|
Masalah trade in - Nak tanya apa perlu buat
[Copy link]
|
|
Reply #20 zzcbr's post
betul la tu .. merepek ko ni merepek yg boleh pakai ...bagus idea ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
kes sama... hati2 bila trade-in
Pemungut hutang bank ugut
PELANGGAN BIASA
Kuala Lumpur.
PADA 20 Jun lalu, saya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa bertindak mewakili bank CIMB di Kuala Lumpur berhubung ba- yaran ansuran kereta saya yang empat bulan tertunggak.
Untuk makluman, kereta tersebut telah lama saya jual kepada syarikat kereta terpakai tetapi akhirnya saya mendapat tahu ia tidak ditukar nama hak milik. Dalam kes ini, saya yang menjadi mangsa dan telah membuat dua aduan polis. Malah saya telah memaklumkan kepa- da pegawai yang menjaga akaun kereta tersebut di CIMB.
Apa yang saya kesalkan ialah pemanggil tersebut dari awal lagi bercakap kasar dan langsung tidak memberi peluang kepada saya membuat penjelasan. Malah dia menggunakan kata-kata kesat dan nadanya mengancam. Dari apa yang saya ketahui kemudian, lelaki tersebut sebenarnya adalah pemungut hutang atau mungkin penarik kereta (yang biasanya diberi tugas berkenaan oleh kebanyakan bank) dan bukannya kakitangan tetap CIMB. Petugas CIMB selalunya ramah dan memberikan layanan yang baik. Saya pernah dihubungi oleh pegawai CIMB bahagian pinjaman kereta berhubung kes ini, yang sentiasa menunjukkan rasa hormat kepada pelanggan dan memahami keadaan. Pegawai berkenaan juga telah mempunyai alamat dan nombor telefon pembeli kereta tersebut, yang masih gagal menukar nama hak milik.
Pihak bank juga perlu memastikan mana-mana individu yang mewakilinya memungut hutang, tidak bertindak secara samseng. Setiap bank harus bertanggungjawab terhadap mereka. Ini juga soal imej bank. Jika mereka dibiarkan bertindak demikian, ia sama sahaja dengan perbuatan ah long.
Saya juga berharap pemungut hutang bagi pihak bank tidak dibenarkan menggunakan mod privasi yang tidak tertera nombor telefon mereka. Ini bagi membolehkan sebarang tindakan diambil jika mereka mengugut pelanggan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by metalacademic at 17-6-2008 10:30 PM
haaa..ini kes yg banyak berlaku sekarang ni ... nampak gaya nya salesman kasik orang lain sambung bayar,sebabnya payah sangat nak carik buyer kereta ko yang namanya lepas loan bank ..
so makna ...
emm betul tu....kes dia ni lbhkurang mcm kes aku juga... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by miza82 at 18-6-2008 12:04 PM
alamak...baru ingat nak trend in keta kelisa aku tu...tp,mcm2 hal la lak psl trend in nie...
lbh baik jual sendiri...kalu nak trade in pastikan syarikat use car yg betul2 kukuh dr segi kewangan dan berdaftar...jgn percaya sgt salesman...sbb semua tu main duit... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by JDM_Car at 17-6-2008 04:49 PM
sapa2 ada keja AmBank boleh pm aku , nak mintak tolong, sbb aku kat johor ni , kereta kat kajang, serdang, cheras....cam tu la.....
ada org ambank kat sini...tp x masuk la plak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 arenis's post
org ambank bzz la..
tambah2 gaji nak naik nih... |
|
|
|
|
|
|
| |
|