CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6235|Reply: 8

penyakit melatah hanya di asia tenggara

[Copy link]
Post time 21-5-2008 05:48 PM | Show all posts |Read mode
'Penyakit' melatah hanya di Asia Tenggara

Pakar percaya latah adalah satu kebiasaan yang kaitan rapat dengan fungsi sistem saraf pusat, psikologi dan sosiol

MASYARAKAT kita terutama kaum Melayu sememangnya cukup sinonim dengan melatah terutama golongan berumur. Menghibur dan mencuit hati. Mungkin itulah gambaran paling tepat bagi menggambarkan gelagat mereka yang melatah ini. Jika diperhatikan, apabila seseorang melatah, dia seolah-olah hilang pertimbangan dan lupa seketika perbuatan yang dilakukan. Anehnya, tiada siapa yang akan menjauhkan diri daripada mereka yang melatah malah latah mereka berpanjangan jika terus diusik.

Selain yang sudah berusia dan dianggap nyanyuk, latah juga sering dikaitkan dengan wanita berusia. Hinggakan, sesuatu majlis keraian bagaikan kurang seri tanpa mereka yang melatah ini

Pakar Psikologi, Dr William S Buroughs, menjelaskan latah adalah situasi terkejut melampau (hyperstartling) yang ditemui di Asia Tenggara pada sesetengah bangsa saja dan amnya pada wanita.

Bagaimanapun, bukan wanita saja yang dikaitkan dengan melatah, lelaki juga apa kurangnya. Ada juga lelaki yang melatah dan kadang kala latah mereka lebih teruk daripada wanita.

Justeru, Keluarga di 9 (KD9) bersama hos, Datin Norjuma Habib Mohamed berkesempatan menemubual penyanyi, pengacara dan pelakon, Roslan Shah, yang kuat melatah. Menyingkap kisah bermulanya dia melatah, menurut Roslan, dia melatah sejak tiga tahun dulu. Mungkin disebabkan gemar mengusik dan mengajuk orang melatah lama-kelamaan, dia turut `berjangkit'. Dia turut mengakui, kakak dan arwah neneknya turut melatah dan mungkin ia `menurun' kepadanya.

Roslan menyangkal pendapat sesetengah pihak yang berkata dia sengaja melatah atau buat-buat latah.

"Saya tidak nafikan ada sesetengah orang sengaja melatah mungkin untuk mendapat perhatian atau menunjuk-nunjuk tetapi jika boleh memang saya tidak mahu melatah, meletihkan!" akui Roslan.

Pernah suatu ketika dia sedang makan di sebuah restoran, seekor kucing menggesel pada kakinya dan disebabkan terlampau terperanjat menyebabkan dia `bersilat' hinggakan meja dan pinggan mangkuk bertaburan.

Hatta, terpaksalah dia membayar ganti rugi kepada pemilik restoran.
"Bayar satu hal dan malunya bukan kepalang kerana semua orang tertumpu kepada saya," kata Roslan mengimbau kisah lalu.

Roslan berkata, dia akan melatah jika orang menyergah atau mencuit pinggangnya. Namun, ada kala dia tidak melatah jika dia bersedia dan berhati-hati ketika bersama orang keliling. Apa yang paling merisaukannya apabila melatah, dia akan menyebut perkataan yang tidak senonoh dan ini turut menjatuhkan maruahnya.

"Kalau saya melatah, kaki tangan semua naik sesiapa yang berdekatan, nahaslah! Hendak marah pun tidak boleh sebab yang mengusik pun kawan-kawan tetapi pernah saya mengacarakan sebuah majlis, tiba-tiba seorang tetamu kononnya hendak mengusik akibatnya kepala dia saya ketuk dengan mikrofon! Hah, rasakan!" katanya.

Tidak dinafikan, kala bercerita mengenai latah, pelbagai cerita latah yang kita boleh dengar. Ada yang boleh menyebabkan periuk belanga terbang melayang, ada yang bercakap mengarut, ada yang bersilat, menari dan bermacam lagi.

Namun, apakah yang menyebabkan mereka ini melatah? Pakar mempercayai latah adalah satu kebiasaan yang tiada kaitan dengan penyakit tetapi ia dipercayai berkait rapat dengan fungsi sistem saraf pusat, psikologi dan sosiol. Malah, ia dipercayai terikat dengan sistem budaya sesuatu masyarakat.

