CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3969|Reply: 9

harley sportster XL1200C

[Copy link]
Post time 19-4-2008 06:44 AM | Show all posts |Read mode
Harley Sportster
- Edisi ulang tahun ke-105
Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR
XL1200C Custom dikeluarkan secara terhad bersempena hari
jadi Harley untuk model mereka yang dihasilkan pada
tahun 1903.


WARNA emas pudar menjadi asas utama nilai eksklusif
Sportster XL1200C.

APAKAH yang perlu anda ketahui tentang Harley Davidson? Selain ia adalah pengasas kepada industri motosikal berskala besar buatan Amerika.

Ia satu-satunya perniagaan warisan keluarga yang masih lagi ditradisikan mengikut jejak pengasasnya, William S. Harley dan Walter Davidson.

Ia tidak berubah mengikut keadaan. Tetapi keadaan yang berubah mengikut hala tuju syarikat itu. Enjin V berkembar sejukan udaranya masih kekal sehingga ke hari ini. Malah tempat lahirnya, Amerika adalah salah satu faktor yang membolehkan ia mencipta budaya menunggang dan lebih baik lagi, kesetiaan peminat terhadap jenama Harley itu sendiri.

Untuk tahun 2008, Harley telah membariskan rangkaian yang pelbagai. Daripada model-model popular kepada produksi eksotik dan terhad.

Kesemuanya dinantikan oleh peminatnya yang ingin menyaksikan langkah pembaharuan untuk tahun ini terhadap motosikal mereka. Ini termasuklah model ulang tahun ke-105, XL1200C Custom yang dikeluarkan secara terhad mengikut nombor siri yang telah ditetapkan.

Pertama ia diperkenalkan dengan warna yang jarang diadunkan pada motosikal jenis Harley. Warna emas pudar digabung dengan hitam berkilat dan krom, menjadikannya sebuah motosikal yang nampak berbeza dengan tradisi Harley sebelumnya yang hanya berminat dengan warna hitam.

Namun, kedudukan tangki bahan api, bar hendal dan sudut pelananya telah memberi imej jelas bahawa ia sebuah Harley Sportster.

Model edisi ulang tahun ke-105 ini adalah sempena hari jadi Harley untuk model pertama mereka yang diproduksikan pada 1903.

Warisan Harley diteruskan lagi dengan imej yang diperbaharui, namun mengekalkan kesenian sebuah Harley yang direka untuk tunggangan berjiwa Amerika.

Nadi penggerak 1200cc V twin ini juga tidak banyak berbeza. Ia masih dalam susunan V berkembar, namun disertakan dengan sistem pancitan bahan api. Sejukan enjin? Masih lagi udara.

Sebagai pengeluar motosikal domestik terbesar, Harley telah berjaya mencipta dan mempelbagaikan enjin-enjin mereka yang terbukti lasak dan mampu tahan lama.


KERANGKA belakang yang kemas.


Enjin Evolution adalah salah satu daripada rangkaian nadi penggerak yang bertahan cukup lama dalam produksi-massa Harley.

Model Sportster XL1200C ini juga menggunakan khidmat enjin yang sama. Sebuah enjin tradisional yang digerakkan secara pushrod, OHV dengan injap hidraulik, dua injap pada setiap silinder dengan lifter boleh laras sendiri.

Blok bahan bakar enjin ini dibentangkan menerusi liang berukuran 88.9mm X 96.77mm dengan nisbah mampatan 9.7:1.

Seperti barisan enjin moden Harley, ia menggunakan sistem pancitan bahan api ESPI (Electronic Sequential Port Fuel Injection) dan sistem pelinciran jenis dry sump.

Transmisinya menggunakan plet basah enam lapisan, lima kelajuan dengan medium penggerak menggunakan tali sawat penyampai pada roda belakang.

Mengukuhkan motosikal ini ialah kerangka yang dibina dengan teknik tradisi Harley. Besi tetuang dengan seksyen yang dipateri secara menegak.

Dipasangkan bersama ialah lengan ayun belakang yang lebih bersudut dengan pateri jenis MIG. Kerangka ini kemudiannya disambungkan dengan fork hadapan 39mm serta penyerap hentak belakang dengan pra bebanan.

