CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: madgad

NGV vs Hidrogen Fuel

[Copy link]
Post time 2-7-2008 04:01 PM | Show all posts
pkai kat moto pun best....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


BellaRina This user has been deleted
Post time 3-7-2008 05:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 09:47 AM | Show all posts
Petani cipta alat jimat minyak      

Oleh Bernama     

Khamis, 10 Julai 2008  
SEREMBAN: Ramai yang kini mencuba pelbagai cara mencipta alat dan teknologi jimat minyak untuk mengurangkan penggunaan petrol dan diesel dalam keadaan harga minyak mentah melambung tinggi di pasaran global.

Hisham Abdullah atau lebih dikenali sebagai "Sham Hidro" dalam kalangan penduduk di sini, tidak mahu ketinggalan membangunkan sejenis sistem penjimatan minyak berasaskan air.

Hisham, 43, menamakan alat ciptaannya "Reaktor Hidro" yang didakwanya mampu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 60 peratus.

Beliau membuat kajian di 15 laman web memandangkan teknologi hidro pada enjin sudah lama wujud di Barat, katanya kepada Bernama di rumahnya di Taman Chengal Utama baru-baru ini.

Selepas membuat kajian rangka tindakan teknologi itu selama beberapa bulan, Hisham pada awal tahun ini berjaya memasang sistem itu ke dalam kereta Proton Iswaranya dengan menggunakan barang-barang dari kedai perkakasan binaan.

Konsep rekaannya berasaskan proses elektrolisis di mana gas hidrogen dihasilkan dan disalurkan ke dalam bahagian enjin untuk pembakaran yang lebih sempurna.

KURANG ASAP, KURANG PENCEMARAN

Hasilnya, jimat minyak, kurang asap, kurang hidrokarbon dan tentunya kurang pencemaran, kata Hisham.

"Air digunakan untuk menjana gas hidrogen. Sistem ini selamat kerana air tidak akan dimasukkan ke dalam enjin," kata petani lulusan Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu.

Hisham menawarkan memasang sistem itu dengan kos RM500 sebuah kereta.

Ini, katanya, lebih murah daripada yang ditawarkan bengkel dan syarikat yang menjual teknologi yang sama dengan harga RM1,800 hingga ke RM3,500.

KAUT UNTUNG?

"Saya bukan cuba mengaut keuntungan berlebihan, tapi cuma mahu membantu penduduk Negeri Sembilan yang terhimpit dengan kenaikan harga minyak.

"Kalau sudah mahal sangat sampai kos pemasangan beribu-ribu ringgit, baik pasang sistem NGV (kenderaan gas asli) saja," katanya yang menjelaskan bahawa niat awalnya mencipta sistem itu adalah untuk berjimat bagi dirinya.

Kebolehan beliau untuk memahami teknologi itu disebabkan Hisham mempunyai dua ijazah dalam bidang kejuteraan dan bidang kewangan dan bekerja sebagai jurutera di beberapa syarikat luar negara sebelum mengambil keputusan menjadi petani.

Wartawan Bernama yang tertarik dengan harga yang ditawarkan, memasang sistem itu ke dalam kereta Proton Saganya berkapasiti 1.3 liter.

Unit "Reaktor Hidro" yang dipasang itu rupa-rupanya terdiri daripada dua balang bekas alat penapis air yang biasa dipasang di rumah tetapi untuk sistem ini, balang itu dipasang di dalam bonet kereta.

Hasil ujian itu sungguh mengejutkan. Kereta yang diisi petrol RM10 yang biasanya membawa penulis ini hanya sejauh kira-kira 40km, kini boleh membawanya sehingga 75 km menggunakan alat itu.

Lebih menjimatkan lagi jika pendingin hawa ditutup dan kereta dipandu 60-80km/sejam kerana dengan RM10 untuk minyak, kereta itu boleh dibawa hingga 100 km.

TIADA ANCAMAN LETUPAN HIDROGEN

Menurut Hisham, dua balang itu memang diisi air yang mengandungi sejenis kimia dan pengguna hanya perlu menambah kandungan air yang susut tetapi dilarang membuang sama sekali air yang ada untuk diganti baru kerana bahan kimia asal akan hilang.

Beliau berani memberi jaminan kereta yang dipasang dengan sistem itu tidak akan meletup jika berlaku kemalangan atau disebabkan pembakaran enjin.

"Cuma jangan ada yang pendek akal menyalakan api untuk menguji sistem itu kerana gas hidrogen memang mudah terbakar," katanya.

Hisham setakat ini hanya memasang sistem itu untuk penduduk Seremban yang tahu mengenainya dari mulut ke mulut.

"Sejak beroperasi pada awal Mac tahun ini, saya telah memasang sistem itu kepada kira-kira 100 jenis kenderaan termasuk motosikal. Setiap kenderaan mengambil masa hanya sehari untuk dipasang," katanya.

Beliau dibantu oleh rakannya, Hadi Ahmad yang turut menyerahkan beberapa buah kenderaan termasuk pacuan empat roda dan lori miliknya bagi dieksperimen oleh Hisham.

