CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3179|Reply: 11

Preparation Bekerja Di Luar Negara -

[Copy link]
Post time 1-5-2008 08:56 AM | Show all posts |Read mode

Bekerja di luar negara?

Oleh ZURINA HASHIM

Ada banyak persiapan yang perlu dilakukan sebelum anda berlepas ke luar negara untuk memulakan tugas baru.


Tidak kira sama ada anda bekerja sendiri atau bermajikan, Hari Pekerja merupakan satu penghargaan kepada anda di atas segala jasa dan bakti yang telah anda curahkan selama ini. Doa saya adalah semoga semua usaha anda akan membuahkan kejayaan sekali gus menjanjikan kehidupan yang lebih selesa buat semua.

Diharap juga semoga penghargaan kepada anda tidak hanya tertakluk kepada sambutan Hari Pekerja tetapi juga diberi melalui tindakan dan layanan yang adil terhadap pekerja, pemberian gaji dan kemudahan yang setimpal dengan khidmat yang diberi, peluang kerjaya yang lebih cerah, peluang menimba ilmu baru dan majikan yang lebih prihatin terhadap kebajikan para pekerja.

Berbalik kepada topik bekerja di luar negara, terdapat banyak persiapan yang perlu dilakukan sebelum anda berlepas ke luar negara untuk memulakan tugas baru.

Jangan ambil ringan dan menunggu saat-saat akhir untuk membuat persiapan tersebut.

Di antara persiapan-persiapan penting yang perlu dibuat:

* Pastikan segala dokumen perjalanan seperti visa, pasport dan tiket kapal terbang sudah dikemaskini dan disahkan sebelum anda bertolak.

* Jika boleh, pastikan ada seseorang menunggu anda di lapangan terbang di destinasi yang akan dituju dan menghantar anda ke tempat kediaman baru anda.

* Anda perlu mempunyai wang saku yang mencukupi untuk perbelanjaan makan dan minum di lapangan terbang, untuk menampung hal-hal kecemasan dan perkara yang tidak diduga seperti kelewatan pesawat dan sebagainya.

* Pastikan berapa banyak wang yang anda perlu sediakan untuk perbelanjaan sekurang-kurangnya satu bulan (sebelum anda menerima gaji anda yang pertama daripada majikan baru) di tempat kerja baru. Ini termasuk perbelanjaan untuk makan dan minum, pakaian, sewa dan deposit rumah, api dan air, sewa kereta atau wang pendahuluan untuk membeli kereta baru atau kereta terpakai atau wang untuk membeli perabot (jika tempat tinggal anda tidak disediakan kelengkapan tersebut).

* Jangan terlalu banyak membawa wang tunai. Bawa sekadar untuk perbelanjaan perjalanan sahaja manakala yang lainnya, tukarkan ke dalam bentuk cek kembara (travellers' cheque). Ini lebih selamat kerana tidak mudah untuk sesiapa menukar cek kembara anda kepada wang tunai tanpa dokumen yang sah seperti pasport. Jangan berlengah-lengah untuk membuka akaun bank dan menyimpan wang simpanan yang dibawa. Kalau berada di Amerika Syarikat, banyak transaksi yang menggunakan cek (membeli belah di pasar raya pun boleh guna cek), jadi lebih mudah jika mempunyai Akaun Semasa.

Jika anda ingin menghantar wang kepada keluarga, cari maklumat bagaimana untuk berbuat demikian. Selain perkhidmatan bank, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan Western Union jika ia terdapat di negara tersebut. Buat perbandingan harga dari segi upah perkhidmatan yang dikenakan kerana anda tidak mahu membelanjakan terlalu banyak wang untuk perkhidmatan tersebut.

* Anda tidak akan mempunyai banyak masalah jika bahasa utama negara yang akan dituju menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda atau bahasa pengantar seperti Amerika Syarikat, United Kingdom atau Kanada. Tetapi anda pasti akan mempunyai sedikit masalah jika menuju ke negara yang bukan semua penduduknya boleh bertutur bahasa Inggeris seperti Perancis, Itali, Sepanyol, Brazil dan negara Arab. Jadi, jangan lupa untuk membawa kamus Bahasa Inggeris - Bahasa Asing (bergantung kepada negara yang akan tuju) bersama anda. Dapatkan juga senaskhah buku yang mengajar berkomunikasi secara mudah (Bahasa Inggeris ke Bahasa Asing) seperti "Apa khabar", "Selamat Pagi", "Selamat Tengah Hari", "Selamat Petang" dan "Selamat Malam".

* "Nama saya厖", "Di mana 厖", bagaimana hendak sebut nombor 1 hingga 100 dan sebagainya.

