View: 6671|Reply: 10
|
tempat servis keta!! FREE servis kat UKM
[Copy link]
|
|
Sibuk layan pelanggan
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
Ah Pun yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang mekanik servis kereta mengakui kerja-kerja di bengkelnya yang terletak di Taman Nirwana, Ampang, Kuala Lumpur semakin sibuk menjelang Aidilfitri.
PILIH bengkel yang mempunyai reputasi yang baik.
PELUH yang mengalir di dahi dikesat dengan bahagian belakang tangan. Tanpa disedari, reaksi spontan itu menambah comot, kesan hitam minyak enjin yang sudah sedia terpalit di situ.
Namun begitu, lelaki bertubuh kurus ini tidak kisah. Kalau separuh mukanya dilumuri minyak pun, tidak mengapa. Sebabnya, dia gembira. Dari pagi, bengkel kecilnya itu tidak putus-putus didatangi pelanggan.
Semalam, dia terpaksa balik pada pukul 1.30 pagi bagi menyiapkan kereta yang dihantar ke bengkelnya yang terletak di Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor.
| MENUKAR minyak enjin penting bagi mengelakkan kereta daripada meragam.
|
Bak kata orang, itulah rezeki Ramadan. "Alhamdulillah, pelanggan semakin bertambah terutamanya dua minggu sebelum Raya. Ketika itu, waktu hujung minggu paling sibuk. Saya buat jadual kerja seperti di Kelantan iaitu cuti pada hari Jumaat dan bekerja pada hari Ahad.
"Lagi pun, pelanggan lebih suka datang pada hujung minggu kerana waktu itu, mereka bercuti," kata pemilik bengkel Abe Auto Garage, Ibrahim Mat Yaakob, 26, yang lebih dikenali dengan panggilan Awe.
Apabila kereta dibawa ke bengkelnya, Awe akan membuat pemeriksaan rapi terlebih dahulu untuk memastikan kerosakan, selain melihat sama ada komponen tertentu masih boleh digunakan atau sebaliknya.
DUA orang rakan Awe membantunya membaiki kereta di bengkelnya.
Biasanya, pemeriksaan melibatkan komponen utama kenderaan seperti brek, sistem pendawaian, lampu dan minyak enjin bagi memastikan tidak berlaku sebarang kebocoran. Selain itu, sistem penyejukan enjin juga perlu diperiksa supaya tidak berlaku masalah di tengah jalan.
"Saya periksa dahulu dan beri penjelasan kepada pelanggan. Lagi pun, bukan semua orang banyak duit. Saya mahu jaga hati pelanggan agar perniagaan ini dapat hidup dalam jangka masa panjang. Lagi pun, persaingan kini semakin sengit," katanya merujuk kedai di sebelah bengkelnya yang turut menawarkan khidmat servis kereta.
Beliau yang mempunyai pengalaman tujuh tahun sebagai mekanik mengakui bilangan pelanggan yang datang membaiki kenderaan pada tahun ini kurang sedikit berbanding tahun sebelumnya.
Situasi ini berlaku kerana suasana ekonomi semasa yang menekan pengguna, kesan daripada kenaikan harga minyak dan barangan keperluan. Ini menyebabkan alat ganti dilaporkan naik sekitar 10 peratus.
AWE mengakui dia semakin sibuk menjelang Hari Raya.
Seorang lagi mekanik yang ditemui dan hanya mahu dikenali sebagai Ah Pun bersetuju dengan pendapat Awe iaitu kenaikan harga alat ganti kini tidak dapat dielakkan.
"Memang diakui kenaikan harga alat ganti memberi kesan perit kepada pengguna. Mereka mempersoalkan kenapa barang yang sama lebih mahal harganya, berbanding beberapa bulan lalu. Lebih teruk, ada yang menuduh mekanik sengaja menaikkan harga,'' katanya sambil meminta pelanggan memahami situasi ekonomi sekarang.
Ah Pun yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang mekanik servis kereta mengakui kerja-kerja di bengkelnya yang terletak di Taman Nirwana, Ampang, Kuala Lumpur semakin sibuk menjelang musim Aidilfitri.
"Sebenarnya pelanggan mempunyai pilihan iaitu jika mahu harga murah, mereka boleh membeli barang yang kualitinya kurang sedikit. Nasihat saya ialah pilih ikut kemampuan kewangan masing-masing," kata Ah Pun.
| AH PUN sibuk menyelenggara sistem pendingin hawa sebuah kereta pelanggannya.
|
Tinjauan di bengkel Awe mendapati seorang pegawai kerajaan, Aziz Ibrahim, 39, sabar menunggu keretanya siap diservis.
