CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3919|Reply: 10

brg kemas saduran vs emas tulen

[Copy link]
Post time 17-10-2008 09:05 PM | Show all posts |Read mode
mana satu yg baloi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2009 10:07 AM | Show all posts
sudah pastilah yang tulen. tapi elok juga simpan yantg saduran untuk guna di tempat awam macam nak ke pasar ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 11:38 AM | Show all posts
emas saduran tu mcm zhulian ek? penah beli gak...tp pakai gatai2 lak...klu emas tulen ok pulak...hehehe!
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 03:07 AM | Show all posts
emas tulen le yg berbaloi
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 07:01 AM | Show all posts
emas tulen lah.............
kalau saduran ni rs mcm x berbaloi plak beli.........
harga pun bukan murah sgt....
ratus2 gak rsnya..............
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 07:46 PM | Show all posts
Wah.. nampaknya ramai orang memilih emas tulen sbg lebih berbaloi.
Bagi saya, trdapat pro n kontra bagi kedua2 barang kemas ini.

EMAS TULEN

Pro
1. Emas tulen adalah logam yang sgt berharga thus boleh meningkatkan self esteem pemakai.
2. Emas tulen boleh digadaikan sekiranya terdesak.
3. Sangat jarang sekali jumpa orang yang elergi kepada Emas Tulen.
4. Nilai Emas Tulen akan sentiasa stabil dan meningkat.
5. Zakat bagi Emas Tulen yang mencukupi syarat ada diperuntukkan dalam agama (ini menunjukkan Emas Tulen adalah salah satu perkara yang terpilih sebagai harta yang boleh disucikan selain drpd pendapatan, ternakan, pertanian dll. Wallahualam)
6. Emas Tulen boleh di 'trade in' dgn barang kemas Emas Tulen yang lain dengan harga setinggi 80% daripada harga semasa.

Kontra
1. Emas Tulen agak mahal (Segram Emas 999 pernah mencecah RM200++ tp bagi yang mampu, ini perkara kecil)
2. Barang kemas terdedah kepada jenayah curi. Emas Tulen kalau dicuri, mmg terasa sgt kehilangannya.
3. Barang kemas terdedah kepada jenayah samun yang boleh mendatangkan kecederaan dan juga kecelakaan yang lebih teruk (Barang dijauhkan Allah daripada kedua-duanya). Dan lebih malang lagi sekiranya si pemakai melawan untuk mempertahankan barang kemas Emas Tulennya.

BARANG KEMAS SADURAN (BKS)

Pro
1. BKS boleh didapati dengan harga yang sangat murah. Bagi sesetengah orang, adalah lebih berbaloi untuk melaburkan wang yang ada di dalam amanah saham, mutual fund, penididikan anak2 dll dan cuma mengambil sedikit daripada wang tersebut utk bergaya dengan BKS dan tidak perlu pening kepala sekiranya terdapat 3-4 design yang sangat disukai sebab boleh beli kesemuanya sekaligus disebabkan harganya yang murah. Hehe.

2. Bilangan design BKS adalah menyamai Emas Tulen. Ini disebabkan para pembuat BKS sentiasa mengikuti fesyen Emas Tulen Semasa dan disebabkan terdaapat demand daripada pasaran utk BKS yang serupa dengan Emas Tulen.

3. Terdapat juga kedai BKS (sesetengah Kedai BKS shj) yang menerima "Trade in" untuk barang kemas jenis ini tertakluk kepada Terma dan Syaratnya (of cos kan).

Kontra
1. Pertamanya BKS tidak dapat disucikan dengan zakat. (kecuali kepada pedagang2 BKS yang mendapat pendapatan daripada hasil jualan BKS kenalah menunaikan zakat pendapatan. Tp untuk pemakai, tiada zakat bagi BKS waima sampai ke bahu gelang tangan BKS dipakai. Wallahualam)

2. Walaupun kebanyakan pemakai BKS mendakwa tidak elergi kepada BKS tetapi terdapat jumlah kes yang signifikan bagi elergi yang disebabkan BKS. Kebanyakan kes mengadu gatal2 setelah menggunakan BKS. Bagi saya, ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor.

