|
atrikel: tips menjadi isteri cemerlang dgni Asma ul Husna
[Copy link]
|
|
Reply #19 Rindianiey's post
thanks dear...sebenarnya ayat tergantung tu bukan termasuk bawah tajuk SIapa Diriku....dah edit dah |
|
|
|
|
|
|
|
tertinggal yg ni....
5. Siapakah Mertuaku?
Ibu mertua yang kusayangi, sesungguhnya kasih sayangmu dan keperihatinanmu kepada suamiku selama ini tidak mampu dia membalasnya kerana sesungguhnya semuanya itu adalah sifat Ya Rahman dan Ya Rahim Allah, yang Allah campakkan kepadamu ibuku agar kau menyayangi suamiku dan melindunginya sejak kecil sehingga dewasa.
Sifat Ya Rahman dan Ya Rahim Allah ini lah yang masih kau rasakan walaupun dirinya ini sudah berumahtangga. Kau tetap merinduinya dan ketika dia balik kerumahmu kau tetap mencurahkan perhatianmu dan kasihmu sebagaimana dia masih kecil dulu, tidak sedikitpun ada kekurangan yang dia rasakan. Kau sentiasa mendoakan kesejahteraan kepadanya dunia dan akhirat dengan sifat Ya Salam Allah yang dicampakkan kedalam hatimu.
Namun ibu mertuaku sayang, suamiku yang juga anakmu itu hanyalah hamba kepada Ya Rahman dan Ya Rahim Allah. CintaNya dan KasihNya kepada anakmu tidak akan mampu anakmu tukarkan dengan cinta dan kasih manusia. Maafkan suamiku ibu mertuaku, kerana dia tidak mampu menyayangimu dan mencintaimu lebih dari sayang dan cintanya kepada Tuhannya yang Maha Pemberi, yang memberinya segala apa yang dia kecapi didunia ini.
Maafkan suamiku ibu mertuaku, kerana dia terpaksa meninggalkanmu sentiasa demi melaksanakan tugas khalifah Allah untuk berbakti kepada keluarga dan mendidik anak-anak bagi membina generasi yang mengenal siapa dirinya dan siapa Tuhannya. Setiap arahan Allah akan pasti dia taati ibu, walaupun dia tidak sempat menjengokmu sentiasa, percayalah, kau masih dia sayangi sepertimana kau menyayanginya sejak masih kecil.
Tetapi sedarlah ibu mertuaku, walau kau tidak merasa kasih sayang anakmu lagi, kasih sayang Allah Ya Rahman Ya Rahim kepada ibu tidak berbelah bagi, dan Dia tetap mendampingi ibu dan tidak pernah meninggalkan ibu walau sesaat sekalipun. Dia Ya Syakur amat menghargai jasa ibu membesarkan anakmu sehingga menjadi manusia yang berguna. Dia Ya Aliyy Yang Maha Tinggi Martabatnya tentu akan menaikkan martabat ibu kepada martabat yang tinggi atas pengorbanan ibu selama ini.
Ibu mertua yang kusayangi, sekiranya ibu merasa sunyi, ingatlah kepada Ya Zohir, yang sentiasa menampakkan keagungan dan kewujudannya melalui setiap apa yang berlaku di dunia ini. Dia amat dekat kepada ibu, lebih dekat dari urat leher ibu sendiri. Dia sentiasa berada disisi ibu menunggu-nunggu ibu merayu dan merintih kepadanya ketika ibu rasa kesunyian dan ketika ibu rasa tidak dipedulikan oleh anak-anak ibu. Dia Ya Muhaimin Yang Maha Memelihara tetap mempedulikanmu ibu, usahlah ibu gusar, bimbang dan sedih. Dia Ya Mukmin akan memberi ibu rasa aman dan tenang.
Oleh itu ibu mertuaku, dekatkanlah diri ibu kepadaNya, kepada Ya Hasib, yang Maha mencukupkan, nescaya dia akan mencukupkan keperluan ibu. Ibuku, ingatlah kita akan kembali kepada Ya Malik dan Ya Kholiq, Yang Memiliki kita dan menciptakan kita. Persiapkan diri ibu dengan amalan mulia agar kita akan berjumpa di akhirat kelak dan berkumpul disyurgaNya. Diriku dan suami akan sentiasa mendoakan ibu bagi kesejahteraan ibu di dunia dan di akhirat dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah yang dicampakkan didalam hati kami. |
|
|
|
|
|
|
|
hehe baru Rin nak cakap misy.. no 5 xde coz Rin print n nak filekan.. terperasan xde no 5 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by misy at 4-11-2008 04:43 PM 
ha ye ke...ko ada MP3 dia?
confession ...aku sebenarnya belum habis hafap lagi asma ul Husna ni
aku bleh usahakan.
ko PM email, bebile aku dpt aku email kat ko iAllah
kat astro oasis pun ada klua jgk kdg2
jgn risau, iAllah bleh hafap kalu dgr slalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 mala0n's post
wakaka hafap tuu
okey nanti ku pm |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #23 Rindianiey's post
maafkan kekhilafanku  |
|
|
|
|
|
|
|
Yang sedang sedang jer dong........yang penting..tanamkan dalam diri agar usaha untuk senantiasa jadikan hari ini lebih baik dari semalam, dan esok pula lebih baik dari hari ini........ jangan dihentikan sehingga hari DIA menjemput kita.....
Adios...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #20 misy's post
dlm utube pun ada, search je Asmaul Husna, memang tangkap leleh kalau dgr btulbtul |
|
|
|
|
|
|
| |
|