* Pastikan sama ada Lesen Memandu Antarabangsa yang dipohon di Malaysia sah di negara yang anda tuju. Jika tidak, di mana dan bagaimana harus anda memohon lessen memandu tersebut?

* Jika anda mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi, kencing manis atau lelah, pastikan anda membawa bersama bekalan ubat yang mencukupi supaya penyakit tersebut tidak mengganggu anda di dalam menjalankan tugas baru. Oleh kerana perbelanjaan perubatan dan hospital agak mahal di luar negara, pastikan majikan anda menyediakan kemudahan tersebut tanpa anda perlu menggunakan wang simpanan anda.

* Jangan lupa membawa surat tawaran bekerja di luar negara (sangat penting) dan hubungi pekerja di bahagian Sumber Manusia untuk mengesahkan kedatangan anda. Untuk menjimatkan wang, anda boleh melakukannya menerusi internet. Sesetengah organisasi ada menyediakan khidmat untuk menjemput anda dari lapangan terbang ke tempat penempatan sementara yang juga disediakan. Pastikan anda tahu siapa yang perlu dihubungi dan bagaimana untuk menghubungi beliau sekiranya anda berhadapan dengan apa-apa masalah.

* Sebelum berlepas dari Malaysia, catat nombor dan alamat Kedutaan Malaysia di negara yang ingin dituju. Ini boleh membantu anda apabila mempunyai masalah yang berkaitan dengan visa dan hal-hal kecemasan yang memerlukan perlindungan seperti didera atau ditipu oleh majikan atau terpaksa berhadapan dengan peperangan mengejut atau sesuatu bencana alam seperti gempa bumi, banjir besar, tanah runtuh, ribut taufan dan sebagainya.

Menjalinkan perhubungan dengan staf-staf di Kedutaan Malaysia juga boleh membuat anda terasa seperti berada di negara sendiri dan dapat melepaskan kerinduan pada keluarga dan negara, apatah lagi apabila terpaksa menyambut hari perayaan di luar negara.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

preparation tu tak boleh nak apply for everybody -
i worked in oversea for quite some times too -
tak ada pula all this - yang mana penting tu memang
kena ada ...tapi kalau dah memang tinggal oversea
lain pula procedurenya -

whatever it is - it is a great article for those who are interested
to work abroad -  make a preparation - spiritually and physically -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2008 10:54 AM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

persiapan lain yg penting : jangan lupa, sediakan jugak -

1 - bantal buchuk, selimut buchuk, teddy buchuk : utk stok geli2

2 - gambar awek, duit yg banyak utk telefon awek,爌oskad, kertas & sampul surat yg banyak utk tulis surat kat awek

3 - budu, cencalok, tempoyak, perencah sambal tumis & ketupat segera nona

yg paling penting -

4 - sejadah, telekung (bagi perempuan) & al Quran : jangan tinggalkan solat & abaikan agama tak kira di mana saja anda berada.. jauhi kemungkaran.. dugaan memang kuat kalau kat luar negara.. jangan fikir mak ayah jauh, takde sapa yg marah atau nampak.. sesungguhnya Allah Maha Melihat & Maha Mengetahui

:victory: :victory:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2008 11:05 AM | Show all posts

Reply #2 Jiman's post

wahhh --- yang  sejadah  telekung al Quran  #4 -
tapi cakap PALING penting... orang kalau penting
#1 la.. ni la dia tulis macam kambing aje.. ---
(tu pun kalau beg ada kosong lagi...  rofl )
tapi gambar awek dan BUDU lebih penting, eh ---


[ Last edited by  dexa at 1-5-2008 11:07 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 11:16 AM | Show all posts

Reply #3 dexa's post

tu namanya teknik penekanan
kalau letak point paling penting awal2, nanti sebut point2 lain, orang dah lupa
so yg paling penting kena la letak kemudian.. impak maksima!
~kononnya..

gambar awek memang penting!
peringatan supaya tak TERcurang ngan minahsalleh
tu pun kalau ada minahsalleh yg TERsudi la kan..
kalau ada yg TERsudi, kita lebih daripada TERsudi jugek
kohkohkoh~ TER belaka..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2008 11:20 AM | Show all posts

Reply #4 Jiman's post

tu namanya teknik penekanan
kalau letak point paling penting awal2, nanti sebut point2 lain, orang dah lupa
so yg paling penting kena la letak kemudian.. impak maksima!
~kononnya..


sebenarnya jiman yang perlukan bantal bucuk belaka -
tu tak termasuk frame 20cm x 20cm  gambar mak dia
takut malam2 nangis ingat mak..

