CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2500|Reply: 16

maafkan aku ibu

[Copy link]
Post time 1-4-2008 08:39 AM | Show all posts |Read mode
semalam aku telah terlepass cakap dgn ibuku.
aku memohon maaf darinya dan sekaligus
menyatakan yang aku tidakmahu lagi dia datang
ke rumahku kalau sekadar untuk menyakiti dan
menjadikan rumahku sebagai tempat singgahan
sedangkan aku berusaha melayannya dan baik.
pabila ada ahli keluarga lain dtg menjenguk dia
menangis seolah-olah aku telah mendera dia.
sedangkan tak sampai 6 jam lagi dia dtg ke rumahku.
kedatanganya juga setelah dia merayu padaku hendak
ke sini.(rumahku) jadi semalam selepas dia menangis
dihadapan adikku dan minta dihantar balik setelah,
dan adikku tanpa menghormatiku sebagai tuan rumah
terus mengambil keputusan menghantar ibu balik.
aku sangat berkecil ahti dan ini bukan kali pertama
ibuku memperlakukan aku begitu

aku mohon nasihat aku bermunajat sepanjang malam
mohon petunjuk. aku hanya menyatakan apa yang
adik beradik lain suarakan selama ini. kisah
keluarga kami agak complicated.seboleh-bolehnya
aku tak mahu memburukkan ibuku aku hanya
mohon pandangan dan nasihat. aku juga seorang ibu.
aku tau macam mana rasanya kesedihan seorang ibu.

terimakasih atas segala pandangan anda.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2008 08:52 AM | Show all posts

Reply #1 kucingkucumil's post

awak...

apapun salah ibu pada awak, awak maafkanlah dia ya...
sebagai anak kita kena sabar...

sy tatau apa masalah awak ni tapi sy fikir ibu awak mungkin inginkan perhatian.

sy dah takde mama... sepinya hidup tanpa mama jadi sy berharap awak jgn putus berdoa pada TUhan mohon ketenangan dan bacalah Alfatihah untuk ibu bebanyak, moga terbuka hati ibu untuk mengubah perangainya (yang awak fikir menyakitkan tu)

pesan sy : hargai dan sayangilah ibu kita sementara dia ada, kenang setiap pengorbanan dan jasanya. Andai awak perempuan, mungkin awak juga seorang ibu... fikirkanlah ya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2008 08:52 AM | Show all posts

Reply #1 kucingkucumil's post

berapa umur ibu kau?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2008 09:01 AM | Show all posts

Reply #1 kucingkucumil's post

maaf kan lah ibu u tu.... dan bagi space kat diri u, jgn jumpa buat sementara waktu supaya u cool balik.... igt ibu kita yg melahirkan kita, tak terbalas jasa diorang... i rasa u pun tahu ni sbb u urself is a mother....

Yg penting u dh pohon maaf kat ibu u, sbb keampunan ibu tu penting, kalau tetiba dia ninggal tak sempat nak maafkan kita, tak pepasal hidup sbg anak derhaka....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2008 09:05 AM | Show all posts
kisah anda kurang difahami..antara kita ada yang bertuah kerana mendapat ibu yang ok...ada yang dapat ibu tak ok...kalau sudah begitu ketentuan Ilahi, kita terima saja-lah..bawa banyak bersabar.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2008 09:11 AM | Show all posts
Ibu pun memang mcm2 perangai...tapi sebagai anak apakan daya kita selain bersabar...nak cakap lebey2 kang dikatanya anak durhaka....aduhaiii....

So bila dah jadi ibu, saya berusaha utk menjadi yg terbaik utk anak2 saya...belajar dr pengalaman dan kesilapan yg lepas.

