CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2624|Reply: 4

sesapa dah guna smart alert kat keta ?

[Copy link]
Post time 15-2-2008 10:27 AM | Show all posts |Read mode
smlm kan pelancaran smart alert tu.. ada sesapa ke yg dah guna smart alert ni  boley  citer sikit tak? aku tak tau lagi nak beli ke tak;  mahal ke? mmg boleh cegah kemalangan ke??   banyak sgt aksesori  naik fenin aku.  kalu kereta canggih sumer tak pe la  ni jazz aje ..   aku  baru aje hangus few hundreds sbb tukar timing belt keta aku yg tetiba aje fuċk up last week   cissssssss   :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2008 02:19 PM | Show all posts
smart alert ni main funtion dia utk cegah curi kan..?
agaknya yg ni la kot Hubby aku install kat keta dia RM4K...  hangin jer aku dengar..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 09:12 PM | Show all posts
Originally posted by koko2 at 15-2-2008 02:19 PM
smart alert ni main funtion dia utk cegah curi kan..?
agaknya yg ni la kot Hubby aku install kat keta dia RM4K...  hangin jer aku dengar..


bukan laa......
ni utk cegah kemalangan........utk cegah mengantuk.........letak kat telinga mcm blueetooth hpon device....
jka tgh bwak tibe2 kuar dr rel........dia akn kuar kan bunyi............
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 09:15 PM | Show all posts
Smart Alert alat elak mengantuk


Oleh DALIZA ARIFFIN

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Pemandu, terutama pemandu bas ekspres dan lori yang memandu bagi perjalanan jarak jauh, mudah berasa mengantuk dan terdedah kepada risiko kemalangan, tetapi kini sebuah syarikat Smart Synergy Ventures (Smart Synergy) telah memperkena alat Smart Alert yang boleh mengelakkan pemandu terbabit tertidur ketika mereka memandu.

Mengikut statistik antara tahun 2003 hingga 2007, seramai 31,283 orang terlibat dalam kemalangan maut dan Ops Sikap ke-16 yang berakhir semalam seramai 164 orang maut sejak operasi itu dilancarkan pada 31 Januari lalu sempena Tahun Baru Cina.

Alat tersebut yang disangkutkan di telinga akan mengeluarkan bunyi beep atau bergetar sekiranya kepala pemakainya hilang keseimbangan akibat mengantuk atau keletihan yang amat sangat.

Produk yang berbentuk alat set Bluetooth itu juga boleh memberi manfaat kepada golongan lain termasuk pekerja pengendali atau operator mesin, pengawas peralatan elektrik jana kuasa, sistem telekomunikasi, pasukan keselamatan termasuk polis dan tentera serta pelajar yang sedang mengulang kaji pelajaran.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Smart Synergy, Muhd. Taufik Ghazali, produk tersebut juga boleh dijadikan sebagai cenderahati oleh syarikat insurans dan takaful kepada pelanggan yang memperbaharui insurans kenderaan mereka.

''Dengan memberi hadiah cenderahati Smart Alert ini, ia akan membantu pelanggan syarikat insurans dan takaful daripada terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya dan sekali gus dapat mengurangkan tuntutan insurans daripada mangsa yang terlibat dalam kemalangan dan seklai gus dapat meningkatkan keuntungan syarikat dalam jangka panjang,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Smart Alert yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Tengku Datuk Seri Azlan Sultan Abu Bakar, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Smart Synergy, Aznain Abdullah.

Aznain menjelaskan bahawa, syarikat mengunjurkan jualan Smart Alert menjelang akhir tahun ini mencecah sehingga 500,000 unit.

Katanya, produk tersebut mampu dimiliki semua orang kerana harganya yang murah antara RM30 hingga RM20 seunit.

Menurutnya, syarikat telah melantik enam ejen bagi mengedarkan peralatan tersebut di seluruh negara.



http://www.utusan.com.my/utusan/ ... at&pg=ko_03.htm
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 11:48 PM | Show all posts


rege rm20-30 disebut sampai rm4K..........

salah maklumat la nih........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.205576 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list