CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yaNn99

insuran/takaful

[Copy link]
Post time 6-7-2017 04:55 PM | Show all posts
xanderz replied at 1-12-2016 12:50 PM
nak tanya, orang bangkrap boleh ker ambik takaful?

x dpt dah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2017 04:55 PM | Show all posts
TT,

jika nak cari tkf dr Great Eastern, sila watapps @ 0163038820

LW
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 04:40 PM | Show all posts
Kalau anak ada G6PD, pastikan bagitahu kepada agen sebelum sign up polisi, kena declare.

Tahun 2013 semasa di unit peadiatrik, saya pernah jumpa seorang kanak2 telah dimasukkan kedalam wad akibat kencing berdarah kehitaman.

Mengalami hemolytic anemia, Hb drop.

Transfused blood.

Bila disiasat, budak tu ada G6pD dan ayahnya tersalah bagi makan kacang parang semasa dalam perjalanan ke pulau pinang.

kredit: Muhammad Rahmat
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 06:13 PM | Show all posts
Client baru sign Up polisi utk Mak dia .... Selepas approve dan hari ke 35 mak dia demam dan dia masukkan  ke Wad.... kes ni mencurigakan ... tapi PruBSN tetap bayar ....

selepas 5 bulan Mak dia sakit lain pulak .... sakit kaki .... bila Dr check .... ada kaitan dgn tulang belakang .... yg ni melibatkan Very Hign Cost ...  Pihak PruBSN kata GL kena hold ... kena investigate dulu.... solution nyer ... client kena bayar dulu dan claim kemudian .... In shaa Allah boleh  claim tu ... saya yakin tiada unsur penipuan.

itu lah tugas ejen .... kena handle dgn cara betul baru keadaan stabil.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 10:28 AM | Show all posts
Prospek wanita, perlukan faedah TOTAL PERMANENT DISABILITY DAN 36 PENYAKIT KRITIKAL yang tinggi. Kalau boleh tambah faedah penyakit wanita dan early cancer untuk life policy mereka. Sebab keadaan itulah yang akan buat mereka hilang income berterusan dan hidup meminta minta
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 10:34 AM | Show all posts


Buat pertama kali saya lihat Negeri Kelantan tiada dalam carta. Hmmmmmmmm


Berhati-hati dengan penyakit Diabetes. Banyak risiko yang bakal menjelma. Sebab tuelah kebanyakan Takaful atau Insurans operator tak lulus pemohon yang dah ada Diabetes.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2018 08:13 AM | Show all posts
Health Enrich Plus utk full coverage akan digantikan dengan Medikal kad Baru bermula 1 julai 2018.
sila rujuk ejen2 anda utk detail.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Semasa is borang takaful samada secara online atau borang, proposal form tu kena isi betul-betul. Kena tau apa material fact atau tidak dan jangan tipu. Contoh material fact adalah sekiranya anda perokok atau pernah merokok, tapi tulis tak pernah. Kalau jadi penyakit akibat merokok, insuran akan refer balik proposal form dan bole tolak claim anda. Isi proposal form dengan hati2-hati dan fikir implikasi bila anda tick yes or no. Sekian.

#askcpmbkfortakakaful
#takaful
#cpmbk
#TabungWanita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2018 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Impian menjadi kenyataan. Alhamdulillah

Kalau dahulu saya jual insurans baby dalam perut memandangkan tiada lagi takaful operator perkenalkan takaful baby dalam perut. Sekarang nie... Takaful baby dalam perut sudah ada di pasaran. Mama dan abah dah boleh mula mencarum takaful dalam perut nie.

Apa yang best takaful baby dalam perut nie, ia cover 17 penyakit konginental seperti  jantung berlubang, Cerebral palsy, syndrome down, cleft  lip with/without cleft palate ( macam anak Lan solo pernah kena) dan banyak lagi Wei. Jenuh nak menaip.

Jugak cover penyakit berjangkit seperti HFMD (dah menular dah ia), Inlfuenza A (sesiapa yang mencarum PruBsn Takaful ada promosi diskaun Kat hospital Columbia Asia. Pi kontak depa). Measles, Rabies, thypoid fever, Chigukunya fever, Malaria, dan hmmmm banyak Wei.

Sesiapa nak tahu lebih lanjut mai PM saya. Tak rugi kalau dengar kita bercerita.

Dan akhir sekali, ia cover jugak ibu yang mengandung. Apa? Nak tahu?

Mai PM saya.

0192853910
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
TAKAFUL ADALAH PERLINDUNGAN DAN SESETENGAH KES TAKAFUL INI BOLEH MELINDUNGI PUSAKA.

Contoh

Si mati mempunyai kereta yang perlu dibayar  setiap bulan sebanyak RM 650 (sudah pasti bukan kereta mewah kan).

Setelah permohonan di Pejabat Pesaka Kecil selesai, waris perlu menunggu 5 bulan untuk dapatkan tarikh bicara.

Selama tempoh 5 bulan sebelum Tabung Haji atau KWSP dapat dikeluarkan, kereta perlu dibayar supaya tidak diambil tindakan (tarik).

Semasa waris-waris berbincang untuk permohonan pusaka, kereta telah diputuskan diambil oleh isteri si mati.

Dengan adanya pampasan takaful yang diberikan si mati kepada isterinya, pembayaran ini dapat dijalankan walaupun menunggu 5 bulan sebelum harta pusaka dapat dicairkan.