Apa pun, jgn ego dgn org tua, walau pun bukan salah kita, kita juga yg perlu mengalah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2008 09:15 AM | Show all posts
macam yang nazurah syorkan....ibu ni orang tua yang semakin merasakan dirinya dipinggirkan bila anak anak dah mula ada keluarga sendiri....

gua teringat satu drama tu...diakhir drama tu ada mengatakan....derhaka pada ibu bukan sahaja tindakan nyata seperti memukul...mengherdik dan menghalau ibu...tapi derhaka yang paling kita takuti ialah apabila ibu berkecil hati dengan percakapan atau perbuatan kita....yang selalunya kita melakukan tanpa sedar...

dengan satu perkataan "aaaahhh"...dengan satu jelinga tajam...dengan satu saat mendiamkan diri tanda protes....dengan satu dengusan kemarahan...yang kita rasa benda biasa....normal...too small to be recongize...small matter...tapi bagi seorang ibu...that is definitely big matter...after all the effort dia ambik untuk datang ke rumah lu....she felt neglected...

macam bonda gua...pi rumah kakak ipar gua...kakak ipar gua kononnya tak nak menyusahkan bonda gua...dia tak bagi la tolong aper aper kat dapur hanya duduk jer kat living room tengok tv atau lepak kat bilik sholat dan mengaji....suruh bonda gua rehat jer....

tapi bila balik bonda gua tak puashati...dia kata kakak ipar gua tak suka dia...tak nak bagi dia tolong masak...mungkin masakan bonda tak sedap kot....mungkin takut bonda tak pembersih macam dia...mungkin tak suka bonda borak ngan dia...

see how benda yang kita rasa untuk menyenangkan orang tua...tapi dilihat seperti menyingkirkan dia....

so aper la salahnya kalau bonda ader....lu janganla masuk tidur awal sangat...lepak la ngan bonda...borak la ngan dia...aper sahaja yang dia cerita lu dengar...kalau lu tak suka...lu diam sambil membuktikan lu masih mendengar...kalau lu suka maka meriah kan lagi perbualan tu....

nazurah...you are right...orang tua ni suka kan perhatian...dia rang macam dah balik ke zaman kanak-kanak dimana mendapatkan perhatian dari orang sekeliling is ultimatum....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2008 09:16 AM | Show all posts
dr apa yg digambarkan tuan umah ttg perangai ibu dia..mgkn ibu dia dah nyanyuk agaknya. org tua yg dah nyanyuk mmg perangai mcm budak2 sikit. suka merepek..mengadu2 pd org psl anak dia..suka merajuk dan menangis. dan kdg2 org tua yg x nyanyukpun ada jugak yg berperangai mcm ni sbb sbnrnya mrk berkecil hati dgn sikap dan kata2 si anak.

org tua ni sgt sensitif dan manja..malah kdg2 lebih susah nak menjaga hati mrk dr kanak2. ibarat menatang minyak yg penuh..begitulah diibaratkan anak perlu menjaga perasaan mereka. kdg2 kita sbg anak x sedarpun kita dah mengecilkan hati ibu..kita rasa kita xbuat apa2 salah pun tp dia kecil hati..sbb tu kita kena selalu minta ampun dgn ibu.

cuba kenang2kan mereka yg dah x beribu..alangkah sunyinya rasa..melihat org lain yg masih ada emak pasti terasa lebih sayu. entah esok entah lusa ibu kita pula diambil pergi oleh-Nya..di mana nak dicari ganti?  dlm hidup ini kita hanya ada seorang ibu dan seorang bapa..dan peluang utk kita berbakti pd mereka hanya ada sekali..kalau dah terlepas mmg tiada peluang lain lagi. itupun belum mampu membayar segala jasa dan pengorbanan mereka melahir, membesar, mendidik kita hingga menjadi seorang manusia di hari ini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2008 09:36 AM | Show all posts

Reply #8 pinkish's post

that's y sy ckp mungkin si ibu perlukan perhatian...

sy hrp sgt tuan rumah dapat bersabar dengan perangai ibu (sy tahu mungkin sukar untuk dia, sbb kita tak merasa apa yg dia rasa) tapi dugaan tuhan ni datang dalam berbagai bentuk.

