haku ada terbaca ...bahwa pisang udang aka pisang raja udang..ada ceter lagenda nya!!
sos: cari sendiri kat tenet
kerna menurut lagenda,... roh jelmaan pohon pisang raja udang neh telah menolong satu anak raja yg tercedera dlm peperangan.
ceternya dlm satu peperangan anak raja itu cedera parah dan berjaya menyelamatkan diri daripada musuhnya.
Anak raja itu bersembunyi di sebuah hutan dan berteduh di bawah sepohon pisang. Oleh kerana lukanya yg parah anak raja itu pun hampir hampir kiok!!...tapi naseb baek hanya jatuh pengsan sajewr
Apabila anaka raja itu sedar, dapati lukanya telah dirawat oleh seorang gadis.
Anak raja itu berterima kasih kepadanya... kemudian pulang ke istananya.
Anak raja itu dimaklumkan bahwa gadis itu adalah roh jelmaan pohon pisang itu. Bila anak raja itu kembali ke pohon itu didapati pohon itu berbuahkan pisang berwarna merah kesan daripada darahnya.
Oleh kerana terhutang body ...ehh salah budi, anak raja itu mengisytiharkan kepada rakyatnya bahwa mereka x dibenarkan memakan pisang neh atau menebang pohonnya !!