ohh...aku gie tengok first day tapi sebab takde subs aku stay skjap je...then blah sebab org kat kounter tu cakap hari Ahad nanti baru taruk sub sebb yg tu bakal final cut.....
Originally posted by HangPC2 at 25-10-2008 10:51
Pak Mamat tuh Fasih Cakap Melayu....
Memang...Semalam Pak Mamat Tu Yg Bagi Penerangan..Ade Soalan Dari Penonton..Cam Mana Dia Boleh Masuk Rejimen Ke-10..Pak Mamat Kata..Pasal Salah Information..Utusan Yg Dihantar Oleh Pusat Salah Bagi Information Kat Pak Mamat..Patutnya Pak Mamat Bertugas Di Rejimen Cina...Tapi Utusan Tu Gi Kata Rejimen Melayu..So Dah Nasib La Kene Patuh Pada Arahan..Pak Mamat Ni Bertugas Dalam Bahagian Penerangan Rejimen Ke-10(Propaganda)...Masa Mula2 Join Rejimen Ke-10..Sepatah Bahasa Melayu Pun Tak Tahu..Tapi Hari Ni Tengok Kefasihan Pak Mamat...Siap Boleh Cakap Assalamualaikum..Ya Allah..Lailahaillahah..Tanpa Ade Pelat Cina...
Semalam Pak Mamat Sebak Juga La Lepas Tonton Filem Ni...Teringat Zaman Perjuangan Dulu...Masa Starting..Ade Penghargaan Untuk Shamsiah Fakeh(Meninggal Sempena Ulang Tahun ke-60 Hartal) ...Sedih Gak La Masa Tu...Pak Mamat Cite..Dia Masuk Revolusi Tahun 1948..Waktu Umur 17 Tahun....Pada Tahun 2006 Baru Dia Balik Ke Kampung Dia Di Triang,Pahang...Selama 60 Tahun Tu Dia Tak Balik Kampung Langsung...Berjuang Dan Terus Berjuang..
Pak Mamat Menangkis Serangan Anasir Yg Kata Komunis Berjuang Untuk Negara China..Pak Mamat Kata...Beliau Lahir Di Malaya...Maka Malaya Adalah Tanah Air Beliau..Bukannya Negeri China...
Originally posted by GAIA at 25-10-2008 13:35
ohh...aku gie tengok first day tapi sebab takde subs aku stay skjap je...then blah sebab org kat kounter tu cakap hari Ahad nanti baru taruk sub sebb yg tu bakal final cut.....
Semalam Dah Ada...Lagu Yg Masa Starting Tu Sedih Kan...Pasal Revolusi...
Originally posted by nik2121 at 25-10-2008 02:28
ingatkan tajuk crite revolusi 30 td
crite ni berkisarkan ape sbenonye?
ade sesapa leh bg sinopsis?
krew?
Pasal Penentangan Kaum Kiri Waktu Darurat 1948..Kalau Nik Nak Tengok..Tunggu Diorang Upload Kat Youtube Bulan Nov Nanti..
Thanksz HangPC Kerana Tolong Promote Sama..Kita Harap Tahun Depan..Fahmi Reza Punya Projek...Pasal Pemimpin Rejimen Ke-10...Abdullah CD..Abu Samah..Yg Mana Mereka Tinggal Di Selatan Thai Sana Tu..Kita Amik Pengamalan Diorang Sementara Masih Hidup..Nak Harap Keluar Dalam TV...Berjanggut La..
Shamsiah Fakeh dah meninggal? Innalillah hi wainnalillahr rajiun.....masa aku beli Memoir Shamsiah Fakeh, dia masih ada...sakit....tapi buku tu ada la signature dia....
Originally posted by GAIA at 25-10-2008 19:46
Shamsiah Fakeh dah meninggal? Innalillah hi wainnalillahr rajiun.....masa aku beli Memoir Shamsiah Fakeh, dia masih ada...sakit....tapi buku tu ada la signature dia....
Yes..Beliau Meningga Pukul 9.00 Pagi 20 Oktober 2008..Pada Ulangtahun Ke-61 Hartal...
Awas Api Perempuan Ini.
Jam sembilan pagi hari hartal 20 Oktober
tapi ini tahun 2008?enam puluh satu tahun kemudian
dia menghembuskan
nafasnya yang penghabisan,
meninggalkan
sejarah besar
dan khalayak yang kecil
memberi hormat
pada tamat
jalan hidupnya;
di kuburan
pokok nangka
rumpun pandan dan pohon kelapa,
berkumpul
dua tiga orang anak-anaknya,
menangis
dua tiga orang cucu-cucunya,
sedikit sahabat-handai
sedikit keluarga
dua tiga kerat pemimpin
dan sedikit peminat
bersedih-sedihan mengalirkan air mata.
sedikit musuhnya Bernama RTM
-tiba-tiba membawa berita tanpa tipu setelah hayatnya tiada-
setelah helah bertahun-tahun dia dihitamkan tanpa putih,
paling kurang menjadi kelabu pun tak ada
dan
parti telah lama membuangnya.
