View: 2981|Reply: 8
|
TAIWAN Catastrophe : update - gempa 6.0 richter landa TL taiwan!!
[Copy link]
|
|
Taufan: Lebih 100,000 dipindah
HONG KONG 24 Sept. - China memindahkan lebih 100,000 penduduk di kawasan perairan pantai selatan negara ini menjelang ketibaan Taufan Hagupit, setelah membadai kepulauan Filipina, semalam.
Taufan Hagupit yang membadai kepulauan ini sepanjang malam tadi, menyebabkan berpuluh-puluh orang cedera.
Beberapa kawasan rendah termasuk Kepulauan Lantau yang menempatkan lapangan terbang, turut dilanda banjir kilat.
Pentadbiran Meteorologi China telah mengeluarkan "amaran kecemasan merah" iaitu amaran peringkat tertinggi, ketika taufan itu mula menghampiri daratan kira-kira pada pukul 6.45 pagi ini waktu tempatan.
Agensi berita Xinhua melaporkan, lebih 50,000 bot juga telah dipanggil balik, sementara pihak berkuasa di wilayah Guangdong iaitu hab pembuatan di China pula, telah memindakan berpuluh-puluh ribu penduduk.
Pihak berkuasa berkata, Hagupit yang akan membawa hujan lebat dan menyebabkan banjir kilat diramal turut melanda wilayah Guangxi.
Semalam, Taufan Hagupit telah menyebabkan penumpang terkandas selepas beberapa penerbangan di Hong Kong terpaksa dibatalkan.
Keadaan telah kembali pulih hari ini dengan kebanyakan aktiviti perniagaan mula beroperasi semula selepas balai cerap Hong Kong menurunkan tanda amarannya kepada nombor 8 pada pukul 6.30 pagi ini.
Sekolah-sekolah bagaimanapun masih ditutup sebagai langkah berjaga-jaga
[ Last edited by derose83 at 25-9-2008 12:59 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ribut Jangmi landa Taiwan
TAIPEI: Ribut Jangmi melanda Taiwan lewat petang semalam mengakibatkan hujan lebat serta banjir.
Ia juga menyebabkan bangunan pejabat ditutup serta penerbangan antarabangsa dibatalkan.
Jangmi — ribut keempat dan terkuat melanda kepulauan itu tahun ini - melanda Daerah Ilan, di utara Tiawan, menurut Biro Kajicuaca Pusat hari ini.
*************************************************************************
zed, nanti update ye...
hagupit landa vietnam semalam...
now taufan jangmi pulak kat taiwan..
macam2 disaster sekarang ni--
|
|
|
|
|
|
|
|
Taufan Jangmi badai Taiwan
29/09/2008
TAIPEI 29 Sept. – Taufan Jangmi melanda Taiwan semalam dengan membawa hujan lebat dan angin sederas 209 kilometer sejam.
Bencana itu memaksa lebih 150 penerbangan dibatalkan dan semua pejabat termasuk bursa saham dan pasaran tukaran asing ditutup hari ini.
Pihak berkuasa melaporkan 85 kejadian tanah runtuh dan 109 operasi dijalankan untuk memindahkan penduduk.
Jangmi yang merupakan taufan paling kencang pada musim ini kini bergerak menghala ke tenggara China. – Reuters
*****************************************************************************
209km/h... lebih kencang dari hagupit 144km/h...
jangan ramai terkorban dah la... sedih pulak dengan disaster yang melanda ni |
|
|
|
|
|
|
|
2 korban taufan
TAIPEI: Taufan Jangmi menuju timur China semalam selepas melanda Taiwan dan membawa hujan lebat serta angin kencang yang membunuh sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan lebih 30 yang lain cedera.
Jangmi adalah taufan keempat dan paling kuat melanda pulau itu tahun ini melanda wilayah Ilan, timur laut Taiwan tengah hari kelmarin, lapor Biro Cuaca Pusat.
