|
Buku baru dipasaran: Kayangan, Lost In KL, Pasca Manusia
[Copy link]
|
|
hello marquez, my review... tadi dah buat word count 514 patah perkataan
Ulasan buku: AweksKL
AweksKL terbitan Stormkitchen menampilkan sesuatu yang berlainan bagi pembaca. Out of the box!
Tagline buku sebegini tulisnya, "himpunan cerita pari-pari untuk bidadari kota". Awas, hanya untuk minda matang sahaja (27SX). Itu amaran awal yang diberikan. Mereka yang dibawah umur jangan baca, nanti pening menghadamkan bait tulisan di dalam buku kecil ini.
Oh, terima kasihlah kerana menerbitkan buku ini, sebuah karya literasi pop. Saya pula hendak membuang sahaja buku ini. Bukan kerana tidak suka, tetapi ceritanya lain daripada biasa. Sungguh luar biasa, sungguh-sungguh di luar jangka.
Membuka sahaja buku ini, kita dihidangkan dengan kisah Pari-pari Tujuh Beradik. Adakah ini inspirasi tagline AwesKL? Saya tidak pasti, tetapi saya kasihan dengan si pari-pari bongsu yang sayapnya dipasung dan tidak dapat terbang ke atas sana.
Ada 2 bahagian di dalam buku ini, bahagian pertama; cerpen dan bahagian kedua; puisi.
Cerpen-cerpen yang disajikan adalah cermin kehidupan mereka yang hidup di kota. Terima sajalah hakikat kita hidup dalam kota yang jelik, pelik dan aneh. Kota yang tidak pernah bersih daripada gejala sosiol (remaja atau orang tua?). Aneh-aneh, saya perlukan sebuah buku untuk menjerit kepada saya, "Lihatlah! Lihatlah sekeliling kamu! Lihatlah dunia kesan 'pemodenan' barat!"
Cerpen di dalam buku ini pula, ada yang hanya satu muka seperti tulisan Dina Zaman, "Petua Mengekalkan Rumahtangga". Aduh, pening kepala konon hendak menafsir maksud tersirat. Walaupun satu atau dua muka cerpen yang dihidangkan, akan membuatkan kita tersentak. Karya penulis luar yang dialih bahasakan seperti Fatemeh Zargar "Bodoh" atau Marilyn King "Menerjah Awangan" sangat mengujakan. Mungkin kerana pembaca tidak pernah disajikan dengan kisah-kisah penulis luar negara yang berlainan daripada biasa. Pendek kata, semua kisah di dalam buku ini cuba lari dari klise biasa. Saya jamin anda tidak akan jumpa dengan kisah teruna dan dara yang bercinta mabuk kepayang kemudian berkahwin (finally they lived happily
ever after!), atau kisah kahwin paksa kemudian suami isteri jatuh cinta (finally they lived happily ever after!). Tidak-tidak, semua kisah berlainan. Tidak ada kisah dengan pengakhiran yang indah (oh, mungkin hanya satu dua).
Saya paling suka tulisan Ricardo untuk "Budaya Ladies First". Sungguh menggeletek hati, bukan kerana geli tetapi tulisannya membawa maksud mendalam untuk sang adam bangkit dan jangan tidur lagi! Oh, ada lagi "Kisah Dua Wanita" tulisan Wan Ahmad Kahar Wan Jasni (lebih dikenali sebagai Nizam Zakaria). Pemikiran segar pasal orang Melayu yang asyik sibuk pasal Cina buta.
Ok, masuk pula segmen puisi. Puisi-puisi yang berlainan rentak dari dunia sastera Malaysia. Contohnya; puisi "Mari Joanna" karya Muhammad Azwan Ismail menyentuh mengenai dadah yang 'menjanjikan nirwana' atau puisi Sidah Salleh "Aku Bukan Bunga" yang ironinya bercerita tentang bunga. Oh aneh-aneh.
