View: 2925|Reply: 17
|
Stesen Media Prima bagi tahun 2009
[Copy link]
|
|
by - | | 28 Nov 2008
Isi kandungan yang unggul, menambat hati dan bermutu tinggi – itulah kata kunci yang akan mendorong TV3, ntv7, 8TV dan TV9 untuk terus mengukuhkan kedudukan masing-masing sebagai platform pilihan penonton TV tempatan. Secara keseluruhannya, keempat-empat stesen Media Prima akan membuat pelaburan sebanyak RM250 juta untuk pengisian terbitan tempatan dan luar negara dalam usaha strategik untuk melangkaui jangkaan rakyat Malaysia merentasi semua lapisan umur.
“Kami ingin menjadi pusat bagi rancangan terunggul tidak kira jenis mahupun genre – sama ada dalam bahasa Inggeris atau Cina, dalam bentuk filem, drama tempatan, majalah, dokumentari, realiti, animasi atau berita dan hal ehwal semasa. Kami akan ada kesemuanya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Dato’ Sri Farid Ridzuan di Media Prima TV 2009 Screenings Networks. Lebih dari 1, 500 pembeli media, pengiklan, pelanggan korporat, media dan selebriti menghadiri Screenings 2009.
“Tahun 2009 mungkin tahun yang lebih mencabar, namun begitu kami amat komited dalam menawarkan kandungan TV yang lebih hebat, bermutu tinggi – baik rancangan baru mahupun yang akan menyusul dengan musim baru – yang juga relevan pada sasaran pasaran keempat-empat stesen TV.”
Menurut Farid, jumlah penonton TV semakin meningkat, di mana rakyat Malaysia meluangkan lebih dari tiga jam atau 50 peratus dari jumlah waktu bersantai mereka untuk menonton TV berbanding 10 peratus yang memilih media cetak.
Sementara TV3 tampil sebagai stesen kegemaran dengan mendahului pesaingnya sebanyak 22 peratus, TV9 telah berkembang sebagai stesen kegemaran kedua di kalangan penonton Melayu sebanyak 12 peratus. Di samping itu kombinasi utuh antara ntv7 dan 8TV merupakan rangkaian Cina No.1 dan No.2, masing-masing dengan 21 peratus dan 17 peratus bahagian pasaran.
Secara keseluruhannya, keempat-empat stesen mempunyai 50 peratus daripada keseluruhan jumlah penonton televisyen berumur empat tahun ke atas. Dari jumlah tersebut, 58 peratus mewakili penonton Melayu, 51 peratus untuk penonton remaja urban dan 41 peratus untuk penonton dewasa berumur 25 tahun dan ke atas (urban), 56 peratus mewakili kanak-kanak dan 44 peratus untuk pasaran Cina.
“Online TV” atau “Catch-up TV” turut terserlah sebagai saluran utama untuk keempat-empat stesen TV dengan jumlah melebihi 20 juta tontonan video setiap bulan. Program terkenal seperti ‘Impak Maksima’, ‘Manjalara’, ‘Deal Or No Deal’, ‘Age of Glory’, ‘Ghost’, ‘Ho Chak’, ‘Pak Pandir’ dan ‘Mari Bertaranum’ berjaya mencatat jumlah penonton video yang tinggi.
Pada tahun 2009, TV3 akan menyambut ulang tahun ke-25 di samping pelancaran beberapa aktiviti sepanjang tahun bagi meraikan acara gemilang tersebut.
“TV3 tidak lagi hanya sebuah stesen TV. Jenama dan pengisiannya merentasi semua bangsa, agama dan kepercayaan. TV3 merupakan ikon yang menyebarkan dan mendidik minda selain menghiburkan hati dan menyentuh jiwa dan raga semua rakyat,” tambah Farid.
Tahun ini, slot perdana TV3 meraih kejayaan yang sangat membanggakan. Dari ‘Abadi Sebuah Cinta’ dalam slot Samarinda, ‘Kekasihku Seru’ di slot Seram, ‘Sindarela’ di slot Lestari sehingga ke ‘Impak Maksima’ dalam slot Aksi, segalanya mendapat penerimaan hebat.
Kesemua slot popular ini akan diperkuatkan lagi dengan rancangan baru yang lebih menarik pada tahun hadapan. ‘La Dolce Amira’ akan beraksi di slot Lestari, ‘Rozana dan Yusof’ di slot Samarinda manakala slot Seram akan menyaksikan ‘Keliwon’ dan ‘Tower 13’. Penonton turut akan disajikan dengan sitkom mencuit hati seperti ‘Pemandu Jutawan’ oleh pengarah yang juga pemenang anugerah iaitu Aziz M Osman.