Roda hadapannya didatangkan dengan tona krom. Bukan itu sahaja, ia bersaiz 21 inci yang dipasangkan bersama brek dengan angkup berkembar.

Bahagian belakangnya ialah roda 16 inci dengan brek cakera tunggal. Masing-masing dilengkapi dengan cakera berkapasiti tinggi untuk menghalang kepanasan melampau sekiranya brek digunakan dengan kerap.

Secara tradisinya, Harley adalah berkaitan dengan kuasa dan rupa. Ia tidak langsung ada kepentingan untuk alam sekitar ataupun penjimatan bahan api.

Harley, satu-satunya syarikat automotif yang mementingkan kesetiaan berbanding teknik perniagaan. Setiap model baru mereka diperhalusi sebelum menjadi sebuah model produksi.

Sportster ini juga tidak ketinggalan mendapat sentuhan teliti pembuatnya. Kosmetik dan praktikalnya melibatkan banyak bahagian termasuk mekanikal.

Enjin yang dipegang dengan cagak buatan getah ini berjaya menonjolkan dirinya sebahagian daripada rupa paras motosikal ini. Ini termasuklah lapisan hitam/krom pada enjin yang menyerlahkan imej sebuah Harley.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2008 09:30 AM | Show all posts
aku lbh minat model V-ROD ........... tp sekadar tgk je, nek beli tak mampu
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2008 09:56 PM | Show all posts

FLSTSB Cross Bones







# Rigid-mount, 1584 cc Twin Cam 96B balanced engine
# 6-speed Cruise Drive transmission
# Black powder-coated engine with polished rocker box covers and pushrods and untreated fins
# Electronic Sequential Port Fuel Injection (ESPFI)
# Gloss Black painted Springer front end with chrome springs
# Gloss Black mini ape-hanger handlebar
# Straight shot exhaust with chrome slash-cut mufflers
# Adjustable sprung solo seat with leather lacing
# 26.6-inch seat height
# Chopped front fender with striping
# Bobtail rear fender with striping
# Gloss Black cat-eye tank console with new speedometer face
# Gloss Black round air cleaner cover, oil tank and rear fender supports
# Distinctive five-gallon fuel tank with hand-laced leather tank panel and striping
# 200 mm rear tire
# Laced Steel front and rear wheels with Gloss Black painted rims
# Half-round old-school foot boards
# Horseshoe oil tank with Harley-Davidson patent badge
# Optional Smart Security System
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2008 12:06 PM | Show all posts

Reply #3 Kilokahn's post

whoaaaaaaaaaa kilo!!!!!  aku sukerrrrrrrrr aku sukerr banget!!    tapi tak mampu.. bila la  aku nak dapat bini kaya  ek..   
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2008 12:33 PM | Show all posts

Reply #4 amazed's post

korang kasik layan citer wild hogs dulup....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 12:22 PM | Show all posts
glam betul color matte black ni yek..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2008 01:37 PM | Show all posts
Pernah dgr satu vintage Harley yg jenis suicide clutch tk.....

Gila daring edition yg tu........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2008 02:56 PM | Show all posts
Pusat sehenti Harley-Davidson
Oleh Mohd Razlan Salleh

PENGGEMAR motosikal Harley-Davidson kini boleh me narik nafas lega apabila NAZA Prestige Bikes Sdn Bhd bakal membawa masuk semua barisan model motosikal terkenal Amerika Syarikat itu termasuk aksesori, alat ganti dan kemudahan penyelenggaraan pada Ogos ini.

Anak syarikat Kumpulan Naza itu melabur RM10 juta bagi membina pusat sehenti yang menyediakan pelbagai ke mudahan kepada peminat jentera dua roda yang cukup dikenali di seluruh dunia itu.

Pusat yang dinamakan 慔arley-Davidson of Kuala Lumpur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2008 04:30 PM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

mane nak cari Harley murah2  Aku tgk semua mahal sgt le

Saje nak buat weekend ride
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 04:30 PM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

mane nak cari Harley murah2  Aku tgk semua mahal sgt le

Saje nak buat weekend ride
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.071288 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list