Karya-karya lain yang saya tidak sebutkan di sini bukan tidak bagus, jauh sekali. Sudah saya tekankan, karya-karya di dalam buku ini lain daripada biasa! Untuk mereka yang menulis di dalam AweksKL, saya ucapkan tahniah kerana lari daripada cengkaman norma kebiasaan. Dan untuk mereka yang sudah biasa disajikan dengan cerita yang ala-ala klise Hindustan, saya cadangkan anda membaca buku ini.
Saya pula, "Adakah saya ingin buang atau simpan buku ini?" Hai, entahlah! Karya ini seperti hendak dibakulsampahkan, tetapi saya fikir saya akan mengambilnya semula dari bakul sampah itu. Pelik kan?
[ Last edited by limau_nipis at 18-4-2008 11:36 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih Cik Limau. Nanti kalau ada buku baru lain bolehlah kasik Cik Limau rebiu lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #62 marquez's post
bagi mod lain pulak la review
teruja nak baca aweks KL walaupun dihimpit buku masters |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #64 seribulan's post
SAYA! SAYA!
ha,ha, buku free nak aja |
|
|
|
|
|
|
|
Ulasan Buku: Aweks KL Oleh: Neeziee
"Buku Ini Sedap" |
|
|
|
|
|
|
|
http://thebookaholic.blogspot.com/
Programme:
Saturday
12pm Forum on Malay Politics
2pm Bersih photo book book launch
4pm SIS Forum on Book Banning
Sunday
2pm Joint book launch: Kakiseni & Aweks KL
4pm Religion Under siege book launch & forum
Free books!
At the Book Giveaway, anyone with too many books at home can leave them at the Annexe, and those who want more books, may grab them for free! Caveat: each 慴uyer |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #68 seribulan's post
magazines ok tak?
hari tu dah byk bagi buku untuk charity sale |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #69 mardhiah12's post
boleh ajerr...if they're free and in good condition...plus educational |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #70 seribulan\ catat
seri, magazine kita banyak pengantin, keluarga, anjung seri
readers digest ada
haha, educational ke tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #71 mardhiah12's post
oops... ikat bebaik...kasi saya ajer laarr.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #72 seribulan's post
kena buka topik baru "tukar magazine"... |
|
|
|
|
|
|
|
errr...assalamualaikum..bleh ke sy yg kecik nih nak nyelit kat sini?..huhu.... nak tanye sket... KBR ngan AKL nih novel ape nih?.. citer lain |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #75 Ci's post
dua2 cerpen ci.boleh beli kat sufian abas secara kombo dan murah amat.rujuk blog http://sufianabas.blogspot.com
[ Last edited by neeziee at 12-5-2008 10:46 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #73 limau_nipis's post
ok gak topik TUKAR MAG....
laporan ari tu...
I thought it was at 3 pm...forgot the time...reached CM about 2.++ pm...car-park full...have to go round and round and park at motorbikes' parking...went up...terkujat so many guys around...rupanya there's a gig....nasib bawa my lil bro as bodyguard...kalau tak, pakat tak naik dah...(my lil bro ni...could be seen during AF concerts...kipas mati konsert kali ini...bersepah + berulang muka dia kuar kat ASTRO..so he had to be my bodyguard coz I accompany him to Istana Budaya since dia tak biasa pegi sendiri ke IB...fair is fair...kena la dia ikut jadi chaperone ke KLAB tu)...sampai rupanya dah nak habis...ingatkan awal sbb ingat start kol 3...duh...my lil jumpa geng dia...rupanya rakan saya dari Perancis pun ada...dia ikut kawan...ramai gak penulis2 blog...ok la tu...sempat catch a hilarious poetry recital...pastu blah balik Perak...sekian laporan... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #76 neeziee's post
owhhh..yer ker....tq neeziee |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #78 Ci's post
beli dari aku pun bleh.tapi tak semurah beli dari sufian abas la. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|