CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3548|Reply: 9

perkampungan motosikal - port dickson!!

[Copy link]
Post time 20-8-2008 02:10 AM | Show all posts |Read mode
PD perkampungan motosikal

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL



Deretan motosikal berkuasa besar memeriahkan PD International Bike Fest 2008 di Eagle Ranch Resort, Port Dickson baru-baru ini.- Gambar MD.SHAHJEHAN MAAMIN

PORT DICKSON 18 Ogos - Deruman lebih 200 motosikal berkuasa besar pelbagai jenis di sini baru-baru ini sememangnya menggerunkan penduduk di sekitar bandar peranginan ini.

Ini kerana deruman tersebut mengingatkan mereka akan kegarangan wira motor di Miami International Bike Fest, Amerika Syarikat yang menunggang motor sambil melepasi pantai yang terkenal dengan suasana damainya.

Itulah penangan program PD International Bike Fest atau Fiesta Motosikal Antarabangsa Port Dickson yang sudah memasuki tahun keenam.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, acara ini boleh dimeriahkan lagi dengan mempelbagaikan corak konvoi serta pendedahan terhadap pelancongan secara menyeluruh.

"Ia seharusnya menjadi lebih terbuka dan dirancang dengan lebih baik supaya peserta konvoi yang dibawa melalui PD International Bike Fest ini boleh menjelajah ke kawasan desa, sekali gus memperkenalkan produk pelancongannya," kata beliau baru-baru ini.

Mohamad yang begitu yakin acara itu berupaya menjadi ikon kepada pelancong dari dalam dan luar negara berkata, acara itu wajar ditukarkan kepada MB International Bike Fest pada tahun hadapan.

Ia bagi membolehkan beliau sendiri menyertai konvoi untuk membawa pelancong dan mengetahui permasalahan rakyat.
"Saya mahu bersama mereka dan meninjau perkembangan pelancongan secara lebih dekat serta mengikuti aktiviti yang dirancang oleh penganjur," jelas beliau.

Program berkenaan dianjurkan bersama oleh Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan (MTPNS), Tourism Malaysia selain agensi kerajaan, Eagle Ranch Resort di Port Dickson dan kelab-kelab motosikal.

Pada program baru-baru ini, lebih 200 penggemar motosikal berhimpun dengan menyertai pelbagai acara permainan seperti pertandingan motosikal tunggangan perlahan, halangan dan sebagainya.

Turut diadakan ialah penjualan produk permotoran seperti jaket, rim, tayar serta aksesori seperti topi keledar dan kotak penyimpanan barang.
"Mohamad berkata, acara itu jika diperluaskan akan dapat menarik lebih ramai pelancong datang ke bandar pelancongan tersebut dan ia perlu dibuat promosi yang menyeluruh pada masa hadapan.

"Saya percaya program ini membuka minda untuk pelancong luar mendekati destinasi unik di Negeri Sembilan, sambil menunggang motosikal berkuasa besar," kata beliau yang pernah memiliki sebuah motosikal jenis Harley Davidson.

Ditanya, apakah beliau akan memiliki sebuah motosikal atau menunggang sendiri untuk menyertai konvoi pada masa hadapan, Mohamad berkata: -
"Kalau sudah minat, tentulah saya sendiri yang akan menunggang motosikal itu."

Beliau menambah, apa yang akan diperoleh dalam program ini ialah menjana sektor pelancongan dalam nada yang lebih agresif, di mana bukan sahaja menggamit kehadiran pelancong domestik tetapi juga dari negara Eropah.

"Kalau kita tidak bawa pelancong ke kawasan pedalaman seperti homestay, mana mungkin mereka mengetahui corak dan budaya masyarakat di kampung.
"Contohnya ada di kalangan peserta dari Singapura tidak pernah melihat kampung. Kita kenalah bawa mereka ke situ," ujar beliau.

Mohamad juga memberitahu, kerajaan negeri sentiasa menggalakkan kehadiran pelancong ke negeri ini.

"Sehubungan itu saya meminta semua pihak supaya meningkatkan produk pelancongan sedia ada bagi menarik kedatangan lebih banyak pelancong,'' katanya.




kalu aku dapat sebijik harley  mmg aku pegi pd nih!!!   setakat kapchai aku nih.......  putih mata ajer ler...  huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2008 10:01 AM | Show all posts
aku lak...kalau dpt sebijik Kawasaki Ninja 250 pun dah cukup....hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2008 10:06 AM | Show all posts
kalau ada geng 135LC boley gak aku joinnn
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2008 03:36 PM | Show all posts
berita tulis macama best je.. ala2 Miami International bike fest...
apa pun sambutan kali ni kureng....
lebih kepada easy rider / custome bike jer...
supersport tarakkkk....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2008 05:45 PM | Show all posts
aku pernah join PD bike Fest tahun 2006..

sume MOTOR KANGKANG...   aku dgn member aku aje bawa superbike..  huhuhu..

salah venue la pulak..  
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2008 09:00 PM | Show all posts
pertengahan taun 90an dulu aku pernah dok pd
malam merdeka je....kat sini blh dikatakan lautan motorsikal
dr sekecik2 cub ke sebesor2 superbike...seme ada
pastu prettttt...prettttt....preeeettttttt....brroooooommmmm
memasing remmmm
dr turun mentari....sampai la naik blk mentari
aku....naik 'cepai' aje....blajo lg mase tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2008 02:40 AM | Show all posts
kalo moto kangkang..salah mcm2 tarak plak kene thn..kalo cup ade je salahnye..ape la pelik tapi benar nye PBT
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 07:40 AM | Show all posts
aku tak suka moto kangkang... rasa mcm bongkak je dok atas moto tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2008 09:51 AM | Show all posts

Reply #6 pembangkang's post

yup betul tue..aku pernah tgk mase tue 1999..kt poli..syok jgk..mlm nk merdeka..kuar ikut pagar..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 09:56 AM | Show all posts

Reply #9 sump81's post

so umur ko skrg ni lebih kurang 27~29 tahun la ek...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.065721 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list