Beliau mengakui mempunyai cara tersendiri untuk menjimatkan kos servis kereta sekali gus mengelak daripada dikenakan caj berlebihan.
"Biasanya, saya akan membeli alat ganti yang diperlukan dan meminta mekanik memasangnya di bengkel. Cara ini lebih menjimatkan," katanya.
Mengakui tidak pernah setia pada seorang mekanik, pemilihan bengkel bagi Aziz tidaklah sampai perlu membuat kaji selidik. Mana yang dekat dan senang, itulah bengkel yang ditujunya.
Seorang mekanik sambilan, Zainuri Ahmad, 34, pula berpendapat, pengguna perlu berhati-hati dan meminta pandangan kawan-kawan sebelum menghantar kereta ke sesebuah bengkel.
"Kalau saya hantar kereta ke sebuah bengkel, misalnya bengkel A dan kurang berpuas hati dengan servis yang dilakukan, saya tidak akan pergi lagi ke situ.
"Mungkin ada dalam kalangan kita pernah diberitahu oleh mekanik bahawa ada peralatan yang perlu diganti baru kerana yang lama telah rosak. Tetapi kita tidak ditunjukkan pula apa yang menyebabkan kerosakan itu. Ini membuatkan pengguna berasa ragu.
"Ada juga mekanik meminta alat ganti tertentu ditukar baru, sedangkan kita tidak tahu sama ada ia perlu ditukar atau sebaliknya," jelas Zainuri.
Sementara itu, Shahrizad Mohamad, 30, yang ditemui di sebuah bengkel lain untuk membaiki sistem pendingin hawa kereta Toyota Corolla SEG miliknya yang telah rosak berkata, beliau bersetuju bahawa pengetahuan pengguna yang terhad mengenai kereta membuatkan mereka mudah ditipu oleh segelintir mekanik.
"Mulanya ingat, kerosakan yang berlaku sedikit sahaja tetapi apabila diperiksa, mekanik memberitahu macam-macam benda yang rosak. Misalnya, pada mulanya saya mahu membaiki sistem pendingin hawa dengan bajet RM200. Tetapi sekarang, cajnya sudah lebih RM500. Mahu tidak mahu terpaksalah bayar," ujarnya.
Beliau mempunyai pendapat tersendiri apabila ditanya mengenai kerja seorang mekanik. Katanya, ada mekanik malas hendak membaiki kerosakan yang berlaku dan mengambil jalan mudah dengan menggantikannya dengan alat yang baru.
"Ini lebih senang dan untungnya juga lebih banyak," katanya kesal.
Shahrizad juga mendakwa ketika musim Raya, segelintir pemilik bengkel mengeluarkan stok alat-alat ganti lama dan menjualnya pada harga yang lebih rendah.
PEMERIKSAAN rapi perlu dilakukan sebelum membuat sebarang pembaikan.
Pengguna pula sukar untuk memastikan sama ada alat itu masih elok atau tidak kerana hanya pemilik bengkel sahaja yang tahu keadaan alat ganti yang hendak dijual itu.
"Untuk mengelakkan ditipu, saya biasanya membawa kereta ke bengkel yang disarankan oleh kawan-kawan. Sekali sekala, saya sengaja mencari sendiri bengkel lain untuk 'mencuba' servis yang ditawarkan.
"Misalnya hari ini, saya sekadar mahu mencuba sahaja di bengkel ini. Apa yang berlaku membuatkan saya tidak mahu lagi datang ke bengkel ini. Sebabnya tadi, apabila saya hendak tukar cooling coil, salah seorang pekerja di situ memberitahu head sudah tidak boleh diguna lagi.
"Tetapi, apabila saya beritahu bahawa saya hendak beli head di kedai lain, tiba-tiba sahaja, dia kata head yang ada sekarang boleh dipakai lagi," katanya dalam nada tidak puas hati.
aku serbis keta aku kat tempat murah2 ajer kat kj ... ada ler 2-3 tempat yg wokey.... kat klang pun wokey gak!!
[ Last edited by amazed at 30-9-2008 02:16 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
'Perang' promosi servis kereta
Seperti sudah menjadi satu kebiasaan, perang promosi di antara bengkel-bengkel kereta sudah bermula sejak awal Ramadan lagi.
AWE merancang untuk mengadakan promosi bagi
meringankan beban para pelanggannya.
KAIN rentang yang digantung tinggi itu memang menarik perhatian. Bukan kerana tulisan atau gabungan pelbagai warna yang digunakan, tetapi angka yang tertera di situ nampaknya begitu mengesankan.
