View: 5755|Reply: 8
|
Alpine USA MINI Cooper S
[Copy link]
|
|
Imaginasi futuristik -ALPINE MINI Cooper S
Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR
Alpine Mini Cooper S dibina di luar kotak fikiran sebagai sebuah jentera empat roda. Ia kombinasi kreativiti, keghairahan, sentuhan seni dan jiwa yang sangat luar biasa.
| DIBINA oleh pengeluar audio terkenal, sistem audio dan hiburan dalam Alpine Mini tidak boleh dipertikaikan lagi.
|
KERETA pada sesetengah orang, fungsinya tidak lebih daripada sekadar sebuah pengangkutan yang membawa manusia dari titik A ke B. Sejak hari pertama kereta dijadikan asas pengangkutan umat manusia, jentera empat roda ini telah berinovasi dengan begitu cepat.
Sejak 100 tahun dahulu dan untuk 100 tahun kehadapan, jurutera memandang jauh dengan membawa limpahan teknologi menjadikan kereta semakin selamat dipandu.
Namun, selain teknologi keselamatan dan automasi yang diperbaharui, bahagian kosmetik tidak pernah dilupakan. Sesetengahnya berfungsi sebagai aerodinamik, sementara selebihnya sebagai nilai estetik.
Kereta seperti Mercedes R Class dan Diablo memiliki rupa bentuk sedemikian rupa kerana keupayaannya membelah angin, sementara kereta seperti Mitsuoka dan RR Phantom, dibina kerana seninya.
Dalam erti kata lain, membina sebuah kereta adalah bergantung kepada falsafah. Apabila berbicara tentang kereta yang memiliki falsafah dan prinsip, Mini dan Beetle adalah dua contoh yang berjaya.
Semenjak BMW mengambil alih mini pada awal tahun 2000, kereta ini telah kembali ke persada permotoran dengan imej moden-klasik yang menjadikan ikon permotoran ini semakin bernilai tinggi.
Di mana sahaja di pelosok dunia, Mini sekali lagi menguasai jalan raya. Kalau dahulu, sebagai pengangkutan pilihan kereta murah yang mampu milik, kini menjadi sebahagian dari senarai kereta kompak yang mahal. Ia kemudiannya termasuk dalam budaya modifikasi yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.
Seperti dilihat pada foto, ini bukanlah kereta sebarangan. Mini yang dibina semula oleh pihak pengeluar audio terkenal, Alpine ini berubah bentuk menjadi kenderaan futuristik yang memukau.
Seluruh bumbung kereta MINI Cooper ini sudah ditanggalkan, tempat duduk pemandu dipindahkan ke tengah dan diletakkan di atas lantai bermotor yang dapat menggerakkan bahagian boot kereta hingga keluar untuk menyambut atau menurunkan pemandu.
Unik bukan? Tetapi itulah yang dilakukan oleh pihak Alpine untuk menjadikan kereta demo mereka benar-benar menarik perhatian pengunjung di mana sahaja di dunia ini. Tahun demi tahun, Alpine tidak pernah leka dalam mempersembahkan hasil kerja mereka.
Kereta Mini yang dipadankan dengan kerja custom penuh ini memang telah dibina khusus dengan sistem audio mantap untuk dihidangkan kepada pendengarnya.
Spesies terhad ini lebih istimewa kerana ia telah ditukarkan daripada hatchback kepada convertible, dibalut dengan cermin tanpa bingkai di kelilingnya, satu tempat duduk, bentangan meter custom malah setiap peralatan elektronik dan pembesar suaranya dipadankan dengan cukup teliti.
| PENCINTA automotif pasti terpesona dengan kehebatan jentera ini.
|
Tanpa pintu untuk mobiliti, untuk masuk ke dalam kereta ini, butang khas ditekan dan tempat duduk akan mengundur keluar secara automatik.
Kemudiannya, pemandu akan masuk menerusi bahagian yang dahulunya tailgate belakang. Tempat duduk ini kemudiannya bergerak sekali lagi dengan unit motornya untuk membawa pemandu ke bahagian hadapan.
Bunyi yang terhasil daripada kereta demo ini merupakan sistem SQ (Sound Quality) pertama yang dibina Apline di mana kebanyakan projek demo mereka adalah sistem SPL (Sound Pressure Level).
Jadi untuk duduk rapat dengan kereta mendengar dendangan rentak bass perlahan memang sesuatu yang mengasyikkan. Ia menampilkan komponen terbaru dari siri Type X dengan komposisi dari V12.
| TEMPAT duduk akan bergerak ke belakang apabila anda menekan butang khas untuk memasuki kenderaan ini.
|
Tidak dinafikan bahawa ini adalah antara kereta demo paling canggih untuk sistem audio antarabangsa. Namun, dek kecanggihan teknologi ICE yang kini lebih menjurus kepada sistem AV, Mini ini tidak terkecuali.