Justeru, kata Roslan, jangan merangsang orang yang melatah seperti mencucuk pada mana-mana bahagian anggota tubuhnya hingga mereka terkejut. Walau pun dengan melatah boleh menceriakan suasana tetapi ia turut memberi kesan kepada si latah tadi. Selain penat dan perlakuan mereka tanpa sedar, mereka juga menjadi bahan ketawa yang kadang kala memualkan diri mereka sendiri.




aku mmg tak pernah lak tengok roomate aku John melatah or mak dia ke bila aku visit rumah dia kat Dekalb dulu... tapi kalu kat malaysia  jiran mak aku   makcik leha tu... kalu melatah.. woooooo  aku lak naik cemas... bukan setakat opocot aje yang keluar... habis sumer   benda2 anatomi  pompuan pun keluar...  LMFAO...    cayer lah cakap aku ... sumer ada...  tapi  penis lekali tak dak pulak.. ye la takkan dia sebut penis lak kan...  ada la nama2 utk penis tu... bukan aku tak nak sebut kat sini... nanti mod blek sound lak kat aku...  tapi  memang ada ler yg vagina pompuan tu depa sebut bila melatah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2008 05:55 PM | Show all posts
xla..
kat jepun pun ada gak...
pulau something...lupa nama pulau ape...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2008 06:39 PM | Show all posts
Originally posted by hypnose_s at 21-5-2008 05:55 PM
xla..
kat jepun pun ada gak...
pulau something...lupa nama pulau ape...


pulau apa ? kenapa lak dengan pulau tu?

ada honshu...  ada shikoku... ada kyushu... ada hokkaido...

mana satu hyp?? dan ko maksudkan orang japang kat pulau ni pun melatah gak ke?  apa depa cakap bila depa latah.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 08:27 PM | Show all posts
Originally posted by amazed at 21-5-2008 06:39 PM


pulau apa ? kenapa lak dengan pulau tu?

ada honshu...  ada shikoku... ada kyushu... ada hokkaido...

mana satu hyp?? dan ko maksudkan orang japang kat pulau ni pun melatah gak ke?  apa d ...


org eskimo pun mereka kuat melatah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2008 10:31 PM | Show all posts

Reply #4 demonagirl6's post

demona..!! .. baru aku tingat... ada citer pasal ni... tapi apa eskimo cakap bila depa melatah  ek..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 01:09 AM | Show all posts
Originally posted by amazed at 21-5-2008 06:39 PM


pulau apa ? kenapa lak dengan pulau tu?

ada honshu...  ada shikoku... ada kyushu... ada hokkaido...

mana satu hyp?? dan ko maksudkan orang japang kat pulau ni pun melatah gak ke?  apa d ...


aku x hingat la..
lecturer aku explain masa tu pasal culture-bound psychiatric illness...
tp term dorang bukan latah la...they called 'imu'
aku xpenah dgr lak camne dorang latah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2009 08:13 AM | Show all posts
Malu, semput dan letih
Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF





Bagaimanakah tabiat latah memberi kesan kepada tiga individu yang masih muda ini?



REAKSI individu yang melatah adalah pelbagai. Ada yang menari, melompat, mengeluarkan kata-kata kesat, lucah, kotor, meniru aksi orang di sekeliling atau sebagainya. Tingkah laku itu mungkin dianggap satu bentuk hiburan kepada orang lain.


Bahkan, sesebuah majlis perkahwinan atau kenduri kendara seakan-akan hilang serinya tanpa gelagat mereka yang melatah.

Semakin diusik atau disergah, semakin rancak mereka melatah.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, latah bermaksud seseorang (biasanya wanita) tidak sedar apa yang dilakukan, mengikut perbuatan atau suruhan orang lain tanpa disedari, mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu secara tidak sengaja kerana terperanjat.


Ironinya, ramai yang menyangka latah sering berlaku dalam kalangan wanita yang berumur 50 tahun ke atas. Sedangkan hakikatnya, latah juga boleh berlaku dalam kalangan orang muda tanpa mengira jantina.

"Sebelum ini, saya fikir latah hanya berlaku kepada wanita berumur. Tetapi, sangkaan itu meleset apabila saya sendiri mula melatah pada usia 22 tahun.



NOOR pernah menampar orang lain ketika melatah.

"Semua ini berpunca daripada kecenderungan saya mengusik penari senior yang melatah. Pada waktu itu, saya bertugas sebagai penari di Istana Budaya (1997).

"Setiap kali waktu rehat, saya pasti mengganggu mereka. Apa lagi, mulalah mereka melatah dengan menari dan menyebut perkataan yang kurang enak didengar," jelas pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie, 34, ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Damansara Perdana, Petaling Jaya.

Keasyikan mengacau orang melatah akhirnya menyebabkan virus tabiat tersebut 'menjangkiti' dirinya. Peliknya, tatkala penari senior melatah, dia pun akan turut serta. Walaupun menerima sergahan yang perlahan, Noor tetap melatah.

Bukan setakat itu, sikap latahnya semakin menjadi-jadi sejak berkawan rapat dengan pelakon, Siti Haida Abdul Moin (Ieda). Ini kerana Ieda antara selebriti yang paling teruk melatah.

Pantang dicucuk, disergah atau terdengar bunyi mengejut, pantas saja dia melatah.

Justeru, apabila kerap bertemu rakan yang juga melatah, kesannya kedua-dua mereka akan melatah tanpa henti apabila terkejut. Lebih menjadi haru-biru apabila ada orang lain yang mengetahui kelemahan mereka akan mengambil kesempatan yang membuatkan mereka terus melatah.

