|
Hos bakteria
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1106/Kosmo/Infiniti/in_04.1.jpg)
| WANITA mempunyai lebih variasi bakteria di tangannya berbanding lelaki.
|
CUCI tangan anda, terutamanya anda para wanita! Kajian sains terbaru mendapati wanita mempunyai lebih variasi bakteria di tangannya berbanding lelaki. Dan, setiap manusia mempunyai kepelbagaian jenis bakteria lebih daripada yang dijangka pengkaji.
"Satu perkara yang benar-benar mengejutkan ialah bukan sahaja terdapat kepelbagaian bakteria antara manusia dengan manusia yang lain bahkan antara tangan kanan dan tangan kiri manusia yang sama," kata pembantu profesor biokimia University of Colorado, Amerika Syarikat (AS), Rob Knight yang terlibat dengan kajian itu.
"Bilangan spesies yang dapat dikesan pada tangan-tangan responden kami amat mengejutkan. Begitu juga dengan keputusan kajian yang menunjukkan lebih banyak jenis bakteria yang ditemui di tangan wanita," tokok rakannya yang mengetuai kajian, Noah Fierer, juga dari universiti yang sama.
Para pengkaji bagaimanapun tidak dapat mengenalpasti punca mengapa lebih banyak variasi bakteria pada tangan perempuan berbanding lelaki, tetapi Fierer mencadangkan ia mungkin disebabkan tahap keasidan pada kulit. Kata Knight, lelaki kebiasaannya memiliki kulit yang lebih berasid berbanding wanita.
Kemungkinan-kemungkinan yang lain ialah perbezaan dari segi penghasilan kelenjar peluh dan minyak antara lelaki dan perempuan, frekuensi pelembap atau kosmetik yang digunakan, ketebalan kulit atau hormon yang terhasil, katanya lagi.
Adakah lelaki perlu bimbang untuk memegang tangan wanita, Knight berkata: "Saya kira, itu bergantung kepada perempuan yang bagaimana."
Dia juga menekankan sebahagian besar bakteria pada tubuh kita tidak memberi mudarat dan memberi faedah. Bakteria patogen cuma dalam minoriti yang kecil.
Para pengkaji mengambil sampel tapak tangan daripada 51 pelajar kolejnya - menjadikan 102 sampel tangan berjaya diperoleh. Kajian tersebut menggunakan sistem perincian terbaru dalam pengesanan DNA bakteria.
Dalam kajian itu, mereka mengenalpasti terdapat 4,742 spesies bakteria keseluruhannya. Mereka mendapati pada satu tangan manusia, terdapat 150 spesies bakteria.
aku nasihatkan tak kira ler dak pompuan ker dak lelaki ker... kena jaga ler hygiene wokey... hygiene tu bukan kat ko punya anatomy ajer... tangan tu penting sangat!!! tu start dapat penyakit ke hulu penyakit ke hiliq tuh... ![](http://www.clipartof.com/images/thumbnail/16476.jpg) |
|
|
|
|
|
|
| |
|