"romosi hebat! Tukar minyak hitam, penapis minyak, air bateri dan servis, cuma RM68". Begitulah 'jerit' kain rentang yang ditulis dalam dua versi, bahasa Melayu dan Mandarin. Ia seolah-olah melambai-lambai pengguna agar singgah di bengkel tersebut.
Seperti sudah menjadi satu kebiasaan, perang promosi di antara bengkel-bengkel kereta sudah bermula sejak awal Ramadan lagi.
Alasannya satu iaitu semua orang mahu membuat servis kereta menjelang Aidilfitri. Ini kerana tiada siapa yang ingin balik beraya dalam keadaan sakit hati kerana terpaksa menunggu berjam-jam di tepi lebuh raya apabila kereta 'buat hal'.
Keterujaan orang ramai untuk memastikan kereta masing-masing dalam keadaan terbaik untuk balik ke kampung menjadikan mereka 'mangsa' segelintir pemilik bengkel yang tidak beretika. Mereka sanggup menipu demi memperoleh keuntungan segera.
Pemilik bengkel Abe Auto Garage, Ibrahim Mat Yaakob, 26, atau lebih mesra dipanggil Awe tidak menafikan ada segelintir bengkel sengaja mengambil kesempatan terhadap pengguna pada musim perayaan.
"Keadaan ini berlaku kerana sikap pengguna sendiri yang tidak lagi memikirkan kos pembaikan, asalkan kereta yang dipandu balik beraya ke kampung tidak buat hal di tengah perjalanan," ujarnya.
Beliau menambah : "Banyak juga bengkel yang mengadakan promosi melibatkan pelbagai penukaran alat ganti dan minyak enjin. Dengar macam bagus, namun pelanggan perlu tahu keperluan kereta masing-masing kerana mungkin alat ganti yang sedia ada tidak perlu ditukar baru."
Menurutnya, ada kes yang mana promosi yang pada awalnya nampak murah, tetapi pada akhirnya menjadi sangat mahal.
"Ini belum lagi menyentuh tentang kualiti alat ganti atau minyak enjin yang digunakan. Tidak mustahil, mereka menggunakan alat ganti tiruan atau rendah kualitinya. Jadi, ketahanannya boleh diragui," tambah Awe sambil menyatakan pasaran alat ganti kini dibanjiri oleh barang klon dan dikitar semula.
Sebenarnya, Awe masih merancang untuk membuat promosi melibatkan servis asas kenderaan seperti menukar minyak enjin, penapis udara, palam pencucuh serta air bateri pada harga RM100 dan ke bawah.
Pemilik bengkel Pun Car Cooler & Accessories Centre yang berlokasi di Taman Nirwana Ampang yang mahu dikenali sebagai Ah Pun, 46, menyatakan, dia tidak merancang membuat sebarang promosi kerana bayaran servis yang ditawarkannya sudah berpatutan.
"Saya berpendapat promosi hanyalah satu iklan untuk menarik minat orang ramai. Mungkin murah, tetapi pengguna tidak diberitahu apa barang yang ditawarkan. Ada juga pelanggan yang cuba servis promosi itu tidak berpuas hati. Bila periksa, alat ganti yang ditukar separuh sahaja.
"Tukar timing belt sahaja, oil seal tidak. Berapa lama boleh tahan? Lama-lama bocor, apa gunanya tukar baru," katanya yang menerima lebih 30 buah kereta sehari, terutamanya ketika Hari Raya semakin hampir.
"Lagi satu, kalau kereta rosak di tepi jalan, saya nasihatkan berhati-hati dengan tow truck. Biasanya, apabila kereta dibawa ke bengkel tertentu, enjin dan pelbagai lagi telah dibuka, sedangkan pemilik kereta tadi belum sampai di bengkel tersebut. Apa yang dikesalkan, kerosakan hanya sedikit sahaja. Jika ini berlaku, maknanya kita telah ditipu dan cajnya menelan kos beribu-ribu ringgit," pesan Ah Pun dengan wajah serius.
Sementara itu, mekanik sambilan, Zainuri Ahmad berkata, ada baiknya bengkel mengadakan promosi bagi menarik pelanggan. Namun, katanya, pengguna dinasihatkan menilai sendiri apa yang terkandung di dalam pakej iklan yang ditawarkan.
"Kalau setakat minyak hitam, penapis dan air bateri, harganya sekitar RM60 hingga RM70 sahaja. Jadi, pengguna perlu ambil tahu serba sedikit mengenai barang-barang ini,'' ujarnya.
Sementara itu, seorang penjawat awam, Aziz Ibrahim, 39, memberitahu dia tidak percaya semua bengkel membuat promosi yang menipu pengguna.