benar ini bandar
ada urusan dan alasan
ada mesyuarat dan persidangan
ada kerja dan kesibukan
ada janji dan pertemuan
ada parti berseronok dan parti politik
apalah pentingnya
jenazah tanpa nyawa
kita ambil hikmahnya
belajar sejarahnya, itu yang utama.
ah, kuburan tanda kematian
pengkebumian itu ritual agama
adat resam dan budaya.
aku memang dah tak ada kerja lain
bolehlah menyibuk-nyibukkan diri,
kalau tidakpun
aku hanya
melepak dan berkhayal dan bermimpi dan bercakap dan membebel
tentang revolusi yang tak pernah jadi-jadi.
awan gelap
bergumpal hodoh
keruh langit
meratapi
pemergian seorang tokoh,
benar juga ini bukan pesta keramaian
tidak perlu berdedai-dedai
manusia seperti keldai
berbaris
memberi tabik hormat,
tidak perlu dipaksa semua ini,
dia bukan jenderal atau menteri atau longgokan bangkai-bangkai di makam-makam mahal atau artifak awetan dalam muzium
penuh prestij, ada kelas dan tinggi martabat itu.
dingin selepas asar
waktu arab
kasar hujan berat dan angin kuat
kencang bertiup
lembut tanah basah
kampung
malaysia raya
mengambus jasadnya
di sana mata air sungai besi
begitulah keras hatinya
seperti waja keluli.
Kesedihanpun mengalir
dalam hatiku seorang laki-laki
yang lemah
tak berdaya berdepan dengan sejarah dan cerita
gagahnya
aku hanya berkata-kata, bercakap, menjerit terlolong
terhoyong-hayang
meneguk alkohol, memegang botol-botol kecewa
sambil melukis atau menulis-nulis puisi cinta dan benci.
Kau tahu, suatu waktu dia cukup garang bersuara
melaungkan revolusi merdeka ibu pertiwi
seorang perempuan penuh api di dada
jiwa yang luas, fikiran yang cerdas
otakku semakin kerdil dibuatnya
aku hanya bersemangat buas,
tapi melihat matanya aku menjadi terlalu ringan seperti kapas
dan buta kerana warnaku cukup pekat merahnya tapi hanya pada buku dan gaya dan cap dan jenama dan stail dan fesyen belaka.
berat senjata dan cita-cita di tangannya
tangan seorang perempuan
yang menggoncang penjajahan dan dunia ketuanan laki-laki
di tanganku hanya keringat
gementar kesejukan
kederatku selalu tak larat
merdekaku hanya khayal semata
dan dia serikandi benar-benar memegang janji
sebuah revolusi
merdeka dengan darah!
pengorbanan, berkorban, terkorban dan dia adalah korban,
dalam perjalanan sejarah yang panjang
dalam perang melawan penindasan
dalam darurat dan khianat
dalam berontak
meniti zaman pergolakan.
dia benar-benar
menyintai tanah air
seorang kawan
seorang komrad
seorang pemberani
seorang gerilyawati
seorang sosiolis
seorang komunis
seorang pemimpin
seorang pemikir
seorang penulis
seorang pensyarah
seorang buruh kilang besi
seorang kekasih
seorang isteri
seorang emak
seorang nenek
dan tindakan-tindakan telah bergerak
amal dan pengalaman
telah mengoyak-ngoyakkan teori
kulit luruh menampakkan isinya.
Tapi aku cuma bermimpi
dan dia benar-benar nyata
bukan khayal membina syurga di bumi.
aku lelaki kehilangan upaya
hanya rupa seolah wira
ber t-shirt kan che guevara
dan wajah-wajah gagah
engels, marx, lenin, stalin, trotsky, castro
atau lei feng atau ak gopalan,AKG,
iya yang kutatap masih juga tegap tubuh-tubuh laki-laki.
di tanganku panji-panji
berbenderakan tukul dan sabit dan kukuh genggaman tangan
buruh dan petani
memetik bintang-bintang
keindahan ayat-ayat cerita orang lain
sengsara dan bahagia oktober 1917
sengsara dan bahagia rakyat di Kuba
sengsara dan bahagia di Selatan Amerika
aku menjadi pengkhayal rupanya
mendambakan romantika kejayaan revolusi yang jauh
lalu menghirup teh tarik kow kurang manis
di restoran mydin bangsar utama
bersama kawan-kawan
roti canai mencecah kari
bersembang dan berbual panjang tentang itu dan ini
menunggu datangnya mati.
peduli apa aku
pada deng xio peng
atau mao tse tung
pada merah
revolusi budaya
tapi aku peduli
padanya
Shamsiah Fakeh
dan AWAS revolusi
tanah Melayu,
iya
revolusi
yang gagal itu
kerana
dia berjaya
menyalakan
api dalam diriku
untuk belajar menjadi seorang laki-laki berani
bukan berani menjadi hamba atau tuan
tapi tidak takut mengangkat saksama sesama manusia
salutku pada nya
seorang perempuan
revolusioner sejati.
aku tak hadir di sekolah revolusi.
dari kuchai lama
ke tanah perkuburan kg. malaysia raya, sungai besi, kl.