan jd 3 bulan...
ku pk ramai gak kompeni yg tambah bekire2 nak amik pekeje2 pompuan ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2008 09:27 PM | Show all posts
kat sweeden, denmark ... cuti bersalin sampai 18 bulan
minimum 6 bulan ...
ramai perempuan bekerja ..
dan mereka ni prefesional.  

tiada masalah ...
pekerja kena tahu hak mereka
dan sentiasa ambil tahu undang undang buruh
undang undang korporat

rajinlah membaca. dan ambil tindakan terhadap sykt mcm. ni
jangan dibiarkan hak pekerja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.050588 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list