KENAIKAN harga minyak pelincir tidak dapat dielakkan
dan terpaksa diterima oleh para pengguna.
Menurutnya, apa yang penting, pengguna perlu tahu serba sedikit tentang kereta dan jangan bergantung sepenuhnya kepada mekanik.
Sekurang-kurangnya, apabila mekanik cadangkan ada alat ganti yang perlu ditukar, mereka boleh lihat dahulu adakah kerosakan yang dikatakan itu betul-betul berlaku.
"Kes ini biasanya berlaku kepada pengguna wanita. Mekanik tidak bertanggungjawab mungkin menukar tayar dengan tayar lama. Sebagai pengguna, kita kena periksa sendiri kerana terdapat tarikh pada tayar," katanya sambil memberitahu kereta Kia Optima yang akan dipandunya untuk balik ke kampung sudah dihantar ke pusat servis Kia yang bertauliah.
Shahrizad Mohamad, 30, pula memberitahu, andainya kereta diselenggara dengan baik dan mengikut jadual, ia tidak perlu diservis semata-mata kerana hendak balik ke kampung menyambut Raya. -
kalu main balun tukaq ini itu... mmg akan kena kincing ler dgn mekanik... jadi korang kena amik taw gak tentang keta korang nih... jgn belasah main tukaq ini ke hulu.. itu ke hiliq... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
releven tp motif copy paste ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 syahza's post
Bagus betul thread ni........patut digest serta merta....... |
|
|
|
|
|
|
|
Memang sgt hatix ngan bengkelx kete ni. Tak byk yg jujur....jadi kenalah tau serba sikit pasal kete. Jadi takle kena kapur kaw kaw |
|
|
|
|
|
|
|
Selain drpd minta pandangan kawan sebelum servis kete....elok gak buat 50 point inspection...at least kita tahu part2 mana yang perlu diservis...ditukar dan sebagainya...so dgn report inspection yang ada....kurang skit penipuan oleh bengkel2 yg kebanyakannya cekik darah..
Cam aku...kalau setakat tkr minyak itam...air filter tu...takder le aku wat inspection...cuma rasa2 kalau nak wat major servis....dan part2 enjin byk yg aku rasa dah byk wear & tear....biasanya aku wat 50 points inspection... |
|
|
|
|
|
|
|
hehe.. xde la.. merata2 ceruk2 cari copy paste.. tensen lak |
|
|
|
|
|
|
|
aku xde servis mende pun. awal pg td dah sampai kampung. Skang baru nk servis (tukar absorber sebenarnya) |
|
|
|
|
|
|
|
tak sangka tpt den ado bengkel pakistan punyo..
pekerja dia tak india ori, bangla atau pakistan..takdo cina atau melayu..
mmg bagus kojo diorang..mcm kita buli macha2 kedai mkn tu..
tak byk songeh..air wiper pun tlg topupkan..
harga mmg murah dr bengkel ban tat..bengkel cina la..
20-30 hengget beza banyak tuuuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dapat servis percuma
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
Kempen Keselamatan Balik Kampung Yamaha anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia diadakan bagi membantu mahasiswa selamat pergi dan balik ke kampung untuk menyambut Hari Raya.
SEORANG mekanik sedang melakukan penyelenggaraan pada sebuah motosikal pelajar UKM.
"MEMANG bagus juga pihak Yamaha buat program ini. Bukan sahaja, kami boleh buat pemeriksaan motosikal secara percuma, tetapi dapat mempelajari bagaimana untuk menunggang motosikal dengan selamat di lebuh raya," kata mahasiswa tahun dua jurusan pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Azizi Shaari.
Dia bersama dua lagi rakannya sabar menunggu seorang mekanik dari Yamaha membetulkan spocket motornya di bawah payung yang tersedia.
Peluang itu, pastinya tidak mahu dilepaskan oleh Azizi, apatah lagi dia sudah merancang untuk balik ke kampungnya di Kedah dengan menunggang motosikal.
"Biasanya, kami cuma pandai naik motor sahaja, periksanya jarang sekali. Bukan setakat mahasiswa, kakitangan UKM pun dapat manfaat daripada program ini," katanya lagi.
Ng Lee Chuen, 20, memberitahu, program ini membolehkan dia mengetahui apakah masalah yang dialami motosikalnya, selain dapat berjimat kerana tidak perlu menghantar motosikalnya untuk diservis di luar.
Beliau berkata, motosikalnya kadang kala susah hendak dihidupkan dan dia sudah membawanya ke dua buah bengkel. Malangnya, kedua-dua bengkel itu memberi pendapat berbeza dan kos membaikinya juga mahal.
