|
bukan senang nak tulis cerita-2 berlatarkan zaman dulu ni
tahniah, and teruskanlah menulis.
kota gelangi- tempat mister tu kan ? dengarnya ada macam jin/makhluk yang terperangkap |
|
|
|
|
|
|
|
detox... malu lak rasa detox melepak kat sini. ni bukan cite hantu tp nanti herb cite la apa yg ada kat sana & knp dang melati tu nak sgt ngikut megat yg hensem... rasanya remy sesuai jd megat |
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik meninggalkan rumah agam Lady Rosse, Dang Melati tidak terus menuju pulang. Dihalakan kuda kesayangannya menuju ke anak jeram yang terletak tidak jauh dari istana kecil peninggalan kedua orang tuanya. Anak jeram itulah menjadi tempat melepaskan apa sahaja yang dirasainya. Sebaik tiba di anak jeram yang digelarnya taman hatiku Dang Melati menambatkan tali Mayang kuda kesayangannya di banir pohon kemboja merah yang sedang berbunga lebat.
Sambil bernyanyi-nyanyi kecil Dang Melati memetik buah mata pelandok yang masak meranum sambil menuju ke arah buaian yang tergantung dibawah pohon meranti. Buaian kayu bertali jut itu baru sahaja dibinanya dengan pertolongan Wan Mamat anak kepada Mak Nyemah. Dengan perlahan Dang Melati menaiki buaian yang tergantung sambil mengenangkan kedua orang tuanya yang telah tiada. Masih teringat difikirannya betapa ayahandanya amat gemar mendukungnya sambil berlari-lari di bawah pohon kemboja. Bondanya pula ketawa melihatkan telatah mereka berdua.
Dang Melati juga masih ingat betapa kasihnya ayahanda terhadap bondanya. Acapkali muka bondanya merah menahan malu apabila ayahandanya memeluk pinggang dan mencium pipi bonda. Dang Melati mengeluh perlahan. Adakah laki-laki yang seperti ayahandanya? Dang Melati pernah terdengar berita Dato' Laksamana menampar isterinya hanya kerana tersalah membancuhkan kahwa. Fikiran Dang Melati melayang teringatkan Megat Iskandar Syah... laki-laki yang pada hematnya sungguh gagah, kacak dan bijak. Tidak ramai laki-laki yang mampu menulis dan tulisannya dibaca oleh ramai orang termasuk dirinya. Dang Melati amat mengagumi kebijaksanaan Megat Iskandar Syah dalam meneroka sejarah lama.
Hembusan angin menyebabkan kelopak mata Dang Melati memberat lantas dia menuju ke gua kecil di belakang rimbunan senduduk. Gua kecil itulah tempat Dang Melati sering melarikan dirinya buat seketika ketika penat berada di kamar kerjanya. Dang Melati mengeluarkan alas tilam bersulam bunga untuk dijadikan alas tidurnya. Keheningan gua ditambah dengan bunyi anak air yang mengalir lesu membuatkan Dang Melati hanyut dalam mimpi.
Guruh yang berdentum disertai kilat sabung menyabung menyebabkan Megat Iskandar Syah terpaksa berhenti mencari tempat untuk berteduh. Lantas kudanya dipacu laju menuju ke gua yang menjadi tempat permainannya sewaktu kecil. Tiba di sana Megat berasa agak hairan kerana terlalu banyak pohon-pohon berbunga dilihatnya. Sungguh berbeza dengan apa yang diingatinya. Megat nampak seekor kuda ditambat dibawah pohon kemboja. Megat menambat si Guntur di bawah pohon meranti. Hujan lebat memaksa Megat berlari pantas menuju ke gua kecilnya.
Sebaik memasuki gua kecil pandangannya jatuh kepada sekujur tubuh gadis yang berbaring membelakanginya. Perlahan-lahan Megat mendekati tubuh itu hanya sekadar untuk memastikan ia milik manusia bukannya orang halus. Megat melutu perlahan disebelah tubuh yang terbaring itu. Perlahan disentuhnya bahu gadis itu. Setelah yakin yang disentuhnya itu manusia, Megat cuba membalikkan tubuh yang masih tidak menyedari kehadirannya. Sanggul gadis yang terurai apabila gadis itu berpaling dalam tidurnya. Walaupun tidak pasti mengapa gadis itu tidur dalam gua, Megat tidak terus membangunkannya. Megat terus menikmati keindahan wajah gadis yang masih nyenyak dalam tidurnya. Sesekali gadis itu tersenyum dalam tidurnya.
Apakah kau mimpikan wahai gadis? Ingin sahaja aku menyentuh wajah yang tersenyum dalam tidur. Megat berkata-kata dalam hati. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus produkherba..
sukanya jalan citer ni..
sambung cepat2 ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
cik herba.....yuhuuuuu
sambung lar.... |
|
|
|
|
|
|
|
dalam gua???gelap!!!!!
huhuhu...berani si megat...kalau aku tobat aku duk kat luar jek...
tupun sbb hujan...kot tak jangan harap aku nak mendekati gua tuh..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by chengkeh at 3-12-2009 07:58
kota gelangi- tempat mister tu kan ? dengarnya ada macam jin/makhluk yang terperangkap
detox Post at 25-11-2009 21:24
detoxx...ko cakap misteri2...aku teringat pengacara misteri nusantara.... |
|
|
|
|
|
|
|
best2.. nak n3 lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana nak smabung ni?
