|
MASKARA SHORTIES ~ tayangan filem2 pendek percuma! ~ 1 Nov 08
[Copy link]
|
|
alamak! ni dah macam nak jadi acara gala Perdana ni....tak se-underground Maskara sebelum ni...aneway nanti sediakan meehon dan air kotak soya secukup korum ya... |
|
|
|
|
|
|
|
alamak...cam nak pegi je..
tapi takde geng...
cam tak best je pegi sorg2... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #22 GAIA\ catat
GAIA ~ dah tahap Cannes dah nih!
budakcikangcute ~ kat sana bulih dpt geng baru.. lagikpun kan ada geng sifoo.. geng laa dgn derang! |
|
|
|
|
|
|
|
BERITA HARIAN 28.10.08
Pesta filem pendek di Rumah Pena
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
[email protected]
LAN HUSSAIN, Nazri dan OP Zaharin menunjukkan poster Maskara Shorties anjuran Sindiket Sol-Jah.
REF: BERITA HARIAN
Melayu - 106 arahan Mamat Khalid antara karya menarik ambil bahagian dalam acara istimewa pada 1 November
LARI daripada kebiasaan, Malam Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka (Maskara) pada 1 November ini bukan lagi menyaksikan penulis dan pemuisi memperdengarkan karya mereka. Sebaliknya Sindiket Sol-Jah membawakan pula kira-kira 20 filem pendek untuk mengisi acara.
Secara tradisi, sejak kira-kira dua tahun lalu kumpulan sembilan pemuda yang mempunyai minat serupa dalam bidang penulisan dan seni menggelarkan diri mereka Sindiket Sol-Jah hanya berkumpul dua bulan sekali untuk mendengar bacaan puisi atau cerita penggiat sastera baru atau lama.
Jurucakap kumpulan penggiat seni itu, Nazri M Annuar atau Vovin, kali ini pihaknya berusaha mengumpulkan karya filem pendek yang dihasilkan penggiat seni terdiri daripada pelbagai latar belakang.
Bukan hanya karya daripada pengarah terkenal seperti Mamat Khalid dan bekas pemenang pertandingan Filem Pendek BMW, Tok Rimau, yang akan ditayangkan, bahkan mereka yang hadir di Rumah Pena pada 1 November ini akan dapat menyaksikan hasil arahan beberapa lagi pengkarya muda daripada penuntut seni, perekabentuk grafik, penulis dan sebagainya.
"Kesemua filem pendek yang kami akan tayang pada malam itu mempunyai durasi di bawah 10 minit. Ia juga tidak mempunyai genre tertentu dan majoritinya pula dibuat khas untuk acara Maskara Shorties," ujar Nazri.
OP Zaharin pula berkata, acara berkenaan diadakan bagi mengumpulkan penggiat seni di bawah satu bumbung untuk mempersembahkan karya mereka kepada umum.
"Maklum saja, tidak banyak tempat yang menayangkan filem pendek kepada orang ramai. Apatah lagi bagi penggiat seni muda yang belum lagi mencipta nama. Jadi, dengan adanya acara sebegini, diharap mampu membantu mereka mengetengahkan hasil kerja. Mungkin pendedahan yang diterima membolehkan mereka melangkah lebih jauh dalam bidang yang diteroka," kata OP yang menjangka lebih 100 penggemar filem pendek dan peminat seni akan hadir memberikan sokongan.
Katanya lagi, acara itu juga dibuka kepada orang ramai dan sesiapa saja yang berminat dalam penghasilan filem pendek. Ia lebih berupa acara santai, tanpa sebarang majlis diskusi diadakan selepas majlis tayangan tamat.
Kata Lan Hussain atau lebih dikenali sebagai Sinaganaga, pihaknya berhasrat mengundang beberapa penggiat seni tanah air seperti Mamat Khalid sendiri, Pyan Habib dan Nasir Jani, bagi memeriahkan acara.
Pada acara yang bermula jam 8.30 malam itu, Lan turut memberitahu, sebuah buku berjudul Romlah The Untold Story akan dilancarkan. Ia sebuah koleksi cerita hasil tulisan beberapa penulis, mengenai seorang wanita yang dilihat menerusi kaca mata penulis berkenaan.
[ Last edited by ajami at 29-10-2008 08:52 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
amir muhammad datang!
On Saturday night I will attend this:
It's a free screening of local short movies by a bunch of bright young things. Jom!
http://amirmu.blogspot.com/2008/10/fun-for-weekend.html |
|
|
|
|
|
|
|
MALAM NI weiii! |
|
|
|
|
|
|
|
so... ape crit? |
|
|
|
|
|
|
| |
|