CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tig_cun

Log Bacaan

 Close [Copy link]
Post time 12-8-2011 06:56 PM | Show all posts
Baru habis baca Ku Rela Cinta Ini Bertamu
Penerbit: kaki novel
Bil ms: 600 berat 600gm
HARGA : RM 24

Cinta datang tanpa diundang, sebagaimana pertemuan tak terduga antara Qistina Balqish dan Daniel Muaz. Setiap kali berjumpa, setiap kali itu juga akan berlaku sengketa sehinggalah berlakunya sesuatu yang mengaibkan sehingga mengikat mereka kepada sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab yang perlu digalas atas perbuatan tanpa sengaja oleh kedua-duanya. Suatu ikatan pernikahan atas keterlajuran sikap Daniel Muaz dan kecuaian Qistina Balqish sendiri. Pernikahan ini perlu dirahsiakan daripada pengetahuan kedua ibu bapa Daniel Muaz. Setelah tanggungjawab diambil, bagaimana pula mereka mahu melaksanakannya jika mereka sering tidak sehati sejiwa. Bila tiada mereka merindu, bila ada mereka tidak sebulu. Tanpa sedar bibit cinta antara mereka mekar di dalam hati. Namun, relakah mereka menerima cinta itu...?

Daniel Muaz: “Macam ni la... aku bagi kau seratus ribu, kau tutup mulut kau, okey?

Qistina Balqish: “Seratus ribu??? Awak ingat harga diri saya nilai macam tu, ya? Terlalu murah, tau tak? Huh, awak ingat awak mampu beli segalanya dengan duit awak tu? Saya tak kira, saya nak awak bertanggungjawab. Kalau tak saya buat report polis. Lagipun saya boleh sue awak, saya ada bukti yang awak ceroboh bilik saya,”
Daniel Muaz: “Aku tak sengajalah. Lain kali kunci pintu kalau tak mahu orang lain masuk. Kau sendiri yang cuai. Ada ke nak tidur tak kunci pintu. Apa kau ingat kau kat rumah sendiri ke?



Sinopsis dari saya:

Kisah pernikahan yang terpaksa dilakukan demi menyelamatkan maruah Qistina Batrisya dengan Daniel Muaz Tan Sri Darwish. Mereka bertemu setelah Qistina terlupa mengunci pintu bilik hotelnya dan dia pule menelan ubat selsema, menyebabkan dia tidak sedarkan diri. Sementara itu Daniel Muaz pula anak orang kaya yang hidup sebagai playboy, mabuk dan tersilap masuk bilik hotel dan berlakulah adegan yang tidak diingini. Mereka bernikah secara senyap-senyap dan membawa haluan masing-masing hinggalah setelah dua bulan kemudian Qistina mendapati dirinya hamil.

Daniel Muaz belajar menjadi seorang suami walaupun tanpa kerelaannya, dan tanpa pengetahuan keluarga Tan Sri, hinggalah suatu hari ketika Qistina sarat mengandung, tiba-tiba Puan Sri membuat kejutan untuk bermalam di rumah Daniel Muaz. Merka cuba berlakon tetapi sekilas ikan di laut, sudah tau jantan betinanya, akhirnya ketahuan juga.

Bayi yang comel lahir, dan kasih sayng mereka berdua menjadi semakin berkembang. Hinggalah Daniel Muaz menzahirkan rasa cintanya pada Qistina Balqish. Namun langit tidak selalu cerah, Daniel Muaz terserempak pula dengan Qistina sedang berpelukan dengan Encik Haizam yang menaruh perasaan pada Qistina secara tidak sengaja terpeluk Qistina. Semuanya hancur sekelip mata, Daniel tidak dapat memaafkan Qistina, walaupun dia cuba memberikan penjelasan... Qistina dihalau keluar dari rumah dengan kejam, tidak memberi peluang langsung untuk melihat Batrisya anak comel itu. Ketika memandu dalam kesedihan, dia telah terbabit dalam kemalangan..