Situasi ini tidak mungkin berjalan :

1. Tidak ada perbincangan langsung sebelum kes didaftar ke Pejabat Pesaka Kecil.

2. Waris tidak faham bahawa kereta berhutang lebih banyak risiko berbanding sekiranya tidak diserahkan kepada seorang. Bahkan kereta tidak boleh ada 2 nama.

3. Waris lain ingin bahagian dari harta takaful disebabkan si isteri mengambil semua bahagian kereta sedangkan jika dikira, bahagian hutang kereta lebih besar berbanding  yang telah dibayar.

4. Kereta diberikan juga kepada waris di bawah umur sedangkan jika tidak mahu dilepaskan, tebus bayar perlu dilakukan dalam sesetengah kes dalam perintah pembahagian.

5. Isteri mempunyai pampasan takaful yang mencukupi untuk kelangsungan asas hidupnya. Contoh si mati (suami) bergaji RM ,1,800. Dia perlu mempunyai pampasan sebanyak...

RM 1,800 x 12 bulan x 10 tahun (kalau nak ambil 5 tahun pun boleh) = RM216,000. Leb8h kurang tabarru' bulanan RM 50.

#celikpusaka
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 11:52 AM | Show all posts
Salam semua..maaf tak tau nk aju pertanyaan ke mana...

Abang saya baru meninggal 2 hari lepas dan keluarga sedang uruskan hal2 berkaitan arwah.
Macam mana nak tahu jika arwah ada ambil polisi/insurans (selain company/KWSP punya)?
Ada tak website atau agensi untuk cek atau perlu ke saya call setiap insurans yg ada kt Malaysia ni?

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2018 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
rosasen replied at 15-8-2018 11:52 AM
Salam semua..maaf tak tau nk aju pertanyaan ke mana...

Abang saya baru meninggal 2 hari lepas dan ...

Salam rosasen,

Takziah dari Saya

Mohon telefon pihak Bank Negara Malaysia bahagian BNMTelelink.

BNMTELELINK boleh dihubungi di:

BNMTELELINK
Jabatan Komunikasi Korporat
Bank Negara Malaysia
Peti Surat 10922
50929 Kuala Lumpur

Tel: 1-300-88-5465 (LINK)
Faks: 03-2174 1515
E-mel: [email protected]

Waktu urusan BNMLINK dan BNMTELELINK:
Isnin - Jumaat, 9.00 pagi - 5.00 petang

Moga pihak BNM boleh menolong rosasen.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2018 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mbk at 24-8-2018 04:46 PM

Anda mungkin sangka anda tak perlukan Takaful sebab anda tak minat

Namun pasangan anda, anak-anak dan ibubapa (jika mereka masih hidup), sangat sangat perlukan wang pampasan Takaful tu untuk teruskan hidup

Tak percaya?
Cuba jangan tinggalkan duit belanja dapur atau duit sekolah untuk sebulan dua?
Menggelupur tak mereka?

Itu tanda anda perlukan Takaful
Sebab HANYA TAKAFUL yang boleh diagihkan segera bila anda sudah tiada
Lain harta semua beku sampai 6-12 bulan, tunggu surat kuasa tadbir

http:/www.wasap.my/+60192853910/sayanakceliktakaful
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts

ISTERI DAN ANAK
Dulu kita hidup sendiri, duit semua untuk diri sendiri. Jadi mana fikir pasal insurans ni. Tapi percayalah, bila dah ada tanggungan anda akan mula garu kepala. Bukan sebab anda tak mampu tanggung mereka, tapi anda fikir apa akan jadi dengan mereka bila anda tiada atau tiba-tiba kehilangan kerja.

Maka sebab itulah insurans itu perlu. Kita bayar bulan-bulan itu bukan untuk kita tetapi untuk mereka. Kita tidak mahu mereka susah kerana kita. Terutamanya bagi isteri yang tidak bekerja dan sumber pendapatan keluarga hanya daripada kita seorang.

Kalau anda mati, boleh juga isteri anda kahwin lain, ada suami baru untuk sara dia dan anak anda. Tapi kalau anda lumpuh? Kalau anda koma? Isteri yang bekerja pun terpaksa berhenti kerja nak jaga anda, suap makan, basuh kencing berak anda. Mana lagi nak datang duit? Harap ihsan keluarga terdekat dan bantuan jabatan masyarakat? Hutang yang ada sebelum ni macam mana? Bil air, elektrik, Astro, Unifi, bil telefon? Hutang kad kredit? Siapa nak bayar?

Mari kita buat pengiraan mudah. Contoh jika gaji anda RM5,000 sebulan. Bermakna setahun gaji anda RM60,000. Nampak banyak, nampak kaya. Tapi daripada RM5,000 itu sebenarnya lepas tolak hutang tolak komitmen, anda rasa berapa je yang tinggal untuk belanja. Jadi bayangkan jika apa-apa terjadi pada anda. Hilang RM750 sebulan pun dah menggelupur. Inikan pula RM60,000 setahun hilang dari pendapatan sedangkan keluarga anda sebelum ini berbelanja dan urusan kewangan keluarga adalah berdasarkan keyakinan yang anda punya wang sebanyak itu. Mana isteri anda nak cari duit untuk ganti RM60,000?

Maka di sinilah perlunya insurans atau wang pampasan. Jika anda ambil pampasan RM60,000 bermakna anda beri masa setahun pada anda dan keluarga untuk buat percaturan. Jika pampasan RM300,000 bermakna anda dan keluarga boleh duduk goyang kaki selama 5 tahun dengan cara hidup dan belanjawan yang sama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.084244 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list