Slot perdana untuk TV3 akan digandakan pada tahun depan – bersama rancangan yang menerima rating tertinggi pada waktu pagi dan waktu malam dengan slot terbaru Senda Pagi memperkenalkan rancangan seperti ‘Ewah-Ewah’, ‘Berek’ dan ‘Chef Jo’ serta ‘Roda Impian’ yang berimej baru selain ‘Adikku Pandai Menari’.
Di samping itu juga terdapat lima rancangan hebat seperti ‘Nur Kasih’, siri drama dengan teknik CGI, ‘Bio-Nik, dan ‘Sejuta Impian’, sebuah program realiti di mana TV3 menawarkan sejuta ringgit untuk seorang individu sempena ulang tahun ke-25 nya. Juga, saksikan ‘Tari Tirana’ iaitu sebuah drama muzikal indah serta drama bersiri ‘Rempit vs Impak Maksima’, hasil arahan Ahmad Idham.
ntv7 akan memulakan tahun baru dengan penuh gaya setelah muncul sebagai satu-satunya calon mewakili negara untuk Anugerah Persatuan Penyiaran Asia-Pasifik 2008 untuk ‘The Arena’, di bawah kategori sukan. Program tempatan seperti ‘Jangan Lupa’, ‘Elly’, ‘Nite of Soulful Stars’ dan ‘Aku Bukan Buaya’ turut meraih pencalonan di Anugerah Skrin 2008 baru-baru ini. Tambahan lagi, rancangan Amerika seperti ‘Survivor’, ‘The Amazing Race’, ‘Samantha Who?’, ‘Rachael Ray’ dan ‘Anugerah Emmy 2008’.
Bagi tahun 2009, ntv7 turut menawarkan pelbagai rancangan menarik untuk penonton arifnya seperti ‘Shear Genius’, ‘The Ex-List’, ‘Fringe’, ‘Grey’s Anatomy’ musim kelima, ‘Private Practice’ musim kedua, ‘Samantha Who?’ musim kedua dan ‘Bones’ musim keempat, kesemuanya akan bersiaran buat julung kalinya di negara ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
waaa..cmbest jerk..tp aku jarang tgk tv..tada tv..kt kg jer blik bleh tgk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nampak Ihsan ngan Fizii!!! Ada Upin & Ipin ke?:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 fa_stellar's post
masa bulan pose ngan raya la kekdahnya |
|
|
|
|
|
|
|
Labur RM250 juta mantapkan program TV
AKSI lucu Ahmad Izham ketika memperkenalkan program terbaik 8TV dan ntv7.
Media Prima Berhad janji isi kandungan unggul sempena 2009
MEDIA Prima Television Networks Screenings 2009 yang berlangsung Jumaat lalu dengan penuh gilang gemilang di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menyaksikan rombakan yang bakal berlaku kepada stesen bongsunya, TV9.
Membentangkan program terbaik TV3 dan TV9 yang bakal menemui penonton sepanjang tahun depan, Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri Farid Ridzuan, berkata TV9 akan mensasarkan kepada golongan kontemporari Melayu dan penonton muda tetapi tidak melupakan penonton sedia ada.
Program lebih segar dan kontemporari dengan tumpuan kepada komedi hiburan, sitkom ringan dan program realiti akan terus mendominasi seperti dikehendaki segmen sasaran.
Walaupun sasaran penontonnya menyaksikan perubahan, TV9 tidak melupakan program berbentuk kerohanian seperti Akademi Al-Quran, Cari Menantu, Akademi Nasyid, Halaqah dan sebagainya.
Stesen yang dilancarkan pada 22 April 2006 itu berkembang pantas dan kini berada di belakang TV3 sebagai stesen kegemaran kedua dengan purata 12 peratus penonton di kalangan bangsa Melayu. Sementara itu, TV3 terus kekal sebagai stesen kegemaran, mendahului pesaingnya sebanyak 22 peratus.
| KETUA Pegawai Eksekutif daripada pelbagai syarikat ternama menunjukkan bakat bermain muzik.
|
Menurut Farid, sempena 2009, MPB menjanjikan isi kandungan yang unggul, menambat hati serta bermutu tinggi.
