CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3474|Reply: 1

Galeri Ilmu

[Copy link]
Post time 12-11-2008 12:35 PM | Show all posts |Read mode
http://www.galeriilmu.com.my/

Galeri Ilmu dikenali kerana menerbitkan majalah Anis dan Asuh. Tapi nak share kat sini mengenai buku-buku terbitannya.

My first book purchase from Galeri Ilmu adalah Alahai Pengantin Baru. Penulis : Jalilah Abdullah.






Di sebalik kisah-kisah yang berlakupada diri orang lain, kita mungkin akan menemui cerminan diri kita.Inilah mesej yang cuba disampaikan melalui 111 kisah kehidupan yangdimuatkan di dalam buku ini.

Berdasarkan pengalaman lebih 20tahun dalam dunia kewartawanan, penulis menghimpun kisah yangbiasa-biasa tapi kaya dengan iktibar, diolah dengan gaya santai.Sesetengahnya kisah insan biasa yang melakukan sesuatu yang luar biasa.Ada kisah menyayat hati, menyentak emosi, menyentuh naluri. Ada kisahmenyubur fitrah, menghidupkan jiwa.

Banyak pula kisah yangmerangsang minda dan membantu kejernihan rohani. Kisah-kisah inimerupakan cermin kehidupan yang dekat dengan setiap orang daripadakita. Ada sumber motivasi, bahan renungan dan tip. Buku ini miripChicken Soup for the Soul, namun dengan sentuhan nilai Islamik.

Walaupun judul besarnya Alahai Pengantin Baru,buku ini memuatkan banyak kisah lain – kisah rumah tangga, kisah kasihsayang, kisah mencuit hati tentang kefahaman agama, dan umumnya 1001kisah manusia di ‘universiti kehidupan’. Saiznya yang comel dan unikmenjadikan buku ini sangat sesuai untuk dijadikan hadiah perkahwinan,hadiah hari lahir dan sebagainya.


Credit to >>>http://bukugaleri.blogspot.com/2008/10/alahai-pengantin-baru-dan-110-kisah.html

I bought that book pun sebagai wedding gift to my sister and his hubby. Tapi end up tukang beri yang khatamkan dulu. Ia merangkumi bukan pasal pengantin baru sahaja tapi asam garam kehidupan. Penulisannya senang difahami. Tak silap ...ia diambil dari majalah Anis sendiri, maklumla penulisnya editor majalah Anis.

Tapi secara peribadi banyak membantu dan banyak tersentuh di sanubari. Insya Allah ada masa nanti I will quote some...!

Buku yang kedua....



Penulis: Hasrizal Abdul Jamil



Melihatanak-anak terkurung di dalam rumah tingkat 11 bak sarang merpati,timbul rasa terkilan. Damai yang dikecap sebagai sebahagian hidupsemasa di Ireland dulu, janjinya tinggal janji. Bukanlah kerana rumahtidak berjiran dengan taman. Sulitnya adalah pada masa dan kesempatan.Keluar pagi balik malam, suasana kerja mencuri masa pergi begitusahaja. Hujung minggu pula terpaksa dibahagi antara kerja isteri dihospital, dengan jadual ceramah dan mesyuarat.

Betapa mahalnyasetiap hujung minggu untuk anak-anak membesar damai dengan ibu, bapadan Allah Pencipta melalui damai taman dan alam sekitar sentuhan-Nya.Di mana janji untuk berdamai di taman… mendekati Dia pada ciptaanlangsung-Nya yang kaya.


Buku ini menghimpun coretan rasa dan pengalaman seorang bapa dalam memenuhi tanggungjawab yang menanti sebuah perkahwinan.

Buku ni menjadi teman tidur diletakkan di atas katil dan dikelek juga bila ke opis. Bila baca buku ni.... imbas kembali zaman kecik, zaman sekolah, dah kahwin dah ada anak ni ...memang rasa begitu "kena".

Walaupun apa yg disampaikan oleh Ustaz Hasrizal adalah kisahnya dengan isterinya seorang doktor dan bagaimana membesarkan anak-anak dalam kesibukan, flashback camana arwah ayahnya dulu mendidiknya dan macam2 cerita lagi...tetapi kerana ada cerita seakan kita pernah lalui... memang ianya amat dekat dengan kita. Dan yang paling penting, parents should read this book.

Kerana buku ni, I'm a fan of Ustaz Hasrizal and his blog http://saifulislam.com/

(I'm about to open thread khusus untuk buku ni...<Aku Terima Nikahnya> kerana indahnya cerita dan cara motivasi Ustaz Hasrizal dalam bukunya ni...tetapi memandangkan buku Galeri Ilmu yang lain tidak kurang hebat ...bolehlaaaah kita diskas everything under Galeri Ilmu dalam thread ni)

Dalam blognya..Ustaz Hasrizal got a folder untuk this book....Insya Allah nanti I will paste it here...tetapi biasalaaa... buku yang dipegang lebih best !!! Mengadap skrin komputer apatah lagi print out manakan sama.

Dan kisahnya .... another book to stock up my collection are...











[ Last edited by  tieyramisu at 12-11-2008 01:01 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2008 01:03 PM | Show all posts
Dua buah buku tu nanti...will be review ....!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.065673 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list