CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2448|Reply: 7

Ransan ~ akan datang

[Copy link]
Post time 16-9-2008 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Filem pertama Raja Mukhriz angkat martabat ilmu silat Melayu

SETELAH mengutip pengalaman sebagai pengarah fotografi untuk beberapa filem sejak 2002, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin kini bersedia untuk bergelar seorang pengarah pula menerusi filem pertama, Ransan, yang akan diterbitkan syarikatnya sendiri, Merah Maya Motion Pictures.

Sebagaimana Badaruddin Azmi (Bade) yang sebelum ini sering kali menggunakan kepakarannya sebagai jurukamera untuk filem arahannya, Mukhriz banyak menimba pengalaman menerusi kerja di balik lensa kamera sebelum dia bersedia terjun ke dunia pengarahan.

Malah, Bade jugalah orang yang banyak memberikan galakan untuk Mukhriz mencuba bidang baru itu setelah kira-kira enam tahun dia bergelumang dalam dunia sinematografi dan sedozen filem sudah pun menggunakan khidmatnya sebagai jurukamera.

"Bukannya tiada tawaran untuk saya mengarahkan filem sebelum ini, tetapi waktu itu, saya berasakan belum tiba waktunya untuk berbuat demikian. Ketika itu, banyak lagi rasanya perkara yang belum saya ketahui berhubung aspek pengarahan. Saya sendiri perlu mendedahkan diri pada lebih banyak pengalaman, sebelum layak menduduki kerusi sutradara," katanya ketika ditemui pada majlis doa selamat pelancaran syarikat berkenaan di Hulu Klang, baru-baru ini.

Selain Bade, hadir sama pada majlis itu pelakon Sharifah Shahora yang juga kekasih Mukhriz, serta beberapa rakan kongsinya.

Menurut jejaka berimej rambut panjang ini, Bade ialah insan bertanggungjawab memberikannya peluang untuk mempraktikkan segala ilmu sinematografi yang dipelajari. Bermula dengan KL Menjerit pada 2002, kerjasama mereka berterusan untuk filem Gangster, KL Menjerit 1, Bilut dan Syaitan.

Tidak melupakan jasa 慻urunya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2008 12:23 AM | Show all posts
Impian Farid terlaksana

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]


FARID Kamil dan Jehan Miskin sempat meluangkan masa daripada kesibukan mereka sebagai anak seni untuk bersama-sama insan istimewa sempena keberkatan bulan Ramadan.

SEJAK lima tahun menjadi pelakon, Farid Kamil belum lagi berpuas hati dengan pencapaian yang dikecapinya setakat ini. Katanya, usianya sebagai pelakon masih lagi mentah dan mengakui perjalanannya masih lagi jauh untuk terus membina nama kukuh sebagai aktor yang paling disegani di negara ini.

Tidak dinafikan, selain memiliki wajah yang kacak, Farid juga mempunyai karisma untuk diangkat sebagai seorang pelakon yang berkaliber.

Bahasa tubuh dan gaya lakonannya membuktikan dia tidak cuba untuk meniru mana-mana pelakon yang sedia ada sebaliknya, dia berjaya membina namanya sendiri.

Jelasnya, apa yang ingin dilihatnya adalah industri perfileman tempatan terus maju dan berkembang sehingga satu hari nanti, nama Malaysia disebut oleh karyawan seni di Hollywood dan seluruh dunia.

揃erbanding ketika saya mula-mula menceburkan diri dalam bidang lakonan lima tahun dahulu, saya sudah menyaksikan banyak perubahan yang berlaku dan ia memberikan satu petanda yang cukup positif.

揇ulu, kita belum bersedia untuk memaksimumkan penggunaan teknik imej penjanaan komputer (CGI) dan filem Cicak-Man membuktikan anak tempatan mampu berjaya dan setanding dengan Hollywood,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2008 12:27 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR, 8 JULAI 2008: Industri perfileman terus menyaksikan pelbagai filem cereka diterbitkan. Antara yang terbaru adalah filem Ransan yang akan diarahkan oleh Raja Mukhriz Raja Ahmad di bawah label Merah Maya Motion Pictures.


Merah Maya ini ditubuhkan oleh Raja Mukhriz sendiri bersama rakan kongsinya, pelakon Sharifah Shahora. Mereka baru sahaja melancarkan syarikat itu, baru-baru ini dan Ransan menjadi produk sulung daripada Merah Maya.


Raja Mukhriz yang selama ini terkenal sebagai Pengarah Fotografi (DOP, antaranya untuk filem Kala Malam Bulan Mengambang) berkata, Ransan adalah filem bergenre aksi komedi komik ala Dragon Tiger Gate dan The Matrix.


"Saya mahu menonjolkan aksi pertarungan termasuk silat dalam filem ini. Justeru, saya sedang mencari bakat-bakat dalam seni mempertahankan diri di luar sana untuk digilap menjadi pelakon," katanya kepada murai.com.my.

ref: http://www.murai.com.my/article/ ... 30&c=4&s=41
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2008 12:10 AM | Show all posts
aku tak pasti aku suka style mcm Dragon Tiger Gate tu....nampak cam mengada-ngada....cabaran memang besar kalao nak adapt konsep anime dalam filem cereka...atau apa2 live action punya cerita ni.....salah buat memang bapak janggalnya lah nanti....satu2nya filem yg berjaya tampil dengan gaya anime/manga yg aku pernah tonton ialah filem Jepun Kamikaze Girl tu.....well, drama2 jepun yg baru cam Nodame Cantabile tu pun agak menjadi.....

skrg masih tak dapat bayangkan silat Melayu dengan gaya persembahan ala Naruto, Bleach and whatever sewaktu dengannya....tapi kalo they all nak buat buatlah, dialu-alukan.....mungkin mereka ada visi yg kita tak nampak.... dah siap nanti, barulah boleh puji atau kutuk...

Harapnya hasilnya bagus...

Skrag kita tunggu tengok antoofighter dulu.....yg mungkin jadi perintis utk style fefilem begini(sinema tempatan lah)...atau gagal....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2008 11:31 PM | Show all posts

terkini

Raja Mukhriz mengikut jejak langkah mentor, Bade Hj Azmi mengarahkan filem aksi pertarungan di dalam 揜ansan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2008 11:33 PM | Show all posts

Silat in "Ransan"

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2008 07:24 PM | Show all posts
masih terbayang impian Maya Karin utk berlakon sebagai Srikandi Melayu Bajau yg berkuda di tengah medan perang

kalau filem2 pendekar, baik amik Raja Azura, Umi Aida join skali sbb mereka sgatlah sesuai...

btw, kat Indon sana ramai pelakon yg reti bersilat...antaranya Vino G Bastian, hero badai pasti berlalu...bapak dia guru silat, no wonder la body dia meletop!
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 02:08 AM | Show all posts
walaweeeyy ajami, tenkiu atas info ni. negara kita memang kehausan watak-watak street fighter tempatan.
biar imej berubah, tapi biar langkah tu yg asli punya.
jgn buat terbang melampau-lampau cam Matrix final episode dah la hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.346287 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list