Katanya lagi, ia menjadi kata kunci yang akan mendorong semua stesen milik MPB untuk terus mengukuhkan kedudukan sebagai platform pilihan penonton tempatan.
Justeru bagi mencapai tujuan itu, MPB melaburkan sebanyak RM250 juta untuk pengisian tempatan dan luar negara sebagai strategi untuk merentasi semua lapisan umur.
Strategi berkenaan, kata Farid ternyata berjaya apabila MPB membuktikan ke semua stesen televisyen miliknya mendahului stesen televisyen lain walaupun statusnya sebagai stesen televisyen percuma.
| PENGACARA Shall We Dance, TV5 Manila, Lucy Tores (dua dari kiri) turut diundang memeriahkan acara. |
"Secara keseluruhannya, keempat-empat stesen mempunyai 50 peratus daripada keseluruhan jumlah penonton berumur 4 tahun dan ke atas. Dari jumlah itu, 58 peratus adalah penonton Melayu, 51 peratus penonton remaja urban dan 41 peratus lagi penonton dewasa berusia 25 tahun dan ke atas. Sebanyak 56 peratus mewakili kanak-kanak dan 44 peratus lagi untuk pasaran Cina.
"Selain TV3 dan TV9 yang mampu mengatasi stesen televisyen lain, ntv7 dan 8TV membentuk satu kombinasi utuh apabila menjadi pilihan penonton Cina dengan 21 peratus dan 17 peratus bahagian pasaran masing-masing," katanya di hadapan kira-kira 2,000 tetamu terdiri daripada pembeli media, pengiklan, pelanggan korporat media dan selebriti.
Hadir sama Pengerusi Eksekutif MPB, Datuk Seri Mutalib Mohammed Razak; Pengarah Urusan dan Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif MPB, Abdul Rahman Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Amrin Awaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar dan Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda.
Masih lagi mengekalkan 60 peratus isi kandungan tempatan manakala 40 peratus lagi program dari luar, stesen TV3 yang meraih kejayaan menerusi slot perdananya seperti Seram, Lestari dan Samarinda akan digandakan lagi tahun depan.
TV3 juga akan memperkenalkan slot terbaru Senda Pagi yang memperkenalkan rancangan seperti Ewah-Ewah, Berek dan Chef Jo serta Roda Impian berimej baru. Di samping itu lima rancangan hebat seperti Nur Kasih, siri drama dengan teknik CGI, Bio Nik dan sebuah program relaiti terbaru TV3, Sejuta Impian yang menawarkan wang tunai bernilai sejuta ringgit akan menemui penonton sempena sambutan ulang tahun ke 25 TV3.
Ahmad Izham Omar yang membentangkan program terbaru 8TV dan ntv7 pula berkata, penonton beruntung kerana mereka akan dihidangkan dengan program terbaik tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Tahun ini 8TV memberi tumpuan utama kepada rancangan Hollywood terbaik seperti Deseperate Housewives, Ugly Betty, Beverly Hills 90210, Pushing Daisies, Dollhouse, Cupid dan banyak lagi.
Sementara saluran ntv7 juga menawarkan program menarik seperti Fringe, Private Practice, Samantha Who? serta banyak lagi.
MPB turut mencapai satu lagi kejayaan menerusi Online TV atau Catch Up TV yang mencatat lebih 20 juta tonton video setiap bulan.
Acara dinantikan setiap tahun
MEDIA Prima Television Networks Screenings yang diperkenalkan sejak tujuh tahun lalu sering kali menjadi acara paling dinantikan saban tahun.
Kelainan yang ditonjolkan setiap tahun antara tarikan kepada acara gah itu. Jika tahun-tahun sebelum ini menyaksikan 'orang kuat' stesen televisyen itu menonjolkan bakat mereka sebagai model dan bermain muzik, tahun ini dua orang kuat stesen itu ditemani empat lagi orang kuat daripada pelbagai syarikat gergasi mempamerkan kehebatan masing-masing bermain muzik.
Farid mempamerkan kehebatannya mengetuk tabla sementara Izham dengan keyboard ditemani Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly dengan dram, Ketua Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa bermain bass, Ketua Eksekutif MAS, Datuk Seri Idris Jala sebagai vokal dan gitar bass serta Ketua Eksekutif Maybank, Datuk Seri Wahid Omar juga bermain gitar mempersembahkan dua buah lagu iaitu Panasnya Hari Ini dan turut mengiringi persembahan Faizal Tahir yang mendendangkan lagu Smoke On The Water.