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya... punyalah lama tak masuk sampai tak tersenarai cite ni |
|
|
|
|
|
|
|
lama tak nampak herbs kat forum |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan thread baru...nampak date dr 2008...
sambung aja |
|
|
|
|
|
|
|
ni sambung sikit sebab dah lama nak nulis... sampaikan cari2 tak jumpa pada mulanya.
------------------------
Bunyi petir yang kuat menghentikan niat Megat yang ingin menyentuh wajah Dang Melati yang cukup mempersonakan dalam tidurnya. Pandangan Megat lantas terarah kepada pintu gua yang dilitupi pokok seduduk dan resam sedikit terbuka akibat pukulan angin yang menderu-deru. Megat lantas bangun menghala ke pintu gua meninjau si Guntur dan kuda Dang Melati yang masih elok bertambat dibanir pokok kemboja merah. Melihatkan keadaan langit yang semakin gelap dan angin yang terlalu kencang Megat lantas menguraikan ikatan keduanya dan di bawa ke dalam gua.
Bunyi kuda mengejutkan Dang Melati dari tidurnya yang lena dan dia melihat dengan penuh hairan bila melihatkan Mayang dan seekor kuda jantan berada di dalam gua bersamanya. Melati lantas menyanggul tinggi rambutnya yang panjang sebelum berlalu ke arah Mayang.
"Mayang? Di mana tuan hamba berjumpa sahabat tuan hamba? Macam mana tuan hamba boleh berada di dalam gua? Danga Melati bertanya sambil tangannya membelai muka dan tengkuk Mayang. Dang Melati bergerak berhati-hati ke arah kuda jantan yang berada di sebelah Mayang. Perlahan-lahan tengkuk kuda jantan itu disentuhnya.
"Tuan hamba dari mana? Bagaimana boleh sampai ke sini? Siapa tuan kepada tuan hamba?" Dang Melati bertanya sambil tangannya terus mengusap tengkuk si Guntur. Dang Melati lihat kedua-dua ekor kuda itu terikat elok di akak pokok yang melilit di tepi pintu gua. Timbul kemusykilan dalam hatinya.
Megat hanya memerhatikan tindak-tanduk Dang Melati dari jauh sekembali dari mencari kayu api untuk menghangatkan suhu gua yang semakin sejuk. Megat telah pergi jauh ke dalam gua bagi mencari kayu api setelah kedua-dua ekor kuda dipastikannya terikat kemas. Megat berikira-kira bagaimana hendak ditegurnya Dang Melati agar kehadirannya tidak disalah erti.
Bunyi dehem di sebelah kiri gua menarik perhatian Dang Melati. Lantas pandangannya dibawa ke arah bunyi tersebut. Dang Melati terpempan seketika apabila menyedari Megat turut berada dalam guanya. Dari kerutan kecil di wajah Dang Melati, Megat menyedari si dara ingin tahu mengapa dirinya berada dalam gua itu.
"Maafkan hamba tumpang berteduh. Hujan ribut, petir sabung menyabung menghalang perjalanan hamba. Hamba tidak kejutkan tuan hamba yang sedang nyenyak tidur". Penjelasan Megat menghilangkan kertuan di wajah si dara yang kini melemparkan senyuman yang sungguh mempersonakan matanya.
"Tak mengapalah Orang Kaya. Apapun hamba berterima kasih kerana tuan hamba telah selamatkan si Mayang dari hujan ribut yang sedang menggila" tutur Dang Melati.
Megat hanya membalas dengan anggukan kepala dan mula menyusun ranting dan kayu apai untuk dijadikan unggun. Tidak lama kemudian ranting dan kayu yang disusun mula menghasilkan api. Megat melihat dengan ekor mata apabila Dang Melati pergi ke ruang tersorok di sebelah kanan gua. Agak lama juga Dang melati berada di ruangan tersebut dan ia membuatkan hati Megat tertanya-tanya.
Megat merasa lega apabila tidak lama kemudian dang melati muncul semula dari sebalik ruang yang terselindung sambil membawa dulang tembaga bersamanya. Dang Melati meletakkan dulang yang dibawa berdekatan dengan Megat dan kemudiannya menghilang semula ke ruang yang terselindung. Dang Melati kemudiannya membawa bersama alas duduk dan dibentangnya berhadapan dengan unggun yang disediakan Megat.
"Silakan Orang Kaya" tutur Dang Melati sambil tangannya mengarah kepada alas duduk yang telah dibentangkannya. Megat menanggalkan capal yang dipakainya dan bersila di atas alas yang terbentang. Mata Megat tidak lepas memerhatikan Dang Melati yang menuangkan kahwa dalam cangkir tembikar bercorak bunga kangkung. Dang Melati turut membuka balang tembikar sebelum mempelawa Megat merasai cookies buatan tangannya. Megat tahu tentang cookies kerana Lady Rosse selalu menghidangkannya dengan makanan tersebut apabila mereka berjumpa. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 31# detox
hai detox, mmg lama takleh masuk. opis block. dah tu thumbdrive lak ilang. ni cuba sambung balik. kat rumah tak sempat... anak jeles kalu ngadap lappy. dah lam tak baca cite detox... teringat hunnybunny becinta lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 32# cmf_blingblings
mahap la kak... dah lama takleh akses |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|