Dalam tempoh itu, anaknya Batrisya telah dikesan mengalami penyakit hati. Daniel yang ego tidak mahu memaklumkan pada Qistina, malah kawan baik Qistina juga tidak dapat menghubungi telefon bimbit Qistina. Daniel menyiarkan di akhbar harian tempata, dan Qistina terbaca mengenainya lalu menghubungi doktor yg terlibat. Pembedahan dibuat, tetapi Batrisya tidak dapat diselamatkan, sementara itu Qistina pula tidak sedarkan diri. Daniel Muaz pula tidak tahu penderma hati tersebut, kerana Qistina mahu doktor merahsiakan identitinya. Setelah tersedar, Qistina redha akan pemergian anaknya, walaupun dia sekali lagi dihina oleh suaminya sendiri ketika dia menghampiri rumah untuk mencari Batrisya.... Dia membawa diri yang lara, dan memohon perceraian, tetapi tidak ditandatangani oleh Daniel Muaz yang terlalu ego.

Haizam cuba berterus terang dengan Daniel Muaz, dan barulah dia tahu duduk debenar perkara itu. Puas dia mencari Qistina tetapi tidak berhasil. Sementara itu dia cuba meluahkan rasa dan berkongsi bicara dengan teman di alam maya...

Setelah bertahun berlalu, Haizam pada mulanya mendirikan rumahtangga dengan Yasmin, tetapi dia meninggal saat melahirkan bayinya, lalu Haizam bernikah pula dengan kawan baik Qistina, Suraya yg kematian tunangnya dalam kemalangan jalan raya.

Qistina pula menjadi pelukis di studio di CM dan bertemu dengan peminatnya yang selalu menemaninya Adrian. Sementara itu, secara kebetulan dia melukis potret wjah seorang gadis yg merupakan sepupu Daniel. Sungguh tak disangka, mereka bertemu semula saat itu, dan Qistina merasa makin dihina apabila melihat keakraban Alia dgn Daniel, dan Daniel sengaja tidak memberitahu hubungannya dgn alia. Adrian pula yang pada mulanya meminati potret wajah Alia, terpikat dgn Alia sebenar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2011 02:18 PM | Show all posts
sedang membaca dame zoete sarah -khairyn othman..baru sampai pertengahan cerita..komen saya, byk persoalan bermain dlm kepala..ini yg saya tak suka..bermaksud, ada byk plot hole dlm novel ni..kalau sampai ke sudah, semua persoalan tu tak berjawab, jadik buat penat je baca..tapi masih ok la..takde la sampai menyampah
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 12:56 PM | Show all posts
Tajuk : Kasih yang Suci
Penerbit : Alaf 21
Harga : RM19.90

Baru habis baca novel nie... ermmm.. mungkin tengok cerita Nora Elena dulu baru baca novel kot? jadi rasa macam xberapa best sangat.. bukan xbest tapi biasa2 jer.. huhuhu apa pun bolehlah klu nak hilangkan boring. sebab ada jugak part2 yang boleh wat tersenyum masa membaca..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 01:21 PM | Show all posts
dah baca
The Hidden Child
Biarawati Qaseh Puteri
Qaseh Puteri : Mengejar Bayangan Qaseh Puteri
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 11:20 PM | Show all posts
baru abis baca Syahadah Gadis Ateis ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 03:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by adromir at 6-9-2011 15:59



Baru je abis baca novel 'Kill Me If You Can' hasil nukilan James Patterson.

Kisah berkisar seorang art student bernama Matthew Bannon yg telah terjumpa satu beg berisi intan-berlian bernilai 15 juta dollar di sebuah stesen keretapi. Dia ngan aweknya terpaksa melarikan diri apabila pemilik sebenar beg diamond itu, sekumpulan gangster dari Russia, bertindak untuk menjejakinya.

Cerita yg penuh suspen. Banyak twist and turn yg tak dijangka. Matthew Bannon, 30 tahun, bukannya pemuda biasa. Bila dah setengah cerita, baru pembaca tahu siapa dia sebenarnya.

Aku bagi buku ni **** . Di pasaran sekarang dgn harga RM59.90, edisi paperback large-print. Boleh didapati di Kinokuniya dan MPH.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2011 09:24 AM | Show all posts
page 100 - closed
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.052917 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list