"Paling melucukan disebabkan latah, kami berdua telah ditawarkan berlakon dalam telefilem bertajuk, Mario Mariono Bros.

"Dalam drama tersebut, saya memegang watak gadis latah yang ingin menjalani kehidupan sebagai gadis normal. Bagi mendapatkan aksi latah yang semula jadi, tenaga produksi telah melakukan pelbagai kejutan supaya kami melatah teruk," ujar Noor yang pernah menampar dahi seorang pelakon kerana terkejut apabila pinggangnya diusik.



SIKAP latah Noor (kiri) dan Ida semakin menjadi-jadi apabila bertemu.

Segelintir masyarakat menganggap latah tidak perlu ditakuti kerana ia dianggap sebagai satu bentuk hiburan yang mencuit hati. Namun begitu, tanpa kita sedari latah boleh menyebabkan individu tersebut berada dalam keadaan bawah sedar, hilang kawalan dan kepenatan.

Walaupun tidak menyedari perkara yang dilakukan ketika melatah, tetapi sebaik sahaja tersedar daripada melatah, Noor yang pernah memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2007 mengakui dia akan mengalami kepenatan yang teramat sangat.

"Latah sungguh memenatkan sehingga berpeluh-peluh dibuatnya. Situasi ini cukup tidak menyenangkan kerana ia mengganggu kerja saya. Atas faktor tersebut, setiap kali menjalani sesi penggambaran, saya akan minta kerjasama tenaga produksi supaya tidak melakukan sebarang perkara yang boleh menyebabkan saya melatah.

"Apabila sudah penat dan tidak bertenaga, ia menyukarkan saya menjiwai watak," luah Noor yang turut memberitahu latah juga mengundang bahaya dan menjejaskan keselamatan seseorang.

Jelasnya, gara-gara melatah dia dan Ieda hampir mengalami kemalangan jalan raya. Kejadian itu berlaku sewaktu mereka dalam perjalanan pulang selepas penggambaran tamat. Secara tiba-tiba, sebuah kereta yang berada di belakang kereta Noor telah membunyikan hon.

Bunyi hon yang kuat itu telah menyebabkan mereka berdua menjerit dan melatah sehingga Noor melepaskan stereng kereta. Mujur, Ieda segera sedar lalu menenangkan Noor supaya segera mengawal kereta yang hampir merempuh pembahagi jalan.

Bukan itu sahaja, Noor juga pernah membaling telefon bimbit dan sikat serta hampir melemparkan pisau yang sedang digenggam akibat melatah.

Memang seronok melihat orang melatah tetapi tindak-tanduk sedemikian sebenarnya mewujudkan rasa malu dan segan kepada golongan ini.

"Saya bukan badut untuk dipermainkan dan dijadikan bahan ketawa," tegasnya yang berjaya mengurangkan latah dengan kaedah mengetap gigi apabila diusik.



SELAIN Malaysia dan Indonesia, suku Ainu di Jepun juga mengalami latah.

Oleh kerana jarang bertemu geng latah, Ieda memberitahu, pelakon Nadia Mustafar, 33, berjaya membantu mengurangkan sindrom latahnya.

Bagaimana pula dengan lelaki? Adakah tabiat latah mereka lebih teruk berbanding wanita?

"Selain saya, mak dan nenek juga melatah. Nenek pernah mengejar orang dengan parang manakala mak pula pengsan hanya disebabkan latah.

"Tak tahulah sampai bila kami akan melatah. Hakikatnya, saya tak mahu lagi menanggung malu, semput dan keletihan," luah jurusolek bebas, Mohd. Firdaus Mohamed Dian, 24, yang meniru aksi orang, menjelirkan lidah dan membuat mimik muka ketika melatah.

Menurut Mohd. Firdaus, dia pernah terjirus air ke muka pengantin perempuan yang disoleknya. Begitu juga pipi pelanggannya turut diconteng dengan gincu bibir apabila pinggangnya dicucuk.

Namun begitu, Firdaus kini menarik nafas lega kerana tidak lagi mengalami latah yang teruk kerana kurang diusik oleh rakan-rakannya. Jika sewaktu berada di tingkatan tiga, rakan sekelasnya tidak pernah lekang mengacau sehingga dia pernah menangis kerana malu.

Mula dengan terikut-ikut orang lain




Penulis buku American Normal: Hyperstartle Syndrome, Lawrene Osborne pernah menyatakan jika masyarakat Amerika Syarikat (AS) popular dengan penyakit anoreksia, orang Nigeria mengalami masalah kepenatan minda, bangsa Melayu pula menghidap 憄enyakit
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 08:15 AM | Show all posts

Reply #5 amazed's post

eskimo cakap :

ootchook!! --

maaf tak nak beritahu apa maknanya
nanti kena cantas lak credit... gs --

nak pun depa sebut:

oh  iitiq!! --

tak pun  anaq!! --
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2009 01:17 PM | Show all posts
ootchook=opocot dalam bahasa melayu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.045815 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list