CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: tangopapa

Rakyat pahang - Bersiap sedia hadapi banjir (laporan terkini)

[Copy link]
Post time 4-12-2008 01:40 PM | Show all posts
Oh kampungku.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2008 12:35 AM | Show all posts
Originally posted by arifah_72 at 4-12-2008 01:40 PM
Oh kampungku.........

ngape..ape jadik dgn kg jambu..doh xjambu ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2009 11:57 PM | Show all posts
ARKIB : 03/01/2009
Hujan lebat di beberapa negeri sehingga esok
03/01/2009 5:08pm

KUALA LUMPUR 3 Jan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 02:08 AM | Show all posts

Reply #23 tangopapa's post

Menurut kenyataan jabatan itu hari ini, daerah terbabit ialah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Mas, Machang, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Jeli, Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin, Maran, Bera, Marang, Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman, Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Johor Baharu dan Segama
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.............

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 10:48 AM | Show all posts
Laporan dari IM KUantan, cuaca hari ini tak ujan, redup jek, menurut laporan kaji cuaca smlm ujan turun pagi n petang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2009 12:36 PM | Show all posts
Mangsa banjir di Pahang meningkat 2,514 orang
04/01/2009 12:06pm

KUANTAN 4 Jan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-1-2009 12:43 PM | Show all posts
10 terperangkap di Air Terjun Sungai Berkelah

KUANTAN 3 Jan. - Seramai 10 pengunjung yang sedang berkhemah di Air Terjun Sungai Berkelah, di sini terperangkap apabila paras air sungai yang naik mendadak di kawasan tersebut hari ini.

Mereka yang terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita menghubungi Balai Polis Gambang pada pukul 12 tengah hari ini selepas menyedari peningkatan paras air itu.

Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Khairi Ghazali berkata, usaha menyelamatkan mangsa yang berusia antara 18 hingga 20 tahun itu agak sukar kerana kejadian tanah runtuh di beberapa kawasan sepanjang laluan masuk ke air terjun.

"Selain itu, sebuah jambatan yang menjadi laluan utama ke lokasi terputus akibat arus deras, menyebabkan kami terpaksa menggunakan jalan yang lebih jauh iaitu melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini, seramai 20 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta JPA3 telah diarah ke lokasi bagi membantu operasi menyelamat tersebut.

Menurutnya, anggota penyelamat juga terpaksa menghentikan operasi itu selama hampir sejam disebabkan masalah kekurangan tali untuk mendaki tebing air terjun yang berarus deras.

Jelas beliau, pihaknya percaya kesemua pengunjung warga tempatan dari Temerloh itu dan memasuki kawasan air terjun berkenaan awal pagi ini, berada dalam keadaan selamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Sehingga pukul 9 malam ini, usaha mengesan peserta perkhemahan itu masih gagal dan operasi dihentikan berikutan hujan lebat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2009 12:46 PM | Show all posts

246 mangsa banjir di Pahang dipindah



Pasangan pengantin, Mohd. Azrul Azmi dan Khair Al Nisa Ismail meredah banjir untuk bersalaman dengan tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan mereka di Kuantan, semalam.
Amzah Osman (tiga dari kanan) bersama keluarga menikmati juadah di dapur rumahnya walaupun kawasan rumahnya mula dilanda banjir di Kampung Sungai Belat, Kuantan, semalam.
Dua kanak-kanak bersama penjaga menggunakan sampan untuk keluar dari kawasan rumah mereka yang dinaiki air sedalam hampir 5 meter di Kampung Darul Taqwa, Kuantan, semalam

KUANTAN 3 Jan. - Gelombang kedua banjir mula melanda beberapa kawasan di bandar ini dan Pekan apabila 246 mangsa daripada 46 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara ekoran hujan lebat berterusan sejak kelmarin.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang memaklumkan, di Kuantan, seramai 157 mangsa dari pekan Sungai Lembing, Kampung Melayu dan Kampung Jeliang kini ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Menurutnya, pusat pemindahan itu adalah Balai Polis Sungai Lembing (124 mangsa), Sekolah Menengah Sungai Lembing (14), Balai Raya Kempadang (8) dan Dewan Serbaguna Panching (7).

