|
3# buahcinta
tq buahcinta tolong letakkan gambar.saya memang tak reti. |
|
|
|
|
|
|
|
saya baru baca Dunia Ini Sederhana Kecil. ceritanya bagus, setengah berat tp diolah dengan santai. suka dgn kata2 falsafah di dalamnya. saya tak pasti kata falsafah tu dia qoute dari mana2 atau mmg ilhamnya sendiri. klu dr ilhamnya sendiri, mmg dia seorg yg dalam pemikiran n peka dengan keadaan sekeliling. satu novel yg lain dari yg lain.
tapi mmg skema la ayat2 dlm novel dia ni. klu bahasanya dilembutkan sikit, tentu lebih menyerlahkan kreativitinya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cam tuk teenage jer neyh?
comey2 jer |
|
|
|
|
|
|
|
9# willy_wonka
no problem, gambar mmg ada dlm fotobaket sy sbb sy jual online |
|
|
|
|
|
|
|
8# willy_wonka
kalau tak salah tajuk dia adi gempa evolusi, alah gambar budak lelaki tgh dongak langit tu..idea cerita dia menarik tapi ayat-ayat dalam tu kurang aku suka. terlalu skema dan kadangkala cam tk logik sebab hadi tu budak sekolah rendah tapi cara percakapan dia mcm orang besar-besar. ayah dia sekejap panggil ayah sekejap panggil abah..dah tu ejaan dia terlalu banyak yang salah smpikan aku naik boring nak tatap. patutnya pts tu cam dah establish..patut tengok-tengoklah ejaan penulis dan betulkan..ini tak..buku tu cam tergesa-gesa je nak terbit..maaf penulis dengan pts..aku komen ikhlas ni..
perang kucing tu cite apa?? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
13# hauntinggod
Perang Kucing tu citer pasal pemusnah dunia ngan pengawal dunia (ingat2 lupa je tak pasti betul ke tak).
tapi ada sedikit tak faham,ada 2 kumpulan kucing,1 jahat 1 baik...tapi sedikit keliru tak tahu nama kumpulan yang mana yang baik dan jahat.tak pasti kesilapan cetak atau memang macam tu ceritanya.
pada saya citer BB ni best,walaupun ayatnya skema tapi kelakar..cuma yang tak best bila banyak silap ejaan...PTS patut buat sesuatu..cover dah cantik2,penulis pun berbakat tapi kalau editor tak bagus,tak seronok lah nak membacanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
87# willy_wonka
setuju 100kali. penulis dh berbakat, cerita dh sedap, tp kalau typo sana sini, ayat pun kejang-kejang je, rosaklah keseronokan membaca. harap2 pihak PTS pekalah dgn perkara ni. |
|
|
|
|
|
|
|
hari ni baru dapat dari bookcafe buku baru BB-Puisi Untuk Nadina |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya kebanyakan buku Bahruddin ni memang utk remaja
tp ord dewasa pn boleh juga baca, santai bahasanya,
boleh gelak2. Mcm citer detektif Bertudung Hitam tu, Inang
nak gelak baca nama2 watak yang di tulis, Pawang Sinclair,
Heryanto Mulyadi Putra Lestari, mcm tu jg dgn nama
Kampung Nabawan Victoria, unik kn..
tp dalam gelak2, ada juga motifnya,
nilai persahabatan yang penting walaupun
masing2 ada kekurangan.
dan yang paling kelakar bila ketua Zahra citer
pasal teman imaginasinya, Karim Kanggaru...
tak tahan nak gelak, terutama masa dia ngigau
suruh karim kanggaru lompat tinggi-tinggi.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku nak cari Perang KUcing..kat mana nak dapat ye? rasa macam nak baca la pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia uji kaji jadi rebutan Amerika, Russia
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Sastera/20090828065144/Article/index_html
ADI Gempa: Evolusi karya Bahruddin Bekri membawa pembaca menelusuri kisah manusia uji kaji yang mempunyai kekuatan luar biasa hasil konspirasi pertubuhan sulit Amerika dalam percubaan mereka untuk menguasai dunia, tetapi terhalang apabila ada pihak yang membangkang niat jahat itu.
Novel pertama percubaan pengarang ini dalam genre aksi fiksyen sains atau Sai Fai dimulai dengan penemuan logam hitam dipercayai tahi bintang yang jatuh terhempas di kawasan terpencil di Russia, hampir 100 tahun lalu dan Amerika merancang menghasilkan sesuatu yang dahsyat bagi merealisasikan impian menguasai dunia.
Tidak mahu terbabit dengan rancangan jahat itu, Prof Ashraf bersama-sama 10 manusia uji kaji melarikan diri dan sempat membebaskan 100 sejenis dengannya, sebelum lari bertebaran di serata pelosok dunia manakala Prof Ashraf memilih menyembunyikan diri di Malaysia dengan membawa dua manusia uji kaji, Amin dan Hadi.
Bagaimanapun, Hadi yang masih bayi ditinggalkan di hadapan sebuah rumah dan pada usia 12 tahun menjalani kehidupan normal di samping Puan Maimun dan Pak Ali di sebuah kampung, tanpa disedari memiliki kekuatan luar biasa iaitu dapat mengesan gempa bumi serta menghasilkan gegaran.