Jangmi bertukar kepada ribut tropika awal semalam ketika ia bergerak ke utara menuju perairan timur China, kata biro itu. Bagaimanapun pejabat dan sekolah ditutup kerana kesan ribut berkenaan manakala pasaran saham Taiwan juga terpaksa berbuat demikian, semalam.
Di lapangan terbang antarabangsa Taipei, operasi diteruskan selepas ia terjejas lewat kelmarin tetapi memerlukan beberapa jam untuk memberi laluan kepada penerbangan yang tertangguh, kata pihak berkuasa lapangan terbang.
Bekalan elektrik untuk 86,000 penduduk di kawasan itu juga terjejas selepas dilanda ribut dengan kekuatan 227 kilometer sejam itu. � AP
kuat wooo topan nih... aku harap tak ader ler laei mangsa korban tuh!!!!
cisssssss semenjak 6menjak nargis tu... mcm2 topan melanda!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 dexa's post
227km/h ..lagi naik dari 209km/h dexy... aku dengaq tu pung.. kecut teloq sumer... errr teloq penyu yg aku beli tu ler...yg kecut... wokey.... |
|
|
|
|
|
|
|
Taufan Hagupit: Vietnam gerak operasi menyelamat di kawasan pedalaman
HANOI 29 Sept. - Angka kematian akibat banjir yang berpunca dari hujan lebat yang dibawa Taufan Hagupit kini meningkat kepada 41 orang ketika pasukan penyelamat mula memasuki perkampungan yang terputus hubungan akibat ribut.
Menurut Jawatankuasa Kawalan Bencana Alam Vietnam, sekurang-kurangnya lima orang masih hilang dan dikhuatiri terbunuh dalam taufan yang telah menghanyutkan lebih 1,000 buah rumah dan merosakkan lebih 10,000 yang lain.
Jelasnya, Hagupit setakat ini telah menyebabkan kerugian berjumlah AS$65 juta (RM224 juta).
Pegawai bencana wilayah Son La, Trinh Ngoc bao berkata, wilayah itu adalah yang paling teruk terjejas dan s dua mayat lagi dijumpai menjadikan angka kematian kepada 16 orang dengan tiga yang lain masih hilang.
Tambahnya, beberapa kawasan lain tidak dapat dilalui oleh kereta atau trak sekali gus menyukarkan usaha menyelamat.
"Pasukan penyelamat perlu berjalan kaki ke kawasan pedalaman untuk menghulurkan bantuan.
"Di sesetengah perkampungan, penduduknya tidak menjamah makanan selama beberapa hari," kata Bao lagi.
Wilayah Lang Son pula mencatatkan angka kematian 10 orang dengan seorang lagi masih hilang sementara di wilayah Bac Giang sembilan orang mati lemas termasuk dua kanak-kanak.
Seramai lima orang terbunuh akibat banjir di Quang Ninh namun tiada seorangpun dari mereka adalah pelancong di sebuah kawasan peranginan terkenal di wilayah itu.
Sementara itu, wilayah Vinh Phuc dan Lao Chai menyaksikan seorang penduduk terbunuh dan seorang lagi masih hilang ketika operasi digerakkan oleh pihak berkuasa hari ini.
- AP |
|
|
|
|
|
|
|
Gempa landa Taiwan
TAIPEI: Satu gempa kuat berukuran 6.0 skala Richter melanda di timur laut Taiwan, pagi tadi tetapi tiada laporan segera mengenai mangsa dan jumlah kerosakan yang terbabit.
Pusat Biro Kajicuaca Taiwan berkata, gempa itu berpusat di pesisir pantai jam 11.16 pagi waktu tempatan di 70 kilometer utara bandar Taidung.
Bagaimanapun, Pusat Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat berkata pusat itu mencatatkan gempa itu berukuran 5.2 skala Richter. - AFP
|
|
|
|
|
|
|
| |
|