View: 4566|Reply: 17
|
aflatoxin dlm peanut butter boleh rosakkan hati
[Copy link]
|
|
Mentega beracun rosakkan hati
Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM dan AMREE AHMAD
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0420/Kosmo/Rencana_Utama/ru_02.1.jpg)
BUKTI... Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris menunjukkan
sampel mentega kacang dalam satu sidang media di Pulau
Pinang tidak lama dahulu.
SABAN hari, mentega kacang menjadi antara produk makanan yang digemari rakyat negara ini. Malah ada yang menjadikannya sebagai bahan penyedap roti setiap kali bersarapan atau memulakan kerja pada awal pagi.
Namun tahukah anda, di sebalik keenakan mentega itu, terdapat kandungan bahan kimia yang dikenali sebagai aflatoksin yang boleh menyebabkan kanser hati sekiranya melebihi paras yang ditetapkan.
Aflatoksin ialah sejenis mycotoxin atau sebatian kimia yang lazimnya dihasilkan oleh kulat ketika tumbuh segar di atas bahan organik seperti jagung, kacang atau biji kapas.
Perkara itu didedahkan hasil penyelidikan selama dua tahun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terhadap kebanyakan produk mentega kacang dan produk kacang jenama popular di pasaran negara ini.
Penyelidiknya, Khatijah Hashim memberitahu, kajian CAP pada tahun 2006 dan 2007 mendapati kandungan beberapa produk yang diuji didapati dicemari aflatoksin melebihi paras selamat.
"Impaknya cukup tinggi kerana ia boleh menyebabkan kanser hati walaupun dimakan dalam kuantiti yang kecil. Aflatoksin mengakibatkan penyakit di seluruh tubuh, tetapi biasanya diketahui punca penyakit hati dan kanser hati," katanya.
Jelasnya, di bawah Peraturan Makanan 1985, paras maksimum yang dibenarkan bagi aflatoksin ialah 15 bahagian per bilion (bpb) untuk kacang tanah mentah dan 5 bpb bagi produk makanan lain.
" aras tertinggi bahan itu ditemui dalam sampel gula-gula kacang yang mengandungi 50 bpb aflatoksin. Sampel kacang mentah diuji pula didapati mengandungi 25-50 bpb hingga 5-10 bpb," katanya lagi.
Jelas Khatijah, perkara itu berlaku disebabkan bahagian pengawasan kualiti sesebuah syarikat pengeluar tidak cekap malah 13 daripada 20 sampel mentega kacang yang diuji CAP didapati melanggar paras aflatoksin yang dibenarkan.
Justeru Khatijah menggesa Kementerian Kesihatan supaya menguji semua produk yang berkemungkinan dicemari aflatoksin dan menarik keluar segera semua produk terbabit dari pasaran.
Gantung pengeluar ingkar |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
lady;s choice coklat peanut btter tu sedap ![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Thank God..
Peanut Butter is not my Favourite Food
Thanx for sharing Amazed |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by demonagirl6 at 20-4-2008 07:14 AM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Thank God..
Peanut Butter is not my Favourite Food
Thanx for sharing Amazed
you are welkambeng...
apa faveret food demonagirl? |
|
|
|
|
|
|
|
Kulat bermula dari stor
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0420/Kosmo/Rencana_Utama/ru_03.1.jpg)
KAEDAH moden terutama cara penyimpanan bahan
mentah mampu menjauhi produk makanan daripada
ditumbuhi kulat. - Gambar hiasan
"FAKTOR import, stor dan cuaca menyebabkan kulat aflatoksin mudah membiak menjejaskan kesihatan," tegas pakar pemakanan Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Suhaila Mohamed.
Kulat itu malah senang tumbuh jika aspek pengeluaran mentega kacang tidak memenuhi piawaian.
"Macam kita tanam pokok, jika disiram akan cepat tumbuh. Perkara turut terjadi pada pembiakan kulat.
"Aflatoksin memang tidak dapat dielak pada produk bersumberkan kekacang namun jika lebih dos, ia mampu beri impak yang berbahaya kepada pengguna," katanya.
Jelas Suhaila, langkah proaktif bagi menangani isu itu ialah dengan mencepatkan proses pengeluaran.
" engilang harus menambah kos menyedia stor simpanan untuk mengawal aflatoksin daripada membiak. Tidak salah mereka berbelanja lebih demi keselamatan pengguna," katanya.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0420/Kosmo/Rencana_Utama/ru_03.2.jpg)
Beliau menambah, negara kita boleh boleh menanam kacang pada skala yang besar untuk mengatasi perkara ini selain mengurangkan import.
