CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2587|Reply: 3

Terrorisme: Wartawan diarah serahkan isi buku

 Close [Copy link]
Post time 1-7-2008 11:59 AM | Show all posts |Read mode
Wartawan diarah serahkan isi buku

WARTAWAN bebas, Shiv Malik, perlu menyerahkan bahan yang mengandungi sumber penulisannya mengenai terrorisme kepada Polis GreaterManchester dalam tempoh tujuh hari dan membayar kos perundangan, seperti yang diarahkan dalam ulasan kehakiman kes terbabit, menurut akhbar Guardian. Bagaimanapun, perintah larangan penerbitan yang dikenakan kepada penerbit Malik, Constable & Robinson telah ditarik balik.

Guardian melaporkan tiga hakim Mahkamah Tinggi London mengehadkan perintah terma pengeluaran asal yang dikeluarkan Polis Greater Manchester kepada hanya bahan penting yang bersumberkan suspek pengganas, Hassan Butt, berbanding semua bahan untuk buku terbabit.

Bagaimanapun, Constable & Robinson mengakui pada Mei lalu, bahawa belum dapat mengesahkan bila buku itu, Leaving al-Qaida, dapat diterbitkan.

Sumber theBookseller.com terjemahan oleh Nazmi Yaakub


[ Last edited by  bukunota at 1-7-2008 12:26 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2008 12:28 PM | Show all posts
Isu terrorisme memang isu sensitif di Eropah dan Amerika Syarikat (AS). Meskipun, mereka menyanjung kebebasan akhbar dan kebebasan menulis, tetapi dalam soal terrorisme, mereka tidak teragak-agak untuk mengehad atau lebih buruk, melanggar dogma mereka sendiri. Cuma pada ketika tertentu, hanya mahkamah menjadi jalan terakhir untuk mengawal daripada pelanggaran hak sewenang2nya oleh pihak berkuasa.

Bagaimana pula dengan kebebasan penulisan di negara kita?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 03:42 PM | Show all posts
Serius nih
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 05:44 PM | Show all posts

Balas #2 bukunota\ catat

sy rasa di negara kita sendiri ada kebebasan untuk menulis apa sahaja asalkan tidak menyinggung sensitiviti rakyat yang bersangkut paut dengan kaum dan agama. malah penulisan bersifat politik dan sinikal masih menjadi rutin dalam sesetengah penulisan di akhbar dan majalah. slah satu cara untuk meluahkan apa yg terpendam barangkali.mungkin yang oversensitive akan jadi lebih panas kalau ada pihak ketiga yang terasa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.477559 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list