CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3050|Reply: 5

Honda Accord 3.5L V6

[Copy link]
Post time 11-7-2008 07:18 PM | Show all posts |Read mode
Gaya gah Accord 3.5 V6Oleh Mohd Razlan Salleh








ACCORD adalah model keluaran Honda paling berpengaruh di negara ini. Bahkan, model Accord generasi pertama pada1976 masih bergerak di jalan raya di Malaysia.

Peluang memandu uji Accord berkuasa 3.5 V6 bukan sahaja memberi kepuasan memandu kepada penulis, malah kagum dengan keupayaan teknologi Variable Cylinder Management (VCM) yang terkini dan maju.

Dikenali dengan Inspire di pasaran Eropah, Accord generasi kelapan ini bukan sahaja menawarkan ciri kemewahan, kuasa dan gaya, malah keluasan kabin boleh dianggap setanding model EClass dan 5-Series.

Daripada sudut luaran, model serba baru ini membangkitkan gaya yang lebih diperhalusi termasuk garisan kontur sisi yang membolehkan tahap aerodinamik dipertingkatkan.

Lampu hadapan yang besar dengan teknologi H.I.D membolehkan perjalanan waktu malam lebih jelas manakala bahagian lampu belakang diberi sentuhan gaya terkini.

Selain itu, ekzos berkembar dan rim bersaiz 17 inci sebagai ciri standard bagi model ini menambahkan lagi ciri sporty jentera yang dikenali di seluruh dunia ini.

Ruang dalamannya disaluti kemewahan dengan setiap sudut diberi sentuhan kulit manakala sistem penghawa dingin bahagian penumpang belakang menambah keselesaan.

Bahagian panel dihiasi dengan panel kawalan hawa dingin dan radio menjadikan bahagian kokpit kelihatan kemas dan bergaya.

Stereng berkuasa elektrik yang dilengkapi butang kawalan radio dan 'Auto-cruise' memastikan tangan pemandu mengawal stereng kenderaan dengan sempurna.

Malah, Accord 3.5 V6 ini didatangkan dengan teknologi paddle shifter di stereng seumpama sebuah jentera Formula Satu.

Selain itu, kerusi pemandu dan penumpang hadapan dikawal secara automatik dengan dua mod simpanan memori.

Accord 3.5 V6 dibezakan dengan satu kelebihan berbanding versi 2.0L dan 2.4L iaitu bumbung suria yang membolehkan penumpang menikmati panorama indah sepanjang perjalanan.

Dengan ukuran 85mm lebih panjang dan 25mm lebih lebar, Accord menjanjikan keluasan maksimum kepada setiap penumpang.

Keistimewaan model Accord 3.5 V6 ini terletak di bawah bonet hadapannya iaitu teknologi VCM.

Teknologi ini membolehkan keseimbangan optimum antara kecekapan bahan api dan kuasa ketika memacu jentera seberat 1,645 kilogram ini.

VCM berupaya menukar kebuk pembakaran sama ada dengan enam, empat atau tiga silinder berdasarkan keperluan dan keadaan pemanduan. Menariknya, perubahan operasi silinder ini tidak dirasa pemandu mahupun penumpang.

Enjin 3.5L V6 24 Injap SOHC i-VTEC ini menghamburkan kuasa sehingga 202hp pada 6,200 rpm dan tujahan tork setinggi 339Nm pada 5,000 rpm.

Selain itu, Accord terbaru ini dilengkapi sistem Variable Gear Ratio untuk stereng (ratio stereng berubah), sistem Shift Hold Control, sistem Active Control Engine Mount, sistem Active Noise Control dan Vehicle Stability Assistant.

Dengan harga mampu milik serendah RM249,800, model diimport sepenuhnya (CBU) ini menjanjikan pemanduan yang berbeza dan sukar ditandingi model keluaran Jepun lain.

Model terbaru Honda ini ditawarkan dalam lima warna iaitu kuning (Bold Beige Metallic), hitam (Nightwalk Black Pearl), putih (Brilliant White), kelabu (Silver Stone Metallic), logam (Polished Metal Metallic) dan perak (Alabaster Silver Metallic).