Turut membuat persembahan ialah Dina, Atilia dan Salamiah Hassan, Andy Flop Poppy bersama anaknya, Aizat dan Sheila OIAM. Turut ditampilkan dua bintang dari Hong Kong, Ron Ng dan Shirley Yeung. |
|
|
|
|
|
|
|
Program menarik Media Prima 2009
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
[email protected]
PELBAGAI paparan hangat melatari Wisteria Lane dalam Desperate Housewives.
| Empat rangkaian televisyen terus agresif perkukuh pengisian rancangan untuk kepuasan penonton
MASIH berbaki empat minggu sebelum 2008 menutup helaian diarinya, namun detik menjelang 2009 membuatkan stesen televisyen merangka barisan rancangan menarik untuk hidangan sepanjang tahun depan.
Rangkaian televisyen Media Prima Berhad yang dinaungi TV3, ntv7, 8TV dan TV9 turut berusaha memantapkan pengisian rancangannya untuk 2009, lantas menyuntik keyakinan untuk mengukuhkan lagi jumlah penonton sasaran.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Seri Farid Ridzuan berkata, 2009 menjanjikan tahun lebih agresif buat keempat-empat stesen televisyen naungan gergasi media itu dengan menyajikan hanya yang terbaik untuk kelompok penonton sasaran.
Bermula Januari 2009, stesen Media Prima akan mengolah semula pengisian kandungan program sekali gus membuktikan komitmen mereka terhadap kehendak serta selera khalayak.
Daripada siri televisyen popular Amerika Syarikat yang meraih pelbagai pengiktirafan, himpunan program terbaik juga dibawa dari Asia selain produksi tempatan yang mendapat sambutan hebat penonton.
| SITKOM Fara terus menghangatkan TV3 untuk tayangan 2009.
|
TV3 umpamanya membawakan semula Mentor, selain meneruskan slot popular Legenda dan Akasia dengan pelbagai hidangan cerita menarik di samping rancangan permainan terkenal, Roda Impian serta Fara, Ben 10 dan Teenage Mutant Ninja Turtles.
ntv7 tidak ketinggalan dengan sajian program Hollywood popular seperti Grey抯 Anatomy musim kelima, Private Practice musim kedua, Lipstick Jungle musim kedua serta program tempatan antaranya Wakenabeb (musim keempat), Seekers (musim keenam), Finding Angels dan Siasat Mandarin.
8TV hadir membawakan drama popular Hollywood seperti Prison Break (musim keempat), Gossip Girl (musim kedua), Ugly Betty (musim ketiga), Desperatw Housewives (musim kelima) selain I Wanna Be A Model (musim ketiga), Go-Go-Go (musim kedua), Ho Chak! dan Unveil The Truth.
TV9 pula menyenaraikan program seperti Bong (musim kelima), Akademi Al-Quran (musim keempat), Cari Menantu (musim ketiga), Spongebob Square Pants dan Upin & Ipin.
| PRIVATE Practice juga menerima sambutan hebat penonton ntv7.
|
Berikut adalah program musim baru yang akan bersiaran sepanjang 2009:
TV3:
Legenda
Slot Legenda yang diperkenalkan pada pertengahan 2008, memberi nafas baru kepada cereka rakyat, disampaikan dalam versi baru khusus untuk tontonan khalayak semasa.
Cereka yang diadaptasi daripada cerita rakyat ini masih memberi penekanan kepada mesej positif. Untuk musim baru, Legenda akan mengetengahkan cerita rakyat seperti Anak Buluh Betong, Julia Juli Bintang 3, Merah Putih & Zati dan Si Buruk.
Ben 10
Ben 10 adalah siri animasi dari Amerika Syarikat, ciptaan Cartoon Network Studios. Ia mengisahkan Ben Tennyson yang menemui alat misteri diberi nama Omnitrix. Ia membekalkannya kuasa untuk bertukar kepada 10 bentuk hero alien yang mempunyai kuasa unik dan hebat.
Roda Impian
Roda impian, pertama kali menemui penonton pada pertengahan 1990-an dan kekal menjadi ibu untuk semua rancangan berbentuk permainan. Sama seperti Wheel of Fortune, Roda Impian adalah rancangan permainan paling lama bersiaran.
ntv7:
Age of Glory musim kedua
Age of Glory mengisahkan kehidupan sekumpulan gadis penari dan penyanyi pada era 60-an di BB Park ini mencatat 14 TVR dengan jumlah penonton seramai 800,000 berumur empat tahun dan ke atas.
