CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3374|Reply: 3

kisah benar kehancuran sebuah rumahtangga part 2

[Copy link]
Post time 6-8-2008 06:34 PM | Show all posts |Read mode
``Saya amat sedih dengan perangai mereka, mereka bencikan saya hanya kerana saya gagal dalam perniagaan, sebenarnya walaupun perniagaan saya merosot, tetapi saya tak minta duit mereka untuk bagi makan anak isteri, saya masih ada simpanan, dan saya malu meminta duit orang lain untuk tanggung makan minum anak isteri saya.
``Yang sebenarnya saya sedar saya tidak disukai kerana saya bukan orang kaya dan berduit. Mereka mahukan menantu yang berpendidikan tinggi, berduit, berpangkat dan ada kereta besar, orang macam saya yang tak ada 5K ini memang tak disukailah.
``Tapi saya kecewa mentua saya menghasut anaknya supaya minta cerai, Ida pula terpaksa patuh kerana takut melawan orang tua tak dapat masuk syurga. Sedangkan hakikatnya hubungan kami suami isteri amat baik jika berselisih faham pun sekejap aja, kami baik semula. Kalaupun ada masalah ia terlalu kecil yang boleh membawa kepada perceraian.
``Perbuatan mereka membawa kesan mendalam di hati saya yang membuatkan saya merasa berat untuk memaafkan mereka. Apabila saya membaca sebuah hadis bermaksud; ``Ibu bapa yang meruntuhkan rumah tangga anaknya tidak akan mencium bau syurga.''
``Saya semakin insaf sebab saya pernah nasihatkan mereka, tetapi tidak diendahkan.
``Apa yang menyedihkan saya semakin dinasihati semakin mereka memarahi saya dan menyuruh Ida menjauhi saya malah bekas ibu mentua saya ini pernah berkata;
``Apa guna sembahyang tunggang terbalik, tetapi miskin. Kata-kata beliau ini jelas kepada saya bahawa keluarga mereka ini terlalu mengagungkan kekayaan.
``Kini hampir setahun saya tidak dapat menguruskan perniagaan saya dengan baik kerana tekanan perasaan yang saya hadapi akibat perceraian saya, dan saya amat rindukan anak-anak. Saya pernah pergi ke rumah bekas mentua untuk melihat anak-anak, tetapi mereka enggan membuka pintu, ini membuatkan jiwa saya semakin tertekan.
``Malah mereka pernah mengingat serta mengugut saya kalau selalu datang ke rumah mereka, mereka akan pukul, yalah mereka ramai, sedangkan saya seorang. Tetapi salahkah sebagai ayah saya pergi melihat anak-anak saya yang dalam jagaan ibunya?
``Saya sungguh tak sangka beliau boleh berubah hati terhadap saya setelah saya jatuh susah, kerana dahulu sayalah orang yang dia cari ketika memerlukan pertolongan menjemput dan membawa dia ke hospital, tapi ini balasannya terhadap saya.
``Saya boleh terima perceraian ini jika itu sudah ditakdirkan ke atas saya, tetapi jangan terlalu menghina saya, ingatlah balasan Allah. Saya tidak pernah membenci anda sekeluarga, jadi walaupun anda menyebabkan kami berpisah suami isteri dan anak-beranak. Saya serahkan segala-galanya kepada Allah, biarlah Allah buat penentuan.
``Di sini saya ingin mengambil kesempatan menasihatkan ibu bapa mentua semua janganlah terlalu mengganggu kehidupan anak-anak anda, biarlah mereka membina keluarganya sendiri dengan cara mereka. Janganlah anda berbuat sesuatu mengikut selera anda. Dan kepada pembaca semua jadikan apa yang saya lalui ini sebagai pengalaman dan pengajaran hidup kepada anda.
``Memang kita perlu menghormati ibu bapa mentua kita, tetapi mereka pun mestilah tahu menghormati diri sendiri. Saya kesiankan bekas isteri saya, dia terpaksa menelan segalagalanya kerana terpaksa mengikut kehendak ibu bapa walaupun terpaksa bercerai. Ida takut dianggap anak derhaka dan takut tak dapat masuk syurga.
``Namun saya doakan bekas isteri saya mendapat suami seperti yang diidamkan oleh ibunya, yang kacak bergaya, berharta, berpendidikan tinggi berkereta besar, dan bertaraf 5K supaya setaraf dengan semua anaknya yang berwang.
``Saya juga berharap kepada pembaca semua khususnya ibu bapa yang sudah bergelar mentua janganlah merosakkan masa depan anak-anak anda biarlah mereka melalui hidup ini dengan cara mereka sendiri, tidak ada siapa pun yang mahu hidup keluarga mereka penuh dengan kesusahan dan kemiskinan, semua orang mahu senang, tapi biarlah perlahan-lahan itu kan lebih berkat.
``Kepada Ida mungkin dia belum dapat membezakan buruk baiknya bersuami baru dengan anak-anak yang ramai. Setelah kahwin nanti mungkin dia sedar dan boleh menilai kebaikan dan kesalahan saya, mungkin dia bertuah kalau dapat suami lebih baik daripada saya tetapi kalau di sebaliknya, hanya dia sahaja yang tahu masalahnya.
``Tetapi satu yang Ida boleh yakin saya bukan suami jahat seperti kaki pukul, kaki judi atau kaki perempuan. Saya memahami hak dan perasaan seseorang wanita. Demikian cerita Kay panjang lebar tentang masalah yang dihadapinya.
Kata Kay, dia amat menyayangi keluarganya tetapi kerana kejatuhan perniagaan mereka dipaksa bercerai. Betul juga tiada siapa pun mahu menghadapi masalah dalam hidup dan perniagaan, semua orang mahu jadi peniaga atau usahawan berjaya, tetapi Allah menentukan segala-galanya. Apakah kita mesti bercerai kalau suami jatuh miskin?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2008 03:36 PM | Show all posts
ehh...pjgnye
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2008 04:58 PM | Show all posts
dari hari tu lagi duk baca ur threads tp, terlalu byk yg terpendam sampai jadi dendam.  Belajar untuk terima hakikat dan redha atas setiap kejadian.

Dari situ baru awak boleh tenang dan teruskan kehidupan dgn lebih baik.

Selagi awak tak lepaskan perasaan sarat yg terbuku dlm jiwa, selagi itu awak akan hidup dgn mengenang masa lalu yg tak akan kembali dan menyalahkan org sekeliling.

Sepatutnya ruang masa perpisahan itu, awak belajar menilai setiap peristiwa dan jadikan pengajaran di masa akan datang dan berusaha memperbaiki mana yang tidak betul,, sekiranya ada.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 09:15 AM | Show all posts
emm...ni tuan rumah punya pengalaman ke ambik artikel dari tpt len??

sedih jgk dgr sebab hak sebagai seorang suami dan ayah dinafikan. sapa yg minta hidup dlm kesusahan...semua manusia dlm muka bumi ni nak hidup bahagia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:07 PM GMT+8 , Processed in 1.083594 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list