>Spesifikasi Honda Accord 3.5L V6:

Enjin: J35Z2 enam silinder (V6) 24 injap, SOHC i-VTEC dengan VCM

Kuasa maksimum: 202hp @ 6,200rpm

Tork maksimum: 339Nm @ 5,000rpm

Transmisi: Automatik lima kelajuan dengan paddle shifter

Ciri keselamatan: Enam beg udara i-SRS, ABS, EBD, BA

Harga: RM249,800 dengan insurans

Tayar yang dicadangkan: ContiSportContact 2, Saiz standard 225/50 R17



kalu dah jenama honda... mmg kelas  wooo      belum mampu nak beli accord lagi... masih kumpul duit syiling bagai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2008 08:06 PM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

ko tukar kewarganegaraan
leh murah sket
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 09:23 PM | Show all posts
0 to 100 hanya 8 saat. Tak laju sangat lerr...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2008 02:59 PM | Show all posts
Accord 3.5L V6 setanding kereta Eropah


Oleh JOHARDY IBRAHIM



gaya yang lebih diperhalusi termasuk garisan kontur sisi yang membolehkan tahap aerodinamik dipertingkatkan.

SEJAK pengenalan generasi kelapan, Accord mencatat tempahan yang begitu hebat, terutama bagi varian 2.4L. Model Accord yang mencatat tempahan melebihi 5,000 buah pada bulan pertama ia dilancarkan, kini memiliki tempahan tertunggak hampir 3,000 buah dan bakal mencecah sasaran jualan 7,200 buah bagi tahun ini.

Apa anda mahu lakukan bila terpaksa menunggu begitu lama untuk memiliki sebuah Accord? Hendak batalkan, hati sudah terpaut, deposit sudah dibayar. Begini caranya, hubungi jurujual pusat jualan tersebut setiap hari dan bila tarikh anggaran penyerahan kereta yang ditetapkan oleh jurujual itu terus menerus terlajak, laporkan kepada Perkhidmatan Pelanggan Honda Malaysia di talian 1800-88-2020.

Jika masih juga tidak puas hati, tulis surat terus kepada Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Atsushi Fujimoto. Mungkin tempahan anda tidak terbantut lagi daripada tarikh yang dijanjikan.

Namun bagi varian 3.5L V6 iaitu paling tertinggi dalam model Accord ini, tidak timbul masalah seumpamanya. Ini mungkin kerana bilangan tempahan tidak setinggi 2.4 liter dan 2.0 liter yang laris.

Dikenali dengan Inspire di pasaran Eropah, Accord generasi kelapan ini bukan sahaja menawarkan ciri kemewahan, kuasa dan gaya, malah keluasan kabin boleh memberi cabaran kepada kereta mewah buatan Jerman. Ia juga menawarkan penjimatan penggunaan minyak menerusi teknologi enjin VCM serba baru dan canggih..

Daripada aspek reka bentuk, model serba baru ini membangkitkan gaya yang lebih diperhalusi termasuk garisan kontur sisi yang membolehkan tahap aerodinamik dipertingkatkan.

Lampu hadapan yang besar dengan teknologi H.I.D membolehkan perjalanan waktu malam lebih jelas manakala bahagian lampu belakang diberi sentuhan gaya terkini.

Selain itu, ekzos berkembar dan rim bersaiz 17 inci sebagai ciri standard bagi model ini menambahkan lagi ciri sporty jentera yang dikenali di seluruh dunia ini.
Ruang dalamannya disaluti kemewahan dengan setiap sudut diberi sentuhan kulit manakala sistem penghawa dingin bahagian penumpang belakang menambah keselesaan.

Bahagian panel dihiasi dengan panel kawalan hawa dingin dan radio menjadikan bahagian kokpit kelihatan kemas dan bergaya.
Stereng berkuasa elektrik yang dilengkapi butang kawalan radio dan 慉uto-cruise
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 01:56 AM | Show all posts
girlfriend aku panggil kereta ni "Poor Man's BMW" sebab design dia dah bersegmen-segmen ala-ala BMW.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 09:11 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

angan2 nak beli keta ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.050929 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list