Sementara itu, di Pekan, seramai 93 mangsa daripada enam buah kampung dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara setelah rumah mereka dinaiki air setinggi 1.5 meter.

Beliau berkata, kampung-kampung terlibat adalah Kampung Sungai Miang, Kampung Cenderawasih, Kampung Padang Rumbia, Kampung Rompin Lama, Kampung Penadah dan Kampung Padang Polo.

Kesemua mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Seri Mutiara (18 mangsa), Balai Raya Padang Rumbia (19) dan Sekolah Kebangsaan Terentang (56).

Sehingga pukul 6 petang ini, Jalan Kuantan-Sungai Lembing di Kilometer 8, 9 dan 12 serta Jalan Pantai Sepat-Pekan ditutup kepada semua lalu lintas.

Jalan Pekan-Nenasi di Kilometer 19 hingga 24 dan Jalan Rompin-Nenasi pula ditutup kepada kenderaan ringan.

Walaupun kebanyakan kawasan di bandar Kuantan masih tidak membimbangkan, tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, beberapa lokasi seperti kawasan perumahan Sungai Isap, Kampung Sungai Isap Damai, Kampung Cendering, Permatang Badak, Ubai dan Cherok Paloh telah ditenggelami air sedalam kira-kira 0.6 meter.

Berdasarkan maklumat laman web Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang, paras air Sungai Kuantan di Bukit Kenau, Sungai Lembing mencatatkan bacaan 23.68 meter daripada paras laut berbanding paras bahaya 21.50 meter.

Paras air Sungai Pahang di Sungai Yap, Jerantut, berada pada tahap berjaga-jaga iaitu 49.2 meter berbanding paras normal iaitu 44 meter.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2009 12:33 AM | Show all posts
Keadaan banjir di Pahang dan Kelantan semakin serius
04/01/2009 7:15pm

KUANTAN 4 Jan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2009 12:34 AM | Show all posts
10 pengunjung Air Terjun Berkelah terperangkap berjaya diselamatkan
04/01/2009 1:32pm

Oleh YUSRI SAHAT

KUANTAN 4 Jan. - Seramai 10 pengunjung yang terperangkap dalam banjir ketika berkhemah di Air Terjun Sungai Berkelah, Gambang di sini semalam, berjaya diselamatkan malam tadi.

Mangsa termasuk seorang wanita yang berumur antara 18 hingga 20 tahun itu diselamatkan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan oleh polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang serta Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) kira-kira pukul 9.30 malam.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat negeri, Anuar Hassan berkata, semua mangsa dibawa keluar dari kawasan rekreasi itu oleh Unit Must Team Jabatan Bomba dan Penyelamat Taman Tas.

``Semua mangsa yang berasal dari sini dan Temerloh itu berada dalam keadaan selamat ketika dibawa keluar dari kawasan rekreasi berkenaan,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

- Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 09:41 AM | Show all posts
Apa ke sengal berkhemah time musim ujan nih, cari lerr masa lain, tengah tahun ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2009 10:59 AM | Show all posts

Balas #31 mirsha\ catat

Kuasa tuhan tu mirsha, kalu buat tengah tahun pun, kun fayakun, jadi jugak ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 09:54 PM | Show all posts
Lebih 3,000 pelajar di Pahang tidak hadir sekolah akibat banjir
05/01/2009 7:19pm

KUANTAN 5 Jan. — Seramai 3,559 pelajar sekolah di negeri Pahang tidak dapat menghadiri sesi persekolahan yang bermula hari ini akibat banjir.

Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff berkata, sebanyak 18 sekolah terpaksa ditutup iaitu enam sekolah masing-masing di daerah Kuantan dan Jerantut diikuti Cameron Highlands (3), Pekan (2) dan Lipis (1).

Penutupan sekolah terbabit, katanya, dilakukan mengikut tiga situasi iaitu sekolah ditenggelami banjir, sekolah yang terputus hubungan akibat tanah runtuh seperti yang berlaku di Cameron Highlands dan sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara bagi mangsa banjir.

“Pada sesi persekolahan 2009 hari ini seramai 3,559 pelajar tidak dapat menghadirkan diri berikutan keadaan banjir dan terputus hubungan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.079557 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list