Respons hebat yang diterima menghasilkan sekuel - Age of Glory musim kedua menyaksikan penghijrahan orang Cina Selatan (dari Tanah Besar China) ke negara jiran, termasuk Malaya sekitar 1930-an.
Grey抯 Anatomy musim kelima
Drama perubatan hebat Amerika Syarikat yang ditayangkan pada slot perdana ini diilhamkan daripada buku perubatan, Grey抯 Anatomy. Pada musim kelima, Meredith dan penghuni Hospital Seattle Grace berduka dengan berita mengenai hospital itu yang dikatakan bukan lagi antara lokasi pelatih terbaik di negara itu.
Private Practice musim kedua
Drama yang dihasilkan daripada siri terkenal Grey抯 Anatomy, Private Practice mengisahkan kehidupan Dr Addison Montgomery yang dimainkan Kate Walsh selepas meninggalkan Hospital Seattle Grace untuk menyertai Pusat Latihan Swasta di Los Angeles.
8TV:
Ugly Betty musim ketiga
Musim ketiga, Betty melakukan perubahan mendadak terhadap kehidupannya. Sementara itu, Ignacio memperoleh pekerjaan baru di sebuah restoran makanan segera dan manipulasi Wilhelmina berjaya memaksa Daniel membuat perubahan atas dirinya.
Musim terbaru ini juga menyaksikan kemunculan Lindsay Lohan membawakan watak Kimmi dan Regis Philbin serta Kelly Ripa sebagai bintang jemputan.
Ugly Betty dilakonkan America Ferrera, Eric Mabius, Becki Newton, Christopher Gorham, Judith Light, Vanessa Williams, Michael Urie, Ashley Jensen, Ana Ortiz, Tony Plana dan Mark Indelicato.
Desperate Housewives musim kelima
Lima tahun berlalu sejak peristiwa Katherine menembak bekas suaminya manakala Susan, Lynette, Bree dan Gaby bersatu hati melindunginya.
Susan berusaha menyembunyikan hubungannya dengan jejaka baru: Gaby pula mempersoalkan keupayaannya sebagai seorang ibu dan Bree mula menerbitkan buku masakannya sendiri.
Katherine mulai cemburu, manakala Lynette membongkar kegiatan kedua anak kembarnya yang mengetuai aktiviti haram dan Edie membawa kejutan apabila pulang ke Wisteria Lane bersama jejaka baru.
Siri ini dibintangi Teri Hatcher, Felicity Huffman, Marcia Cross, Eva Longoria Parker, Nicollette Sheridan, Ricardo Antonio Chavira, Doug Savant dan Dana Delany.
Ho Chak!
Ho chak! kembali untuk musim kelapan sebagai program makanan utama rakyat Malaysia dengan purata 500,000 penonton setiap minggu. Bersama hos, Yoon dan Phirence, mereka kembali dengan pengembaraan mencari restoran terbaik di seluruh negara.
TV9:
Akademi Al-Quran 4 (AQ)
Sejak diterbitkan pada 2006, rancangan ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dan bakal diteruskan dengan musim keempat. Meraih sekitar sejuta penonton setiap minggu, khalayak dapat mendalami ilmu Al-Quran menerusi penerangan dan bimbingan tenaga pengajar dan tiga juri tetap rancangan itu.
Sepanjang dianjurkan, AQ melahirkan tiga qari iaitu Abdullah Fahmi (juara AQ1), Annuar Hasin (juara AQ2) dan Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin (juara AQ3).
Cari Menantu 3
Kembali bersama 10 pasangan yang dipilih untuk menyertai program ini, Cari Menantu mendalami hati budi pasangan bertanding di samping dibimbing dalam pelbagai aspek termasuk tauhid, fiqah, kesihatan dan kewangan sebagai persediaan membina keluarga bahagia. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lucero at 2-12-2008 12:11 AM
i mean. seriously?
Dato' Farid,
tolongla pikir betul2
quality wise,
tkde satu pun drama ahmad idham yg top class tau
popular?
tkdela sngt
dr zaman citer Aku, Dia dan Capetown, ke Ezo ...
org kampong ske tgk tawww |
|
|
|
|
|
|
|
nmpknya kalah mati la rtm tahun depan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bio-Nik
eh... crite aku la |
|
|
|
|
|
|
| |
|