"Tanah kita luas dan subur dan ramai penyelidik dan agensi berwibawa, tidak jadi masalah untuk kita melaksanakan secara efektif," katanya.
aku punya feveret pb skippy crunchy.. makan dengan pisang!! gilerrr woooo giler!!!! (tapi kegilaan aku dah wokey sikit... ) |
|
|
|
|
|
|
|
alflatoxin is carcinogenic ler |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 blackmore's post
...kalau nak beli peanut butter...belilah peanut butter yang dikluarkan oleh companies yang menitik beratkan their peanut qualities...companies such as ones yang produce skippy...
...lagik satu...kalau tak silap aku...aku pernah terbaca somewhere lah...even ubi kentang dan ubi kayu jugak mengandungi aflatoxin...kalau ubi kentang tu dah kehijau2an...elakkan daripada memakannya...dan kalau ubi kayu dah berkulat...elakkkan memakannya jugak...nie kalau aku tak silaplah...
blek tenkiu sbb byk info tu... yang pasal potato dan tapioca tu aku konfemkan sbb mmg tu ada aku baca dlm science world mags.. .. pasal skippy tu aku setuju... tu ler satu2nya brand pb yg aku balun bertahun tahun dah.. ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Hati yang bersih dan sihat
![](http://www.utusan.com.my/pix/2008/0518/Utusan_Malaysia/Kesihatan/kn_01.1.jpg)
| KEROSAKAN hati akibat hepatitis mungkin membawa kepada sirosis dan kanser hati.
|
SEJAUH mana anda mengenali hati sendiri? Hati yang banyak digunakan dalam frasa kata harian jarang mendapat perhatian dari sudut kesihatan berikutan jarang berlaku kes penyakit yang amat teruk berbanding masalah jantung, buah pinggang atau kanser.
Pada dasarnya, ramai di antara kita yang mengambil mudah kesihatan hati memandangkan ia antara organ yang paling pantas tumbuh kembali.
Keupayaan tersebut menyebabkan jarang berlaku masalah hati di kalangan orang dewasa, di samping tempoh rawatan penyakit hati yang mungkin lebih pendek berbanding penyakit lain.
Kebelakangan ini, lebih tumpuan mula diberikan kepada organ malang ini berikutan peningkatan kes jangkitan virus yang menyebabkan hepatitis atau keradangan hati. Bagaimanapun, secara umumnya, orang ramai masih mengambil ringan betapa pentingnya organ ini dalam kehidupan seharian mereka.
Kenali hati
Hati merupakan organ dalaman dan kelenjar terbesar di dalam badan manusia yang memainkan peranan penting dalam penyahtoksikan serta metabolisma badan.
Pakar Perubatan dan Kardiologi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Shah Alam, Kolonel (B) Dr. Abd. Rahman Mohd. Ali menjelaskan hati merupakan antara organ utama di bahagian abdomen dan berada di bawah tulang rusuk.
揔edudukan hati selalunya di bawah rusuk sebelah kanan dalam 99 peratus daripada kita tetapi ada juga individu yang hatinya terletak di sebelah kiri.
揙rgan ini banyak fungsinya, bukan sahaja dalam metabolisma makanan malahan sebagai penawar toksin atau apa juga racun yang masuk ke dalam badan, |
|
|
|
|
|
|
|
Oh my God! These are my family's fave food!
Now I have to purge my kitchen cupboard out of :
- all types of peanut butter (mental note - only buy Skippy's)
- potatoes with green bits
- ubi kayu (nasib baik tak ada kat rumah) |
|
|
|
|
|
|
|
mind you guys...
bila makan satay tu ingat2 sket...
kuah kacangnye....
dorang xde masanya nak pilih kacang2 yg good quality...ok? |
|
|
|
|
|
|
|
Gangguan hati jejas kesihatan
TAHUKAH anda bahawa hati adalah organ dalaman terbesar tubuh dan menjalankan fungsi yang lebih banyak berbanding dengan organ lain?
Dalam tubuh, hati terletak di bawah diafragma di sebelah kanan badan manusia dan dihubungkan dengan pundi hempedu melalui duktus yang dikenali sebagai saluran biliari. Hati menerima dan menapis darah melebihi seliter darah setiap minit bagi menyingkirkan bakteria, bahan toksik dan lain-lain bendasing dalam peredaran darah.
Hati memainkan peranan penting dalam mengawalatur paras glukosa darah, yang mana apabila paras glukosa berada pada paras rendah, ia akan menukarkan glikogen (iaitu bentuk simpanan karbohidrat dalam hati) ditukar kepada glukosa untuk dibebaskan ke dalam aliran darah.