[ Last edited by  al-asil at 11-7-2008 09:51 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 09:49 AM | Show all posts
asil tak tau nape dekat cari ni tak pemes pasal keta guna hidro ni
ada kat satu porem, depa sampai berdiskas camne nak DIY wat benda nih
siap ada download e-book bagai
mungkin sebab benda nih penemuan orang tempatan kots
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 09:49 AM | Show all posts
Originally posted by al-asil at 11-7-2008 09:47 AM
Petani cipta alat jimat minyak      

Oleh Bernama     

Khamis, 10 Julai 2008  
SEREMBAN: Ramai yang kini mencuba pelbagai cara mencipta alat dan teknologi jimat minyak untuk mengurangkan p ...


ini lg ganasss......petani pon dah advanced......
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 09:50 AM | Show all posts
Originally posted by al-asil at 11-7-2008 09:49 AM
asil tak tau nape dekat cari ni tak pemes pasal keta guna hidro ni
ada kat satu porem, depa sampai berdiskas camne nak DIY wat benda nih
siap ada download e-book bagai
mungkin sebab benda nih  ...


link plzzzz.........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2008 09:52 AM | Show all posts
Originally posted by Acong at 2-7-2008 11:12 AM nie dr halim dari univ. mana arr?
x slap...UTM
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 09:53 AM | Show all posts

Reply #25 t@t's post

kalu ada dua ijazah tapi jadik petani, tak salah rasanya kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2008 09:56 AM | Show all posts

Reply #26 t@t's post

asil teringin sangat kalu otai2 CnM yang bincangkan benda nih
rasa macam ketinggalan plak orang dah bincang panjang lebar, kita tak tau apa2 lagi

abe t@t bleh tengok kat cini

http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=101
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 09:56 AM | Show all posts

Reply #28 al-asil's post

lagi bagus...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 09:56 AM | Show all posts

Reply #29 al-asil's post

tq asil...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 09:57 AM | Show all posts
Originally posted by al-asil at 11-7-2008 09:49 AM
asil tak tau nape dekat cari ni tak pemes pasal keta guna hidro ni
ada kat satu porem, depa sampai berdiskas camne nak DIY wat benda nih
siap ada download e-book bagai
mungkin sebab benda nih  ...

aku cam stuju sket ngan kata2 ko nih..
slalu penemuan tempatan ni x pergi kemana, walaupun kita bley tgk kebaikkannya..
kekadang cam x dipandang oleh pihak komersiol, kekadang tu cam pencipta tu tak tau camna nak market & komersiolkan...
kekadang tu dah register patent & trademark dah pun, tapi still x jln, sbb tiada pihak komersiol yg berminat....
last2 sesuatu yg banyak kebaikannya tu hilang bersama angin lalu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 10:00 AM | Show all posts

Reply #31 t@t's post

okey no problem

nanti abe t@t dah pandai wat benda ni ajo2 la kami yek

p/s: asil dah berkali2 baca tapi tak paham2 lagik camne nak wat tuh, kena orang tlg wat kan la
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 10:05 AM | Show all posts

Reply #32 d34n's post

tu la pasal

memang sedih kalu penemuan teknologi orang tempatan ni takde sambutan
tapi lagi sedih kalu sesama kita kat sini pun pandang sinis dengan benda nih
mungkin pandangan2 camni bleh berubah kalu tengok kat porem tuh
rasa sangat banyak lagi yang kita blom tau

p/s: ampun mod, jgn cantas kredit ku sebab promot porem itew
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2008 09:25 PM | Show all posts
Originally posted by al-asil at 11-7-2008 09:49
asil tak tau nape dekat cari ni tak pemes pasal keta guna hidro ni
ada kat satu porem, depa sampai berdiskas camne nak DIY wat benda nih
siap ada download e-book bagai
mungkin sebab benda nih  ...

dah ada thread pasal hydro fuel laa........

http://forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=359743
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2008 09:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2009 02:39 AM | Show all posts
okey.. ni aku korek thread lama2.. malas nak buat thread baru...

aku dah pakai hydrogen kit ni.. dan pasang kat sorang apek yg mmg kaki diy.. dan dia juga ada kedai.. so senang la aftersale service..

ni spec keta aku..

brand : mercedes
model : w124 230e
use since : sept08 smpai sekarang feb09 ( 6 bulan dah )

okey.. engine standard ni biasa lah.. ada sluggish sikit..

so after install hydrogen kit.. pickup ada rasa.. top end pun ada rasa.. so keta aku drpd 120km/j-180km/j mmg cepat.. ( mungkin pasai cc besau sama.. tp lagi cepat berbanding sebelum pakai kit )

bab petrol consumption mmg ada perubahan.. dlm 20-30%.. tu yg bagus la..

yg tak bagusnya pun ada.. tp aku boleh terima lagi..

temp engine agak panas.. tp cooling system aku still dpt cover masalah panas tu... dan air perlu ditukar kerap.. seminggu sekali.. dan air ditambah setiap 2 atau 3 hari.. kalo drive dlm town.. takde byk sgt air hilang.. kalo cruising dlm highway.. dengan speed 160km/j.. cepat jugak air surut.. tapi benda tu takde masalah.. spare je air dlm bonet.. berenti kat rnr.. tambah je la..

so far.. aku still puas hati.. aku boleh drive merz aku mcm aku bawak saga bini aku.. maksud dia nak melilau mana pun takde masalah.. jarum myk turun slow.. maintenence pun rendah.. yela tukar ngan tambah air je..

cuma kena konsisten berkaitan air.. kalo dah nampak berubah kaler ke kaler coklat.. tukar air baru..

kalo pakai hydrogen kit ni.. selalu aku taruk air filter kat rumah.. tp drpd pemerhatian aku.. lepas seminggu.. ada kelodak2 wujud dlm balang air.. so kalo tak tukar.. lama kelamaan air akan bertukar menjadi coklat.. dan utk keselamatan kit anda.. tukar la air selalu.. bukan rugi pun tukar air..

so.. nasihat aku.. kalo nak pakai hidrogen kit ni boleh... tp kena sentiasa monitor temp keta.. cari installer kit yg ada kedai ( senang nak buat aftersale service ) dan kena ushar air selalu..

habit aku selalu cek myk enjin dlm seminggu sekali.. so ushar sekali la balang air tu.. selalunya air dlm seminggu still elok lagi.. masih jernih.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.103341 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list