View: 2454|Reply: 5
|
othmas hafsham teruskan tradisi buat 'film malaysia'!!
[Copy link]
|
|
[tr][td] Othman Hafsham teruskan tradisi buat 'filem Malaysia'
20-08-2008
Oleh ZIEMAN
[/td][/tr][tr][td]
KEHADIRAN filem sentuhan pengarah terkenal Othman Hafsham jarang tersasar. Sungguhpun genre kegemarannya ialah romantik komedi tapi kehebatan filem Othman sukar ditandingi sejak dari filem Adik Manja (70an) dan Mekanik (80an) lagi.
Bukan saja sentuhannya senantiasa menjadi sebutan, pengarah yang mempunyai trademark membuat filem Malaysia ini secara tidak langsung telah meletakkan satu benchmark.
Sehinggakan sampai sekarang pengarah lain baik yang seangkatan dengannya mahupun yang muda masih-masih terkial-kial mencari formula yang paling berkesan sekali untuk membuat 'filem Malaysia.'
Bagi Hafsham pula, membuat filem romantik komedi bukan satu masalah besar dan insya Allah walaupun sudah berpuluh tahun, beliau masih belum kontang idea.
"Tapi biasalah, bila kita ada idea tak ada duit. Ada duit tak ada idea," jelasnya spontan ketika satu wawancara baru-baru ini.
Pengarah yang cukup popular dengan sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan 2+1.com.my ini tidak tahu bagaimana untuk 'bersara'. Ada saja idea bernas yang bermain di kotak fikiranya.
| "Pengarah berusia seperti ini saya seperti tidak dipedulikan lagi," - Hafsham (Foto The Star oleh Sia Hong Kiau) | Walaupun begitu, ada juga yang terbuku dalam hati Hafsham sejak kebelakangan ini dan lahirlah kalimat yang menzahirkan rasa terkilannya.
" Pengarah berusia seperti ini saya seperti tidak dipedulikan lagi. Seolah-olah kebajikan kami tidak diambil kira. Sepatutnya, kerajaan mahupun persatuan fikir bagaimana untuk memberi royalti berterusan untuk warga filem yang sudah banyak berkarya," kata Hafsham.
Masakan tidak terkilan, sitkom berusia 15 tahun Pi Mai Pi Mai Tang Tu masih dimainkan di satu stesen TV tapi royaltinya langsung tak nampak.
Hafsham bagaikan sudah penat untuk berunding lagi. Hendak mengadu pada persatuan, belum nampak kepastian masalah akan selesai kerana maklum sajalah perjuangan persatuan hiburan sekarang lebih ke arah kepentingan individu.
"Saya sudah puas berusaha agar masalah royalti saya ini diberi perhatian. Malangnya pihak stesen TV seperti tidak berminat untuk berkompromi," kata pengarah yang kelihatan lebih muda dari usia sebenarnya 69 tahun ini.
Untuk mengubat hatinya, dalam diam Hafsham giat mengusahakan projek barunya siri kartun Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Dan orang pertama yang mendapat mandat darinya ialah pelawak dan kartunis Imuda, yang ditugaskan untuk melakarkan aksi kartun-kartun dari siri popular itu.
"Imuda juga seperti saya amat teruja menyiapkan kerja-kerja dasar siri kartun ini. Sebagai peminat kartun, saya mempunyai banyak idea untuk menghidupkan watak-watak kartun dari siri ini dan masalah utama ialah dana untuk meneruskan kerja-kerja kreatif seperti ini," kata Hafsham yang meletakkan harapan tinggi untuk melihat kejayaan Pi Mai Pi Mai Tang Tu versi kartun ke udara di layar TV.
Setelah menghasilkan banyak filem bermutu bermula dari Adik Manja, Mekanik, Driving School, Rahsia, Ujang dan Soal Hati, Hafsham masih aktif berkarya. Dan filem terbarunya yang bakal meneruskan tradisi romantik komedi ciptaan Hafsham ialah 'Kontraktor Babe'.
Tidak perlu motto atau meminjam slogan 'Filem Kita, Wajah Kita', Hafsham dengan caranya tersendiri berjaya melakar nama sebagai pengarah pertama memartabatkan filem berwajah Malaysia pada tahun 80an melalui Mekanik. Dan mungkin ramai masih ingat dialog Susan Lankester "orang Melayu ke, Cina ke, India, kita orang Malaysia."
Setelah 30 tahun, Hafsham masih meneruskan tradisi ini. Filem terbarunya 'Kontraktor Babe' masih berkisar tentang tema yang sama. Kisah seorang anak India yang telah diambil menjadi anak angkat kepada keluarga Cina.
"Skrip ini sudah terperap selama 2 tahun. Kalau dapat dana yang cukup, saya akan mengarah filem ini," kata Hafsham yang kurang berminat membuat filem berat.
Menurut Hafsham, dia tidak berapa gemar buat filem berat kerana filem yang berat memerlukan dana yang banyak.
"Bila budget dah tinggi, saya kena fikirkan pulangannya pula. Itu yang susah," kata Hafsham.
Lebih 40 tahun mengabdikan diri dalam dunia pengarahan, Hafsham rasa bangga kini anak lelakinya Syamil Othman sudah boleh mengambilalih kerja-kerja pengarahan sepertimana yang pernah dia lakukan dulu.
Syamil, yang kini bertugas di Red Communications Sdn Bhd pernah mengarahkan drama TV bersiri Sadiq & Co. kes mahkamah yang mengisahkan suka-duka tiga peguam iaitu Ariff, Ben dan Syikin di bawah sebuah firma guaman, Sadiq & Co.sepanjang menyelesaikan kes-kes perbicaraan di mahkamah.
Drama 13 episod arahan Syamil Othman ini disiarkan menerusi ntv7 tahun lepas dan dibintangi oleh Aaron Mustapha Aziz, Tony Eusoff, Eja dan Othman Hafsham sendiri sebagai Sadiq.
Anak perempuannya pula, Sharmine, mewarisi kehebatan Hafsham sebagai penulis skrip dan pelakon.
"Saya sudah memberi mereka cukup pendidikan dan tiba masanya mereka membuktikan kemampuan masing-masing. Sesekali saya akan menegur sekiranya perlu. Tapi selalunya mereka yang lebih banyak idea daripada saya...," kata Hafsham.
aku penah tengok citer mekanik tu kat TV... kelakar gak... aku suka tengok usop selam cakap slang worang putih... memang lawak beb!!!! film othman hafsham tu mmg wokey aku raser... sumer bangsa ada... dan lawak pun tak ler slapstick mcm scenario yg terjerit2 tuh!!
[/td][/tr] |
|
|
|
|
|
|
|
sadiq and co tu anak dia buat.. br tahu.... best citer tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
pi mai pi mai tang tu best..
very malaysia..
suka angeline tan |
|
|
|
|
|
|
|
Soal Hati dan Soalnya Siapa dia gak yg buat...dia yg berjaya ubah karekter Erra dalam filem... |
|
|
|
|
|
|
|
Adik manja still my favourite...
Takder hati nak remake ker uncle hafsham.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eddysheddy at 20-8-2008 03:29 PM
pi mai pi mai tang tu best..
very malaysia..
suka angeline tan
so good... sampai skrg kalo ada siarannya kat tv biarpun berulang, seri takkan lepaskan diri dari menontonnya...
semua watak ada peranan yang menarik... satu2nya sitcom yang berjaya setakat ini, harapkan lawak senario.. uweekk,, hampeehh..!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|