Ini memaksa Alpine memadankan peralatan multimedia dengan bahagian papan pemuka terdiri daripada unit 9835/ DHA-5680 yang digandingkan dengan unit pemproses Alpine PXA-H701. Kombinasi berkuasa ini menawarkan kawalan bunyi yang lebih luas lalu memaksa penalaan yang sangat teliti.
Sebagai tambahan, unit pemproses utama dihasilkan dengan sistem Dolby Digital, Dolby Pro Logic II dan DTS dan lebih penting konfigurasi saluran 5.1.
Proses rekaannya juga sangat kompleks dengan corak pemasangan kelas satu yang menampilkan kekemasan, interpretasi dan juga kualiti bunyi.
Penampilan Mini ini juga cukup untuk menggambarkan betapa kereta ini dilahirkan untuk kelihatan sempurna. Kelihatan ialah rim 20 inci OZ Racing yang disalutkan dengan tayar Toyo.
Tahap kerendahannya juga membolehkan roda berputar dengan selamat tanpa meretakkan komponen badan kereta atau merosakkan mana-mana bahagian audio kereta ini.
aku bila ada word alpine tu... ingatkan pegi skiing ajer... kalu lah aku dapat sebijik mini cooper..... mmg aku teruja sgt dgn mini cooper ni.. unik woooo... unik..!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Wahhh! Hebatnya!
Dah tak semacam yg original. |
|
|
|
|
|
|
|
modifikasi ini tidak akan mendapat kelulusan JPJ JPJ siap ambik gunting, potong borang permohonan kelulusan 14belas kerat lagi depan mata |
|
|
|
|
|
|
|
Penghargaan buat pemilik Mini
Oleh Mohd Razlan Salleh
SEMPENA sambutan pelanggan ke-1,000, BMW Malaysia yang bertanggungjawab memasarkan kenderaan jenama Mini di negara ini, mengadakan pertandingan yang menawarkan hadiah menarik kepada bakal pelanggannya.
Pemilik dan pelanggan bertuah bukan saja akan diterbangkan ke Britain, malah turut diraikan dengan dua upacara khas di negara berkenaan.
Pertama, peluang melawat kilang asal Mini di Oxford dan acara kedua, mereka akan diraikan bersama sambutan 50 tahun Mini di litar lumba paling bersejarah, Silverstone bersama pemilik Mini seluruh dunia.
Pelanggan Mini hanya perlu menghantar gambar unik bersama Mini mereka dengan slogan 'I love my MINI because...' melalui laman web www.1000loveMINI.com.
Selain berpeluang mengunjungi kilang Mini, pelanggan bertuah juga akan dijemput menghadiri sambutan 50 tahun kelahiran Mini serta memperoleh edisi terhad lukisan di atas bumbung untuk kereta mereka.
Pengurus Mini, Farid Sulaiman, berkata pertandingan terbabit adalah satu usaha pihaknya menghargai keyakinan yang diberikan pelanggan.
Selari dengan imej Mini funky, edisi khas lukisan bumbung itu rekaan pereka kelahiran Pulau Pinang yang dikenali sebagai Munkao.
Pelukis berusia 26 tahun itu turut menempa nama di Los Angeles, New York, San Francisco dan Singapura.
Pelanggan ke-1,000 dijangka akan diketahui selewat-lewatnya pada awal tahun hadapan dan pelanggan perlu melayari laman web untuk mengetahui perkembangan terkini.
Terdapat tiga pusat pengedar kenderaan Mini yang dilantik iaitu di Auto Bavaria Bukit Bintang dan Pulau Pinang selain Sapura Auto di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Mini mula dilancarkan di England pada 1959 yang asalnya dikeluarkan British Motor Corporation (BMC).
Mini didatangkan dengan tiga varian berbeza iaitu Mini Cooper, Cooper S dan Clubman.
saper pakai mini ni kena hati2 wokeyyy... ramai penyangak target keta mini skrg ni... 2 worang kawan aku dah hilang cooper dia cisssssss rega ratus ribu; loan tak habis bayor laei... |
|
|
|
|
|
|
|
JCW Cooper S
kemuncak mini
Oleh Johardy Ibrahim
| Warna merah JCW membezakan ia dengan model-model MINI yang lain.
|
PENGAMBILALIHAN gergasi kereta Jerman, BMW ke atas jenama Mini pada tahun 2000 boleh disifatkan sebagai antara kes contoh penggabungan yang berjaya dalam dunia automotif. Sinergi yang berlaku antara kedua-duanya kini menyaksikan Mini terus diminati dan terus kukuh.
BMW juga tidak menghalang jurutera-jurutera John Cooper Works Garage di East Preston, England meneruskan apa yang mereka biasa lakukan iaitu menghasilkan sebuah kereta Mini yang berprestasi tinggi.
