|
Perang 3G Blackberry-iPhone
Oleh KHAIRUL ANUAR ABD. RAHMAN
Model keluaran syarikat RIM, Blackberry Bold 9000 ini dilancarkan ketika industri melaporkan Apple bakal memperkenalkan model iPhone 3G pada bulan hadapan.

iPHONE dan Blackberry kelihatan bersaing untuk menjadi peranti berteknologi 3G terbaik.
MUNGKINKAH Apple akan ditewaskan dalam persaingan piawaian generasi ketiga (3G) oleh produk terkini keluaran Research in Motion (RIM) - Blackberry Bold 9000? Ia model yang tampak lebih halus buatannya dan lebih laju dari segi pemprosesannya.
Model terkini Blackberry ini akan menyokong rangkaian 3G sedunia, selain capaian jalur lebar tanpa wayar atau WiFi. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan keupayaan GPS yang kini mula didatangkan dengan kebanyakan telefon bimbit berkeupayaan tinggi.
Model keluaran syarikat RIM ini dilancarkan ketika industri melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs bakal memperkenalkan model iPhone 3G pada bulan hadapan.
Blackberry Bold dilengkapkan dengan sokongan rangkaian tiga jalur HSDPA dan empat jalur EDGE. Ini bermakna, ia akan menyokong capaian terpantas dalam sistem rangkaian pantas GSM di mana ia terdapat di seluruh dunia, mengikut laporan PC World Online baru-baru ini.
Dengan ciri GPS, Blackberry Bold dapat membuktikan yang ia merupakan lawan yang tidak boleh dianggap enteng oleh telefon generasi terkini iPhone dari sudut kemampuan telekomunikasinya.
Reka bentuk Bold juga dilihat mempunyai sedikit sebanyak ciri iPhone, dengan paparan kaca, lebih tipis berbanding model sebelumnya dan bucu yang membulat.
Papan kekunci Bold diukir khusus bagi mengelakkan jari pengguna tergelincir ketika menaip. Bold turut dilengkapkan dengan kamera dua megapiksel dan kemampuan pembesaran sehingga lima kali zoom digital.
Model terkini Blackberry ini digerakkan oleh unit pemprosesan Strong-ARM dengan kelajuan 624MHz dan kemampuan MMX atau Multimedia Extention, unit pemprosesan pusat (CPU) yang paling pantas pada telefon mudah alih hari ini. Ia membolehkan Bold memaparkan video dalam resolusi 480 x 320 piksel.
Bagaimanapun, paparan skrin Bold lebih kecil berbanding skrin 3.5-inci model iPhone yang terdapat di pasaran hari ini. Bagi mereka yang bergantung kepada telefon untuk melayari internet, faktor skrin mungkin menyebabkan mereka berfikir dahulu sebelum membuat keputusan mengenepikan iPhone yang menawarkan ruang skrin yang besar.
Selain itu, skrin Blackberry Bold tidak menyokong ciri sesentuh seperti iPhone. Ciri yang tampak lebih elegan ini sekiranya diambil kira sebagai satu faktor untuk membeli mungkin meletakkan Bold sedikit di belakang iPhone.
Namun begitu, harus diingatkan bahawa Blackberry selama ini dikenali sebagai peranti mudah alih yang menumpukan usaha membangunkan teknologi e-mel yang boleh diakses di mana-mana sahaja melalui teknologi rangkaian selular yang dikenali sebagai Push Mail Service.

Melalui teknologi ini, golongan yang sering bergerak ke sana dan ke mari dalam menjalankan tugas, mudah untuk berinteraksi dengan pejabat, selain melakukan koordinasi hanya melalui telefon mudah alih. Justeru, tidak hairanlah sekiranya ciri-ciri 'kosmetik' yang terdapat pada iPhone tidak terdapat padanya.
Apa pun, kita perlu menunggu sehingga model terkini iPhone 3G dilancarkan untuk mengetahui spesifikasi sepenuhnya bagi membolehkan perbandingan secara spesifik dibuat terutamanya dari segi keupayaan yang berkaitan dengan capaian 3G.
aku masih dengan n82 tapi blackberry ni abang aku pakai.. canggih wooo  |
|
|
|
|
|
|
|
ada tak yg nak bagi aku free mende ni... |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu BB Bold memang sleek dan sexy  |
|
|
|
|
|
|
| |
|