Sebaliknya, paras glukosa yang tinggi akan menyebabkan hati menukarkan glukosa berlebihan menjadi glikogen untuk disimpan.
Hati menukarkan amonia yang beracun ke bentuk yang kurang beracun, iaitu urea lalu disingkirkan melalui air kencing. Selain itu, hati juga adalah pusat penyahtoksikan yang utama dalam tubuh yang mana ia melindungi tubuh daripada bahan kimia beracun.
Garam hempedu dihasilkan oleh hati dan digunakan dalam usus untuk pengemulsian dan penyerapan lemak, kolesterol, fosfolipid dan lipoprotein. Selain daripada menyimpan glikogen, hati juga menyimpan beberapa jenis vitamin serta mineral.
Memandangkan hati menjalankan pelbagai fungsi yang penting, tahap kesihatan organ itu perlu sentiasa diberi perhatian. Gangguan hati boleh menimbulkan simptom seperti keletihan dan kelesuan, pembentukan lingkaran gelap pada sekitar mata, bau badan yang tidak menyenangkan, mengalami ruam dan inflamasi (keradangan) kulit, loya dan muntah, daya tumpuan yang lemah, masalah alahan, nafas berbau, kembung, sembelit, hati berlemak serta mengalami masalah pencernaan.
Metabolisme lipid (lemak) juga membabitkan hati, yang mana peranannya termasuk menyimpan trigliserida dan memecahkan asid lemak. Ketidaksempurnaan fungsi hati juga akan menjejaskan keupayaannya untuk memecah kolesterol berbahaya (kolesterol LDL) yang boleh menyumbang kepada aterosklerosis.
Formulasi semula jadi untuk kesihatan hati
Milk thistle dan dandelion adalah dua jenis herba utama yang memainkan peranan penting dalam peningkatan kesihatan hepar atau hati. Bahan aktif dalam milk thistle iaitu silymarin bertindak sebagai antioksida untuk melindungi sel hati daripada serangan radikal bebas. Radikal bebas ialah bahan yang sangat reaktif dan berupaya menyebabkan kerosakan dan kematian sel.
Lebih menarik lagi, silymarin boleh merangsang sintesis protein, lalu membantu dalam penghasilan sel baru bagi menggantikan sel lama. Kajian klinikal menunjukkan milk thistle mempunyai kesan yang positif dalam rawatan beberapa jenis penyakit hati, termasuk hepatitis, keradangan pundi hempedu dan sirosis hati.
Kajian terhadap keberkesanan akar dandelion turut dijalankan ke atas manusia dan haiwan. Kajian itu merumuskan Dandelion berupaya menggalakkan pengaliran hempedu dan memperbaiki beberapa jenis keadaan seperti hepatitis, kongesi hepar/hati, keradangan saluran hempedu, batu hempedu dan jaundis. Keberkesanan ini berkait rapat dengan kebolehan dandelion untuk membekalkan nutrien kepada hepar dan meningkatkan fungsi hepar.
Amalan ke arah mengekalkan kesihatan hati
Kurangkan pengambilan lemak haiwan, makanan berminyak dan karbohidrat ringkas seperti gula. Sebaliknya, makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
Elakkan pengambilan kerang-kerangan dan makanan yang mudah tercemar bagi mengurangkan risiko penyakit hepatitis.
Pilih cara memasak seperti kukus, rebus dan panggang berbanding dengan cara menggoreng. Air perlu dimasak sebelum diminum.
Kurangkan atau elakkan pengambilan alkohol dan merokok.
Pengambilan makanan tambahan vitamin B kompleks dan lesitin dapat meningkatkan kesihatan hati dan mempercepatkan tempoh penyembuhan daripada simptom yang berkait dengan penyakit hepatitis.
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari untuk meningkatkan proses penyingkiran toksin daripada badan. |
|
|
|
|
|
|
|
x nk la mkn penut btter ni lg...tp kat rmh ada lg stok...syg lak nk buang...brand lady choise |
|
|
|
|
|
|
|
selalu tengok omputih ratah peanut butter, diorang scoop dari botol terus masuk mulut |
|
|
|
|
|
|
|
selalu tengok omputih ratah peanut butter, diorang scoop dari botol terus masuk mulut
chique Post at 15-6-2008 00:35 ![](http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif)
aku slalu buat camnihh...takper ker yerkk![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik aku bkn penggemar pinat butter..aku x suka..rasa luga bila mkn
aku ari2 mkn roti ngn sekaya ajeerr..![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|