|
Reply #14 LostSoul's post
ok.. sorry...memang kasi pendekkan sikit. nanti korang boring pulak...so ikutilah kisahnya selanjutnya...
Cerita Zulaika:
Zulaika tidak menyangka suami yang diharapkan menjaganya dengan sempurna akhirnya sanggup menjadikan dia barang dagangan apabila tergamak menjualnya kepada bapa ayam untuk dijadikan pelacur di spa di Lembah Klang.
"Selepas setahun kami berkahwin, dia (suami) buat hal. Walaupun kami berkahwin atas dasar suka sama suka, sungguh tidak disangka dia tergamak menjual saya."
Zulaika berkata, dia masih ingat pada malam tragedi hitam itu, suami membawanya bertemu seorang lelaki yang diperkenalkannya sebagai rakan kongsi perniagaan.
"Ketika itu saya tidak mengesyaki apa-apa kerana beranggapan itu hanya perjumpaan bisnes biasa.
"Darah saya berderau dan dada saya berdegup kencang apabila dia (suami) dengan selamba memberitahu, lelaki terbabit memberinya RM4,000 dan saya perlu bekerja dengannya di spa di sebuah hotel tiga bintang sebagai pelacur!
"Dia tidak pernah ceritakan apa masalahnya, tetapi dia kata perlukan duit untuk bayar hutang," katanya.
Menurut Zulaika, dia terkejut dan kecewa dengan tindakan suami, tetapi apakan daya apabila berani membantah, dia ditampar berkali-kali dan diugut supaya menurut saja arahan.
"Suami saya kata lelaki itu bapa ayam dan saya tidak boleh lari ke mana-mana kerana saya pasti dapat diburu lelaki itu. Suami juga beritahu, jika saya tidak buat kerja itu, nyawa dia turut dalam bahaya.
"Mungkin orang akan persoal kenapa saya tidak lari saja. Masalahnya, saya dalam keadaan tertekan, lemah dan panik.
"Saya tidak mampu buat apa-apa, sudahnya saya terpaksa melacur juga," katanya.
Zulaika berkata, lebih kejam lagi, rupa-rupanya suami durjana itu turut membuat perjanjian tambahan dengan bapa ayam itu.
"Setiap bayaran yang saya terima, duit daripada pelanggan itu dibahagikan 70:30 antara suami dan bapa ayam. Duit bahagian saya jadi milik suami sepenuhnya.
"Jika mahu wang, saya perlu minta daripada suami, tapi seksa sungguh hendak dapatkan duit daripada dia. Jarang sekali dia bagi bila saya minta duit.
"Alasannya, dia sudah beri duit untuk makan, minum dan pakaian saya," katanya yang sungguh sayu ketika menceritakan penderitaan hidupnya.
Menurut Zulaika, selepas tiga bulan bekerja melayan nafsu pelanggan tanpa mengira kaum dan peringkat umur, akhirnya dia berbaik-baik dengan bapa ayam yang menjaganya hingga berpeluang mendapatkan bahagiannya sendiri.
"Bapa ayam yang menjaga saya termakan pujukan dan kasihan dengan keadaan saya. Dia bersetuju saya ambil sedikit bahagian suami saya," katanya.
Menurut Zulaika, dia pernah cuba lari selepas enam bulan melakukan pekerjaan terkutuk itu, tetapi dia menerima padah apabila dapat dicari semula oleh suaminya.
"Ketika itu, hasil bantuan rakan pelacur lain, saya berjaya lari dan menumpang di rumah seorang rakan. Bagaimanapun, saya hanya sempat lari beberapa jam sebelum suami dapat kesan saya semula.
"Padahnya, saya terpaksa makan sepak tendang dan dipukul sesuka hati. Dia beri amaran keras supaya jangan cuba berani untuk lari," katanya.
Zulaika berkata, suaminya memberitahu, satu hari nanti dia akan dibebaskan daripada spa berkenaan, tetapi semua itu hanya menjadi kenyataan apabila semua hutangnya dilangsaikan.
"Malangnya, tidak tahu berapa lama lagi baru dia tebus saya daripada kerja siol ini. Suami kaki judi dan kaki enjoy.
"Untuk mendapatkan wang cara mudah, dia meminjam wang daripada beberapa along. Kesudahannya saya menggadai maruah untuk melunaskan hutang dan memenuhi keperluan kewangannya.
"Selepas menjual saya, saya yakin dia masih lagi tidak bekerja dan hanya mengharapkan duit saya," katanya yang tidak mendapat anak hasil perkahwinannya. |
|