sy pernah kenal sorg kakak. mak dia tak pernah sukakan dia, walhal dia bukanlah anak tiri. ada jek yg kakak ni buat tak kena kat mata mak dia, sik kena marah jek... tp kakak ni sabar, masa mak dia sakit kakak ni la yg sengkang mata jaga... alhamdulillah... bila mak dia nak meninggal, mak dia sudi makan apa yg dia masak...sedangkan masa sihat sumernya dia kata tak sedap.

sy salute dgn sifat sabar kakak tu (coz sy pnah ckp dgn arwah mama sy, kalo mama sakit...sy nk hire maid/nurse utk jaga mama)

sy yakin, kalo tuan rumah sabar... pasti Tuhan akan berikan nikmat dan ganjaran atas tiap kesabaran tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2008 09:38 AM | Show all posts
orang selalu membuatkan anak anak rasa bersalah pada ibu, dan tak di nafikan ibu melahir dan membesarkan. dalam Quran sekali pun kita tidak d ibenarkan untuk menempelak ibu, walau berkata ahh.

tapi kadang kadang ibu menjadikan itu lesen besar untuk melakukan sesuka hati. jika kita menjadi ibu, yg belum dan yang sudah, fikirkan lah. menjadi ibu itu pilihan mereka, melahirkan, membesarkan itu  tanggungjawab. anak anak perlu berterima kasih tapi jangan jadikan itu lesen besar untuk berbuat sesuka hati pada anak anak.

sorry pendapat saya agak controversiol tetapi saya rasa untuk orang  yang tidak bermasalah pada ibu bapa, mereka merasakan ini mudah. no doubt ini ujian ilahi, tapi saya menasihati para ibu:

melahirkan: itu pilihan anda
membesarkan: itu tanggungjawab.

bukan lesen besar.

ini pendapat saya, apa yang saya ingin praktikkan nanti insy............dan tidak bemaksud saya bermasalah dengan ibu. hubungan baik, in case u r wondering, cuma looking at other side of the coins.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2008 09:48 AM | Show all posts
......

most of the time, seboleh2 kita tanak melukakan hati kedua ibu bapak.....sbb berdosa dan so on....

on the other hand, perangai diaorang yg ignite kemarahan kita, dosa kita sbb kene crita sana sini....sbb orang kutuk kita sbb mak kita crita sana sini.....tak pe ke?

masalahnya macam yg my-alja pernah cakap...all of us are answerable to HIM....kalau kita faham function ni...insyaAllah takkan ada masalah macam nih....

mmg tak dinafikan mereka jaga kita sepenuh hati.....tapi adakah ini lesen utk mereka memburukkan anak2, kata anak sana sini.....bukan tade parents macam ni...berlambak kat luar sana
.kita sebagai anak pun berkewajipan mendoakan/menegur mereka walaupun di akhir nanti akan ada insan yg terluka....

kalau dah nyanyuk dan disahkan oleh doktor satu hal...dan ianya menjadi isu yg dapat diterima akal.....
tapi sbb dah tua , dia bela kita masa kekecik dulu , itu lesen nak menyakitkan hati anak2...buat anak2 bergaduh sesama adik bradik....baguskah itu?


selain daripada berdoa....cariklah orang tua2 yg dihormati oleh ibu/bapa....nasihatkan mereka......agar tidak terus hanyut dalam ego mereka....hanya kerana mereka ibu bapa....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2008 09:50 AM | Show all posts
Originally posted by truly at 1-4-2008 09:38 AM
orang selalu membuatkan anak anak rasa bersalah pada ibu, dan tak di nafikan ibu melahir dan membesarkan. dalam Quran sekali pun kita tidak d ibenarkan untuk menempelak ibu, walau berkata ahh.
...



