CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2738|Reply: 0

lamaran hati

[Copy link]
Post time 28-3-2008 10:57 AM | Show all posts |Read mode


lamaran hati ni not bad gak...  meleleh gak air mata aku..

Bukan mudah memujuk hati yang hancur. Kecelakaan jalan raya telah merubah hidup Adam Khalis menjadi seorang pemarah dan bengis. Pertunangannya dengan Ameera Nadya putus di tengah jalan akibat kemalangan tersebut. Namun begitu kehadiran seorang gadis yang sabar dan prihatin bernama Iza Masyitah merawat dan menjaga Adam Khalis telah melahirkan bibit-bibit cinta di hati mereka. Pada mulanya Iza Masyitah cuba menolak perasaan cinta itu, namun dia tewas akhirnya. Adam Khalis semakin sembuh dan ceria berada di samping Iza Masyitah. Namun malang tidak berbau, Ameera Nadya muncul kembali menagih cintanya dari Adam Khalis. Dalam rela dan terpaksa Adam Khalis mengahwini Ameera Nadya kerana gadis itu disahkan mengidap barah usus. Perkahwinan mereka hanya nama semata-mata. Adam Khalis tidak sanggup menduakan cintanya pada Iza Masyitah. Ingin mengusir hati yang luka, Iza Masyitah secara kebetulan telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kota Bharu, dia ingin membuang kenangan indah bersama Adam Khalis. Namun kehadiran Adam Khalis sebagai pensyarah di maktab tersebut telah memutikkan kembali cinta mereka. Cinta mereka terhalang lagi apabila Ameera Nadya mengetahui Adam Khalis masih menjalin hubungan dengan Iza Masyitah. Ameera Nadya telah berjumpa dengan Iza Masyitah dan memohon agar Iza Masyitah melupakan suaminya itu. Namun malang tidak berbau, Adam Khalis terlibat dalam kemalangan dan hilang ingatan. Akhirnya Adam Khalis mula menerima Ameera Nadya dalam hidupnya. Hati Iza Masyitah terluka lagi. Dia disahkan mengidap penyakit kompilasi hati yang kronik. Namun kehadiran Imam Syauqi, temannya sejak kecil mengubat lara di hati.   

Namun semuanya ALLAH berikan melalui hati. Hatinya kecewa dlm impian. Hatinya juga telah rosak dimamah virus. Terima kasih TUHAN, krn ujian ini. Terima kasih juga kerana telah KAU bekali juga brsamanya dgn rasa redha & pasrah. Sedikit pun, rasa luka tdk hadir lagi. Biarlah! Semuanya akan kuterima brsama sebuah pasrah yg sgt ikhlas. Terima kasih TUHAN! (Iza Masyitah)

Janji utk mencipta gerbang bahagia akn ditunaikan. Iza Masyitah akan segera dikahwininya agar segala rindu yg terlalu membelenggu dirinya akan lerai satu demi satu. Dia tdk akan mengguhkan waktu yg lebih lama lagi. Dia tdk sanggup menghadapi semua rintangan yg bakal menyakitkan hati & perasaannya lagi. (Adam Khalis)

Iza, kau tdk tahu betapa sebenarnya seluruh rasa syg yg ada dihatiku menjadi milikmu. Kalaulah mampu utk kukatakan bhw aku terlalu menyayangimu, pasti akan kuluahkan segalanya. Sygku bukan sekadar sebuah persahabatan. Malah, ia sudah terbibit menjadi semekar buah cinta yg sgt sukar utk dikikis dibuang lagi. Namun, kau tdk mengetahuinya, Iza. (Imam Syauqi)

Ha... nak tau selanjutnya kena baca sendiri tu... nanti tak best lak cite sampai abis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.076379 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list