"Bila saya tanya mereka (mekanik Yamaha), motor ini hanya perlu diservis karburatornya dengan upah yang murah. Saya rajin juga ambil tahu tentang motosikal dan hanya menunggang untuk jarak dekat sahaja. Cuma, apabila motor ini terpaksa ambil masa lima hingga 10 minit untuk dihidupkan, geram jugalah...," kata Lee Chuen sambil ketawa.
Kempen Keselamatan Balik Kampung Yamaha ini merupakan anjuran bersama Persatuan Mahasiswa UKM, Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter serta Hong Leong Yamaha.
Untuk menyertainya, mahasiswa hanya perlu mengisi borang pendaftaran sebelum menunggu motosikal mereka diperiksa mekanik Yamaha, tanpa mengira apa juga jenama motosikal. Lebih menarik lagi, bagi sesiapa yang mempunyai topi keledar yang sudah uzur, ia boleh digantikan dengan topi keledar baru tanpa dikenakan sebarang bayaran.
PELAJAR beratur menunggu giliran untuk mendapat servis percuma motosikal mereka.
Bagi program ini, sebanyak 80 buah topi keledar diberikan kepada pengunjung terawal. Topi ini disumbangkan oleh Aeon Credit Sdn. Bhd. dan KHI Helmets.
Setiap motosikal akan melalui pemeriksaan yang melibatkan 15 bahagian oleh mekanik terlatih. Ia meliputi pemeriksaan lampu utama dan lampu isyarat, minyak pelincir, stereng, minyak enjin, galas roda, pendikit minyak (throttle), rantai pacuan, cermin, brek hadapan dan belakang, suspensi roda hadapan dan belakang, karburator, tayar serta hon.
Selain itu, mahasiswa juga diajar tentang teknik menunggang motosikal dengan betul ketika melalui titi dan slalom.
Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar, Profesor Datuk Dr Shararuddin Ahmad menyatakan rasa berbesar hati kerana kempen yang sebelum ini dilaksanakan di plaza-plaza tol dan stesen minyak kini diadakan buat pertama kalinya di UKM.
Dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Kiat, majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter (MMSDA), Wee Hong; Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha, C H Ng dan Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yamaha kerana mengambil inisiatif untuk mengadakan kempen keselamatan jalan raya sempena musim balik kampung tahun ini di kampus universiti.
"Malah, usaha JKJR menjalin kerjasama dengan pihak swasta bagi meningkatkan kesedaran orang ramai, khasnya penunggang dan pembonceng motosikal mengenai keselamatan jalan raya wajar diterus serta diperhebatkan.
"Kali ini, tumpuan khusus diberi kepada warga kampus yang meliputi pemeriksaan 15 bahagian pada motosikal, pemberian topi keledar baru, selain tunjuk ajar cara menunggang motosikal dengan betul," kata Tee Kiat.
Menurutnya, pihak Kementerian Pengangkutan peka tentang pentingnya kesedaran setiap penunggang agar menjadi lebih berhemah di jalan raya, berikutan peningkatan jumlah motosikal di jalan raya, kesan daripada kenaikan harga minyak baru-baru ini.
Situasi ini disokong oleh Wee Hong yang menyatakan bahawa persatuan menganggarkan jualan motosikal pada tahun ini bakal mencecah angka 530,000 unit. Dianggarkan kini, terdapat hampir 7 juta buah motosikal di seluruh negara.
Justeru, kempen kesedaran bukan sekadar iklan, tetapi maklumat akan disalurkan dengan lebih berkesan demi manfaat semua. Apatah lagi dengan angka kemalangan dan kematian melibatkan golongan ini tidak menunjukkan penurunan yang ketara.
" Program Kempen Keselamatan Balik Kampung Yamaha kali ke-10 ini adalah sebahagian daripada kempen keselamatan jalan raya yang melibatkan JKJR untuk tahun ini.
ONG TEE KEAT menyerahkan jaket keselamatan kepada
pelajar sempena kempen keselamatan balik kampung
di UKM baru-baru ini.
Kempen keselamatan ini turut dijalankan di lima buah universiti dan sekolah terpilih di seluruh negara. Institusi yang terlibat termasuklah UKM Bangi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru; SMK Tok Bin dan SMK Seri Kota, Melaka; Universiti Sains Malaysia (USM) dan hadapan Dewan Bandaraya Ipoh, Perak.
Di lokasi-lokasi tersebut, pihak Hong Leong Yamaha turut mengendalikan program Sains Keselamatan Menunggang Yamaha yang mendidik pelajar sekolah dan mahasiswa mengenai kemahiran menunggang dengan selamat melalui pendekatan saintifik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|