ahhh truly sama pulak paradigm kita....i m a mother myself...kalau i buat salah kat anak...walupun anak2 i kecik....i masih mintak maaf......
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2008 09:53 AM | Show all posts

Reply #10 truly's post

truly...

sy faham apa yg awak maksudkan tp tak fikir ada ibu yg sewenang2nya menggunakan kelebihan dan darjat dia untuk buat sesuka hati pada anak... tentu ada sebab.

tak semua orang boleh jadi ibu...hanya manusia terpilih aje tuhan beri nikmat utk mengandung dan pengalaman melahirkan. dan setiap manusia yg lahir...ada soft spot dlm hati masing2 walau jahat mana sekalipun dia.

contohnya : ada ibu melepaskan marah pada anak...sebab geram dengan suami. nak pukul suami takut kena cerai...jadi pukullah anak.

pendapat sy, kalau kita jadi ibu... jgn segan2 nak mintak maaf kat anak, walaupun ada yg berpendapat mintak maaf tu mcm merendahkan martabat ibu tp sy percaya, anak akan lebih sayang dan hargai ibu atas keterbukaan sikapnya.

tipikal org kita, kalau kau buat kat mak...nnt apa yg kau buat tu jadi kat kau, gitulah lebih kurang. sy fikir kita patut hentikan perkara ni. kalau mak kita layan kita tak bagus... kita patut lebih appreciate anak kita bukan dengan melepaskan apa yg pernah kita alami pada anak kita.

jika manusia saling berbalas dendam....sampai bila2 pun kitaran itu tidak akan berhenti....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2008 10:08 AM | Show all posts
kita sebagai anak mmg kena banyak2 bersabar dgn kerenah n perangai ibu terutama ibu yg telah berusia 60++. mcm ibu saya..dia seorg yg amat sensitif diperingkat usia ini..dulu2 tak de pun mcm tu... mmg dlm adik beradik ada yg tak puas hati... dan saya sbgai adik pompuan bongsu jd tempat diorg meluahkan...n ibu pun meluahkan rasa tak puas hatinya dgn anak2 yg lain kat saya...
sebagai anak n adik saya dengar je.... dan tak berani nak sampai kan pd ibu... sbb dah tau perangai dia mcm mana... tapi kalau ada masa yg sesuai..dan kebetulan ibu kuarkan topik tu...saya citer lah skit2...itu pun dengan susunan ayat yg baik sbb tak nak ibu terasa., tersinggung... dan sampai skrg tak de apa2 yg boleh mengeruhkan keadaan berlaku n ibu saya mmg suka kalau saya ajak dia dtg umah saya ni.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2008 10:14 AM | Show all posts
saya dah baca pandang anda. terima kasih semua.
saya akan ambil sebagai panduan dan yang lain-lain jadikan keterlanjuran saya sebagai teladan. dan saya seorang ibu dan saya berjajnji pada diri saya untuk tidak
menderhaka pada anak-anak saya. hati saya agak terubat kerana ayah menyebelahi saya. kadangkala saya rasa kami terlebih memberi perhatian pada ibu.
seboleh-bolehnya saya akan ziarah dia setiap minggu dan penuhi setiap
keperluannya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2008 10:49 AM | Show all posts

Reply #12 qurnia's post

yap... kalau kita buat salah kat anak2 kita still kena mintak maaf kat diorang sbb diorang adalah human yg ada perasaan ..... tu la, kekadang parents menggunakan lesen yg anak tak leh derhaka kat mereka utk melakukan sesuka hati mereka... anyway tuhan lebih mengetahui..... so sesiapa yg parents dlm ni, jadikan la benda ni sbg pengajaran supaya kita tak melakukan perkara yg sama kepada anak2 kita.... dan yg penting kalau kita nak anak kita respek kita, kita perlu juga respek mereka....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2008 03:10 PM | Show all posts
ajak mak ko tenguk afundi tu live aaaa..duk dekat2 ning bazooka..tentu sonok dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.460089 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list