Bengkel tersebut melakukan penalaan dan memperkenalkan pakej prestasi bagi Mini, bermula dengan generasi pertama versi JCW atau John Cooper Works (JCW) pada 2006.
Tahun lalu di Pameran Automotif Geneva, Mini melancarkan generasi kedua JCW diberi nama kod R56. Kereta ini mewakili perwatakan yang sama dengan JCW sebelum ini tetapi memaparkan kuasa yang lebih bertenaga.
Model baru JCW ini adalah berdasarkan kereta lumba dinamakan 'Challenge'. Aksesori sekeliling, sistem gantungan dan brek serta kawalan elektroniknya telah dimasukkan ke dalam versi yang boleh dipandu di jalan raya awam.
Ia juga memaparkan kotak gear manual enam kelajuan yang telah diubah suai, brek yang lebih kuat dan sistem ekzos yang khusus dengan model, menyumbang kepada penjanaan 132 kuasa kuda.
Ia dipasang dengan enjin 1.6 liter 4 silinder, yang merupakan hasil gabungan antara BMW dengan PSA Peugeot Citroen dilengkapi turbocharger berkembar. Sama seperti Cooper S, ia menghambur kuasa hingga 211 kuasa kuda, iaitu perbezaan 35 kuasa kuda berbanding model standard Cooper S iaitu 176 kuasa kuda.
Kuasa terjahan (tork) JCW ini ialah 260 Newton Meter yang boleh dicapai antara 1,850 dan 5,600 revolusi per minit dengan fungsi terjahan tambahan menerusi butang sports.
Angka-angka di atas, disokong pula oleh komponen badannya yang diubah suai mengikut spesifikasi kereta lumba, mendorong JCW ini mampu mencecah kelajuan 100 km sejam dalam tempoh 6.5 saat dengan kelajuan tertinggi 238 km sejam tanpa sebarang masalah.
Elemen menyeronokkan pada kereta ini ialah kedudukan gear keenamnya yang merupakan 'gear yang hidup' dan kuasa tork yang diperlukan boleh diperoleh pada bila- bila masa memecut. Tork pertengahan juga hebat, dengan keupayaan kenderaan ini memecut dari kelajuan 80 hingga 120 km sejam dalam 5.2 saat semasa di gear keempat.
Ini bila diterjemahkan JCW ini mencapai maksud slogan Mini iaitu keseronokan memandu bagaikan go-kart. Dengan badannya yang kecil molek tetapi keupayaan gergasi (211 kuasa kuda), memotong dari kiri ke kanan ke kiri semula adalah menggegar jiwa!
Namun, pemiliknya dinasihatkan supaya mengenali lebih lama kriteria JCW kerana di sebalik teknologi canggih dan prestasi tinggi yang wujud dalam kereta ini, ia boleh membawa kemudaratan jika gagal mengawalnya dengan baik.
Harus diingat, JCW masih merupakan sebuah kereta pacuan roda depan. Dipasang dengan Sokongan Kuasa Elektrik (EPS), ia menawarkan berat yang tepat bagi pemanduan laju.
Penulis sendiri pada hari pertama memandu uji, beberapa kali hampir terbabas ke kiri dan kanan semasa memulakan pecutan disebabkan kuasa tork yang tinggi. Setelah memahami perwatakan kereta ini, penulis tidak lagi sembarangan memecut walau dicabar di atas jalan oleh pemilik yang lain.
Sesetengah penulis automotif menyifatkan kriteria tersebut menyebabkan JCW menjadi 'kurang sempurna'. Tetapi barang harus diingat, sifat kurang sempurna itulah yang menarik ramai peminat kerana ia dianggap suatu cabaran bagaikan mententeramkan kuda liar!
Ditawarkan pada harga RM279,000 sebuah, menjadikannya kereta mainan untuk golongan mewah dan lagi, jika sekadar membelinya dan kemudian memandunya di sekitar 110 kilometer sejam, elok beli model standard Cooper S. Rugi sahaja jika keupayaan 211 kuasa kudanya tidak diteroka sebaik mungkin.
Satu-satunya komponen yang kurang memberangsangkan pada JCW ini ialah spoiler bumbung 'sayap paus' yang bagaikan 'Jinjang mari'. Tetapi selepas diselidik lebih mendalam, ia sememangnya satu ciptaan JCW yang sah dan telah diuji mengikut formula aerodinamik yang membantu kepantasan kereta ini.
kakak member aku kena samun mini cooper dia kat bangsar last week... sian lak aku dgr... quarter mill beb!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
caler mcm italian job sikit...baru masyuk...
aku kalo naik motor...nk terlanggar side mirror dia pun aku tak sanggup..usaha punya elak..bukan aje mahal..tapi aku sendiri geram sbb cute sgt...tak smpai hati aku |
|
|
|
|
|
|
|
bila nak jual kat mesia neh? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #8 epitome\ catat
Huh! Siape nak beli? |
|
|
|
|
|
|
| |
|