Pertama, si pemakai mungkin elergi kepada logam Nikel dimana ada pengilang BKS menggunakan Nikel sebagai Lapisan Pertama sebelum lapisan Emas Tulen disalutkan pada permukaan BKS. (Penyelesaiannya, pemakai boleh mencuba memakai BKS yang menggunakan logam Kuprum atau Perak sebagai Lapisan Pertama dan Emas Tulen sebagai lapisan kedua).

Kedua, BKS  yang dipakai oleh pemakai itu tidak menggunakan Emas Tulen langsung malah menggunakan bahan kimia pewarna untuk mewarnakan BKS tersebut. Jadi, bahan kimia tersebut yang menyebabkan kulit pemakai yang sensitif gatal2 dan tumbuh ruam dan sebagainya.

3. BKS juga seperti barang kemas yang lain terdedah kepada kegiatan jenayah curi dan samun. Cuma sekiranya dicuri, BKS tidak meninggalkan kesan yang mendalam disebabkan harganya yang murah dan sekiranya disamun harap2 kecelakaan boleh dielakkan dengan penjelasan bahawa barang kemas tersebut adalah BKS malah tidak menjadi kerugian yang amat sangat sekiranya BKS tersebut diserahkan kepada Sang Penyamun. (Tetapi paling selamat adalah dengan tidak memakai apa2 barang kemas ke tempat yang berisiko)

4. BKS adalah barang kemas yang disadur/dicelup dengan Emas Tulen sama ada 24K, 22K atau 18K. Maka, hanya lapisan Emas Tulen yang nipis sahaja pada permukaan barang kemas tersebut. Jadi, lapisan tersebut boleh hilang/terhakis/pudar lama kelamaan. Dan BKS boleh disadur/dicelup kembali di kedai2 yang menyediakan perkhidmatan menyadur/mencelup. Anda boleh meminta Sang Penyadur untuk menambahkan ketebalan Emas Tulen pada permukaan BKS anda supaya warnanya lebih tahan (of cos dengan cas tambahan).

Jadi setelah meneliti dan mengkaji Pro n Kontra bagi kedua2 jenis barang kemas ini, saya memilih untuk membelikan Ibu saya kedua-duanya. 2 utas rantai tangan Emas Tulen 916 dan 14 utas rantai tangan BKS, 3 bentuk cincin BKS dan seutas rantai leher BKS beserta pendant BKS. Banyaknya BKS. Tp I tak tipu my mum. I explain which one 916 n which one BKS supaya dia tak salah gadai. And amazingly, my mum suka sangat ada bnyk barang kemas n selalu tanya pasal design BKS yg baru. Hehe.

Dan disinilah titik permulaan sya berjinak2 dan bermain2 dalam perniagaan BKS. Jangan marah ye forumer2 yang dikasihi sekalian. :0 :-) ;-0

Dan bagi menjawab soalan, bagi saya kedua-duanya berbaloi daripada aspek dan sudut yang berlainan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2011 09:23 PM | Show all posts
pakai emas saduran perompak akan ingt emas tulin..so kalau kene ragut n di seret sgt lah tak berbaloi bile kene ragut, ragut plak emas saduran..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 09:31 PM | Show all posts
hehe.. betul gak kan.. kalau kene ragut then bende yg diragut tu emas sadur... perompak tu cuma buang masa/tenaga then yg diragut pula sakit badan n sakit hati... tak berbaloi..

tapi kalau pakai emas tulen pula, kalau kene ragut at least perompak tu punya masa n tenaga berbaloi la sebab dapat emas yg tulen.. hehe.. cuma yg diragut tetap sakit badan dan sakit hati..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2011 10:52 PM | Show all posts
Emas tulen utk kepuasan diri hanya si pemakai yg merasainya,hehee
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 05:05 PM | Show all posts
Setuju dengan Hiasananggun.. Emas tulen boleh merubah aura seseorang.. self esteem yang lebih tinggi.. kepuasan diri sendiri bila memilikinya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 07:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by neeria at 3-11-2011 19:53

ler... pakai emas sadur or tulen, dua-dua menarik perhatian peragut.. kalau rasa tak secure, jangan pakai. setakat nk gi pasar ke atau jalan sorang2 yang mungkin menarik perhatian peragut tu tak payah pakai. i vote for quality than quantity
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.050556 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list