|
Reply #42 dune1989's post
amin....jgn bawak laju2....sentiasa guna cermin pandang sisi... |
|
|
|
|
|
|
|
Helmet Tak ada cap sirim rampas....
Rampas topi keledar  
Oleh Suliati Asri
[email protected]
KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan merampas semua topi keledar yang tidak menepati piawaian dan tidak mempunyai tanda kelulusan Sirim selepas penguatkuasaan mengenainya diluluskan dan dikuatkuasakan.
Ketua Pengarah JKJR, Datuk Suret Singh, berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menggubal dan membuat pindahan berkaitan perkara ini yang akan melarang penjualan, pengedaran dan pemakaian topi keledar yang tidak memenuhi piawaian Sirim dan memusnahkannya.
Menurutnya, selepas undang-undang itu diluluskan, pihaknya dengan kerjasama JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak secara agresif.
“Kami bukan saja akan merampas topi keledar yang sedang dipakai penunggang motosikal, malah juga topi keledar yang dijual di kedai.
“Buat masa ini, kami hanya boleh menasihati penunggang, namun jika undang-undang itu sudah diluluskan, kami tidak akan berkompromi dan akan bertindak agresif,” katanya kepada media selepas Kempen Advokasi tali keledar dan topi keledar di sini, semalam.
Kempen yang berlangsung berterusan dengan berlandaskan moto Tiada Hari Tanpa Advokasi itu satu daripada usaha JKJR dalam memberi kesedaran dan mengingatkan pengguna jalan raya betapa pentingnya pemakaian topi keledar dan tali keledar.
Ia juga satu usaha diambil JKJR bagi meminimumkan kadar kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya.
Suret berkata, masih ramai di kalangan penunggang motosikal yang tidak menyedari penggunaan topi keledar mampu menyelamatkan nyawa mereka.
“Topi keledar adalah pembunuh. Penggunaannya tanpa tanda (kelulusan) Sirim, boleh meragut nyawa pengguna, namun masih ramai yang tidak sedar dan masih menggunakannya.
“Mungkin mereka sedar bahaya yang menunggu mereka, namun kerana harga murah, mereka mengabaikan faktor keselamatan.
“Jadi saya berharap penunggang motosikal sedar dan menggunakan topi keledar yang betul dan sentiasa berhati-hati,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
he4...
aku tak penah tgk helmet takde cop sirim..
contohnye?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|