CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: maximus_01

Malang si Pencuri

[Copy link]
Post time 15-12-2008 10:05 AM | Show all posts
Tuan rumah lega 'pencuri' selamat

Oleh HAMZAH SARAH
[email protected]

Che Ibrahim menunjukkan bahagian dapur rumahnya yang ada kesan digelidah pencuri di Kampung Binjai, Kemaman baru-baru ini.

KEMAMAN - "Nasib baik saya cepat balik ke rumah kalau tidak, tak taulah nasib dia."

Demikian menurut seorang peniaga Che Ibrahim Che Abdullah, 57, mengenai kejadian seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya, tetapi terperangkap selama tiga hari kerana gagal mencari jalan keluar.

Menurutnya, ketika kejadian pada 7 Disember lalu, dia balik ke kampungnya di Selising, Kelantan bersama isteri untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dan pulang semula tiga hari kemudian.

Che Ibrahim berkata, sebaik masuk ke dalam rumah, isterinya pengsan apabila mendapati rumah dalam keadaan bersepah serta terdengar bunyi orang mengerang kesakitan di dalam bilik tidur.

"Bila saya periksa seorang lelaki yang saya kenal berada dalam keadaan lemah dan gagal keluar dari rumah kerana mendakwa pandangannya gelap akibat dihalang objek besar.

"Mujurlah kami hanya pulang selama tiga hari, kalau seminggu mungkin dia dah tak bernyawa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Binjai di sini, semalam.

Kosmo! Sabtu lalu melaporkan seorang lelaki berusia 36 tahun terperangkap di dalam rumah milik pasangan suami itu semasa dipercayai mahu mencuri barangan berharga.

Suspek ditemui keletihan dan hampir kebuluran kerana tidak dapat mencari makanan serta mendakwa suasana di dalam rumah itu gelap-gelita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2008 10:28 AM | Show all posts
relaks poyo a.k.a. sempoi je pakcik ni....



[ Last edited by  viper_2803 at 15-12-2008 10:30 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 03:50 AM | Show all posts
padan muka pencuri tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 11:16 AM | Show all posts
uih..dia guna ayat al-quran jer tuh..mmg padan ngan muka pencuri tuh...kalu tak tobat gak pasni tak tau ar
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 10:50 AM | Show all posts
Apparently, pakcik ni tak perlu hire system penggera yg mahal bagai.  Just amalan2 tertentu je.  Heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 11:41 AM | Show all posts
urmm tula sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2009 09:52 PM | Show all posts
setahu dyg org rumah tu pakai ayat2 al quran sebagai pendinding rumah, tu sebab pencuri tu tak dpt kuar... kekadang pencuri tu lupa jalan rumah sendiri walaupun rumah dia depan mata, kalau dia ambil sesuatu barang, selagi dia tak letak balik barang tu, dia tak dpt kuar rumah tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2009 10:20 AM | Show all posts
Originally posted by viper_2803 at 15-12-2008 02:28 AM
relaks poyo a.k.a. sempoi je pakcik ni....



hawat kotor sgt umah pakcik nie?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2009 11:37 AM | Show all posts
kan?? umah camneh pon pencurik nk masuk.... ada pe je la dlm umah dia neh?

bongoknyer pencurik!!
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.055224 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list