Sapa pernah tengok citer ni?
Filem ni adalah berdasarkan sebuah novel..
Aku baru aje lepas tengok.. Berdasarkan pendapat peribadi aku, aku boleh katakan cerita ini adalah sebuah kisah yang sangat menarik... Sarat dengan drama dan falsafah...
Cerita ni berkisar tentang seorang prodigy kecil dalam dunia catur... Kisah tentang bagaimana bakatnya mula-mula sekali dapat dikesan oleh seorang pemain catur di taman..
Bapanya yang suka melihat kehebatan anaknya itu kemudian telah mencari seorang private tutor untuk memberikan tunjuk ajar kepada anaknya.
Sedikit demi sedikit, anaknya telah memenangi banyak kejuaraan dan sekaligus menambahkan tekanan pada anaknya...
Keadaan ini diburukkan lagi melalui kedatangan seorang lagi bakat muda dalam pertandingan catur yang budak tu sertai yang mengakibatkan Josh jadi tertekan..
Mungkin filem ni agak tipikal macam kisah-kisah sukan lain. Tapi selepas aku tengok, banyak mesej positif yang boleh kita ambil...
Yang paling aku suka adalah adegan bilamana Josh (watak utama) tu offer pada Jonathan (lawannya) untuk tetapkan keputusan seri di final, seterusnya berkongsi kejuaraan. Di penghujung cerita, Josh kata pada bapanya "saya sudah berikan jalan keluar kepadanya (Jonathan)"
Jalan keluar di sini mungkin secara metaforanya bermaksud "memaafkan dan memberi peluang" dalam dunia sebenar (bukan dunia chess)..
Kalau ada yang berminat untuk berkongsi pandangan tentang filem ini, dialu-alukan...