Prof Ashraf kembali menjejaki Hadi dan memerhati perkembangan serta gerak gerinya sehingga dapat mengesan adanya kaitan antara Hadi dan kejadian gempa bumi di samping membongkar hubung kait di antara Hadi dengan perancangan sulit Amerika terungkai.
Tokoh itu turut membongkar eksperimen berlabel Boy I yang lahir daripada ‘Projek Manusia Uji kaji’ dan satu daripadanya ialah Hadi selain Prof Ashraf cuba membantu pemuda terbabit mengguna serta mengawal kuasanya yang sangat berguna untuk mengesan gempa bumi bagi menyelamatkan dunia serta beribu nyawa.
Penulis mengangkat Hadi sebagai hero yang menjadi rebutan Amerika dan Russia kerana kekuatan yang dimilikinya itu akan membawa keuntungan kepada mereka, meskipun hakikatnya Hadi masih tidak dapat menggunakan kuasa sepenuhnya.
Penulis bagaikan membawa pembaca menonton siri komik super hero apabila muncul lebih ramai manusia
uji kaji yang mempunyai kekuatan luar biasa dan setiap daripada mereka memiliki kehebatan tersendiri selain kebijaksanaannya menyusun plot dengan baik berjaya menambat tumpuan pembaca.
Selain Amin yang memiliki kuasa angin, Hadi turut bertemu dengan Man-7 atau dikenali sebagai Tokoh X, antara manusia uji kaji terkuat dan banyak kuasa hebat yang antaranya mampu mengeluarkan sinaran seolah-olah logam hitam, kuasa teleport dan kuasa ais.
Plot cerita menjadi semakin menarik serta menimbulkan debaran kepada pembaca apabila wakil Amerika yang diketuai Prof William, mula memburu Hadi dan Prof Ashraf manakala Prof Mashkadov mewakili Russia pula berusaha melindungi Hadi.
Keadaan menjadi lebih sulit apabila Prof Maskadov, Prof Ashraf dan Hadi diculik oleh Amerik, manakala Jeneral Kashparov pula berusaha mengatur rancangan dengan mengumpul barisan tenaga yang kuat untuk menyelamatkan kelompok yang diwakilinya.
Pergelutan demi pergelutan berlaku bagi memusnahkan pihak lawan masing-masing, tetapi kekuatan dan kelicikan kelompok Amerika dengan barisan tentera skuad pengawal gelap dan skuad pembunuh gelap, menyukarkan usaha menumpaskan mereka.
Baik kelompok Amerika mahupun Russia, masing-masing mengeluarkan senjata dan kekuatan bagi melawan serta mempertahankan diri, pelbagai makhluk yang mempunyai kuasa luar biasa turut muncul dalam memperkukuhkan serangan sehingga pembaca terdorong menyudahkan bacaan.
Bagaimanakah nasib Prof Ashraf dan Hadi serta apakah tujuan sebenar Prof Mashkadov yang juga orang kanan Prof William, tetapi akhirnya membelot serta berjayakah pihak Amerika ditumpaskan akan diketahui dengan membaca sendiri novel setebal 331 halaman berharga RM19.00 senaskhah ini.
INFO: Adi Gempa: Evolusi
Pengarang: Bahruddin Bekri
Tebal: 331 halaman
Penerbit: PTS Fortuna Sdn Bhd
Harga: RM 19.00 senaskhah
Bintang: ****
Lulusan ekonomi pilih penulisan kreatif
MOHAMAD Bahruddin Mohamad Bekri berasal dari Kuching, dilahirkan pada 11 Januari 1981 mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Iboi, sebelum meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Semera, Sarawak.
Pemegang Ijazah Muda Ekonomi ini menulis sejak di sekolah, kemudian menjadikan blog sebagai medan bereksperimen dan walaupun baru dua tahun menulis novel, enam sudah diterbitkan iaitu Doa Untuk Aku, Dunia Ini Sederhana Kecil, Detektif Bertudung Hitam, Puisi Untuk Nadina, Perang Kucing dan Adi Gempa.
Adi Gempa adalah percubaan pertamanya menulis novel berbentuk aksi fiksyen sains, Sai Fai kerana sebelum ini, Mohamad Bahruddin selesa dengan genre komedi kehidupan, tetapi tetap berazam untuk menulis sekual Adi Gempa selain pernah mencuba bakat dalam genre cerpen dan novel remaja
Beliau pernah berkhidmat sebagai eksekutif di syarikat logistik dan bekerja sementara di bawah Skim Kerajaan, kemudian bekerja secara bebas dalam menyusun reka letak buku, mengedit buku mahupun novel dan kini bekerja sebagai Editor di PTS Litera Utama Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Berbanding novel, beliau lebih selesa menulis di blog kerana tidak terikat dengan pelbagai peraturan selain boleh bersikap jujur di samping bereksperimen dengan pelbagai gaya penulisan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Baharudin Bekri sangat selamba bila bercerita terutamanya dialog-dialog yang beliau selitkan. Membuat ketawa meletus tiba-tiba saja. Penulis genre komedi yang menghiburkan. Cover novel Doa Untuk Aku, Detektif Bertudung Hitam dan Dunia Ini Sederhana Kecil mungkin akan membuat pembeli terfikir ini adalah buku untuk remaja. Tetapi sebenarnya karya ini lebih masuk ke genre dewasa. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|