Reign This user has been deleted
|
Masa aktifkan umobile prepaid, ada RM3... Kalau tak top-up dlm 7 hari... no. tersebut akan tamat... |
|
|
|
|
|
|
|
Bengang dikelirukan promoter
Oleh SAIFUL AFFENDY SAPRAN
SHANTI menunjukkan pek pascabayar yang didakwa mengelirukan di Kuala Lumpur semalam.
SERDANG - Gara-gara promoter sebuah syarikat telekomuniasi gagal memberikan penjelasan terperinci ketika mempromosi pek permulaan kad pascabayar, seorang kakitangan swasta mendakwa menjadi mangsa penipuan.
Mangsa, Shanti (bukan nama sebenar) mendakwa segala-galanya bermula ketika beliau bersama seorang rakannya berkunjung sebuah pasar malam pada 31 Oktober lalu dan terserempak dengan promoter syarikat tersebut untuk mendapatkan dua pek permulaan secara percuma.
Dakwa Shanti, ketika itu, beliau 'dipaksa' mendapatkan pek permulaan tersebut dan selepas bersetuju, promoter tersebut meminta beliau menyerahkan kad pengenalannya untuk dibuat salinan pendua.
"Masa itu saya tanya berkali-kali adakah saya perlu membayar apa-apa setelah memiliki pek permulaan ini tapi promoter itu beritahu saya tidak perlu membayar walau satu sen pun.
"Malah promoter itu beritahu saya akan dapat berbual selama 30 jam tanpa dikenakan sebarang caj sebaik sahaja saya aktifkan pek permulaan ini," katanya ketika ditemui semalam.
Cerita Shanti, sejurus pulang ke rumah dia cuba untuk mengaktifkan nombor tersebut namun gagal dan apabila beliau menghubungi operator penyedia perkhidmatan itu, Shanti dimaklumkan nombor tersebut hanya boleh digunakan oleh pemilik telefon tiga generasi (3G) sahaja sedangkan beliau tidak mempunyai telefon yang dilengkap kemudahan itu.
"Lebih mengejutkan saya perlu membayar caj sebanyak RM38 untuk setiap nombor ini. Saya tak pasti caj ini untuk apa kerana amat marah waktu itu tapi yang pasti saya dimaklumkan kedua-dua nombor ini telah didaftarkan atas nama saya," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
member aku lagi la... siap diorang bagi 3 simkad postpaid nih... semua dah masuk line (activated)... dia bagitau aku kalau dia buat 1st call baru start caj.. betul ker? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau call celcom murah lah coz aritu aku pernah bergayut dgn mak aku lama lah jugak tapi di caj rm0.50 ... yang telco lain tak pasti la plak bape di caj.... |
|
|
|
|
|
|
Reign This user has been deleted
|
Free Call utk pengguna 018..? prepaid atau postpaid..? |
|
|
|
|
|
|
|
banyak betul komplen pasal U mobile skang ni!.. gerun aku!!
camna la nasib member aku nanti! |
|
|
|
|
|
|
|
Umobile terdesak utk cari customer.. duit dah kluar berbilion ringgit utk dptkan lesen 3G, install 3G facilities, nak bayar sewa network kpd Celcom, belum kira kos pengiklanan besar2an dlm tv, newspaper, magazine, kos penajaan.. tp malangnya, dpt customer beberapa ribu sahaja..
smua dealer u-mobile diarahkan utk bekerja lebih keras lagi utk dptkan customer.. lakukan apa sahaja janji dpt pelanggan.. maka terjadi la kes seperti diatas.
(jika umobile masih gagal mendapatkan sekurang2nya 5% dari market share hujung tahun ni, jawapnya melingkup la.. confirm kena beli oleh TMI/digi/Maxis) |
|
|
|
|
|
|
|
macam terkubur je telco satu ni............................ |
|
|
|
|
|
|
| |
|