gambar awek memang penting!
peringatan supaya tak TERcurang ngan minahsalleh
tu pun kalau ada minahsalleh yg TERsudi la kan..
kalau ada yg TERsudi, kita lebih daripada TERsudi jugek
kohkohkoh~ TER belaka..


elehhhhh kalau ada 10 album penuh gambar awek pun
kalau dah TERcurang minah salleh tu - belasah gak...
tapi  tulis surat kat awex.. dia lah segalanya -

TER - lupa yang dah ada awex -


[ Last edited by  dexa at 1-5-2008 11:29 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 11:37 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 1-5-2008 11:20 AM
sebenarnya jiman yang perlukan bantal bucuk belaka -
tu tak termasuk frame 20cm x 20cm牋gambar mak dia
takut malam2 nangis ingat mak..

eh eh harus la peluk bantal (tapi tak buchuk la)
orang lom kawin, peluk je apa yg ada dulu.. huhuhu
harus la ada gambar mak masuk frame besar2
sayang mak~!

Originally posted by dexa at 1-5-2008 11:20 AM
elehhhhh kalau ada 10 album penuh gambar awek pun
kalau dah TERcurang minah salleh tu - belasah gak...
tapi牋tulis surat kat awex.. dia lah segalanya -

TER - lupa yang dah ada awex -

bukannya lupa, tapi tak ingat (tajuk lagu ni! safura)

okay okay - back to topic :

pasal point #3, #4 & #5 tu - wang saku, wang tunai, wang besar
kalau nak bawa duit tu, pastikan letak duit tu asing2
kat poket kiri letak sikit, poket kanan sikit, poket beg sikit
asing2 kan la, kot2 kena copet dgn penyeluk saku, at least takde la hilang semua

lagi satu.. pasal jumlah barang yg nak dibawa..
kalau boleh tu bawak mana yg perlu aje la dulu
tapi terpulang la kan.. ada orang yg suka mengangkut
kalau boleh satu rumah dia nak sumbat & angkut dalam beg
ada pulak yg jenis suka bawak sikit2, next trip balik malaysia angkut lagi sikit
ataupun pesan aje kat family postkan barang2 tu kemudian
ikut mana yg senang & selesa la kan.. jangan sampai menyusahkan diri
nak angkut barang tu ke hulu ke hilir..
perati gak pasal ni bila pegi kat KLIA (kebanyakannya student la)
bawak beg sebesar agak2 boleh isi mayat dalam tu
tu pun sampai 2 bijik beg (bersamaan 2 mayat)
perlu ke?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2008 10:15 PM | Show all posts

kerja oversea

nk tau, preparation apa yg perlu ada utk kerja kat oversea, UK....visa, passport tu biasa lah kan, maksud saya mcm qualification tu .....course apa...computer skills....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 11:29 PM | Show all posts
ni semua nak lari bahana minyak le ni kan:@ :@ :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2008 05:43 AM | Show all posts
aku penah study obersi (UK).. as undergrad..
every year ramai postgrad yg dah berkeluarga dr malaysia dtg UK.. so utk tampung hidup berkeluarga, either suami/isteri (depending on siapa yg tgh belajar) akan carik keje wpun dah dpt elaun+biasiswa..

sekecik-kecik kerja yg ko leh wat kat UK is cleaner.. plg sikit gaji akan dpt dlm 4-5 pounds/hour (minimum wage)
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 11:59 AM | Show all posts
salam..nk mintak pendapat dan pandangan sikit dari forumer2.
baru ni saya br lulus interview utk keje di pej perwakilan di luar negara (keje gomen) skrg tgh tunggu surat penempatan. masalahnya skrg saya masih blm wat keputusan sama ada nk pegi ke tak. waktu i/view berkobar2..biler dh dpt mcm2 rase pulak ade. skrg sy tgh smbung pjj kat uitm, kalo saya tolak tawaran tu, saya smbung belajar aje.korang rase haruskah saya pergi?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 04:34 PM | Show all posts

Balas #10 tommygirl79\ catat

kau kat mana tommy? wisma ker?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 11:22 PM | Show all posts
Originally posted by tommygirl79 at 5-1-2009 11:59 AM
salam..nk mintak pendapat dan pandangan sikit dari forumer2.
baru ni saya br lulus interview utk keje di pej perwakilan di luar negara (keje gomen) skrg tgh tunggu surat penempatan. masalahnya s ...



bes nyer dpt keje luar negara..
ko dpt jawatan ape??berbaloi ke idak klau ko extend or benti je pjj uitm tu?dh sem bape?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.057436 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list