CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DTECCONAN

Bush dibaling kasut di Iraq - Update: wartawan dibebas isnin ni!!

[Copy link]
Post time 30-1-2009 05:17 PM | Show all posts

Iraqi shoe hurler inspires art in Saddam hometown

BAGHDAD
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2009 02:09 PM | Show all posts

bush boot sculpture booted out



the boot is given the boot.  wot a shame.  iraqi government gotta bow wow to the us lest no help in cash n kinds  

http://ca.news.yahoo.com/s/afp/0 ... bush_shoe_offbeat_1

TIKRIT, Iraq (AFP) - A huge shoe sculpture honouring the Iraqi reporter who gained global fame by throwing his footwear at former US president George W. Bush has now been dismantled, an official told AFP on Saturday.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 02:16 PM | Show all posts


Muntader al-Zaidi - the iraqi journalist who threw shoes at bush, hes gonna appear in court.  
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 02:26 PM | Show all posts
btw something about the sculpture n the incident.  

http://www.telegraph.co.uk/news/ ... t-shoe-thrower.html

The shoe, in which a tree has been planted, stands 10 feet high and sits atop a white pedestal in Tikrit, the hometown of executed Iraqi dictator Saddam Hussein.

A rose bush is growing next to the monument which was erected in the gardens of an Iraqi foundation that cares for children whose parents have died in the violence that engulfed Iraq after the March 2003 US-led invasion.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2009 06:05 AM | Show all posts
Mahu bela maruah Iraq - Wartawan dedah punca baling kasut ke arah Bush



SAUDARA-MARA mara dan rakan melambaikan tangan ke arah
Muntazer yang menaiki kenderaan berperisai di Baghdad
semalam. Gambar kecil Muntazer.



BAGHDAD - Seorang wartawan Iraq yang membaling kasut ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semalam memberitahu sebuah mahkamah bahawa dia berbuat demikian kerana mahu mengembalikan maruah negaranya.


Dalam penampilan di tempat terbuka buat kali pertama sejak ditahan pihak berkuasa berhubung insiden itu, Muntazer al-Zeidi menyatakan dia tidak berniat untuk mencederakan Bush atau memalukan Perdana Menteri Iraq, Nouri Al-Maliki.

Muntazer dibicarakan di mahkamah atas dakwaan cuba mencederakan seorang pemimpin asing yang boleh menyebabkannya dihukum penjara maksimum 15 tahun.

"Tindakan saya itu kerana Iraq dimalukan setelah diduduki AS serta ramai penduduk terkorban. Saya mahu mengembalikan maruah rakyat Iraq selain menggunakan senjata," katanya.



Muntazer al-Zeidi


Wartawan berumur 30 tahun itu memberi keterangan kepada panel tiga hakim sambil disambut tepukan oleh para penyokong sebagai tanda sokongan terhadapnya.

Ketua hakim kemudian mengarahkan semua pihak untuk bertenang jika tidak mahu dihalau keluar.

Perbicaraan kemudian ditangguhkan kepada 12 Mac.

Ketika kejadian 14 Disember lalu, Muntazer melontar dua kasut ke arah Bush sebelum menggelar presiden AS itu sebagai anjing.

Kumpulan peguam bela menyatakan pertuduhan terhadap Muntazer perlu dipinda kerana Bush tiba bukan dalam lawatan rasmi malah beliau tidak dijemput kerajaan Iraq.

"Lawatan Bush tidak formal kerana beliau ialah seorang penjajah dan ketibaannya disambut komandan tentera AS serta tidak disambut Presiden Jalal Talabani atau Nouri," kata peguam bela, Ghalib Al-Rubaie.

Hakim Abdul-Amir al-Rubaie menangguhkan perbicaraan bagi mendapatkan maklumat daripada kabinet mengenai status lawatan Bush. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 07:41 AM | Show all posts
Wartawan 'serang' Bush bebas Isnin

Dunia rai Muntazer al-Zaidi


BAGHDAD: Wartawan Iraq yang terkenal sebagai 'pembaling kasut' terhadap Presiden Amerika Syarikat, George W Bush, diraikan dunia Arab menjelang pembebasannya, dua hari lagi.

Keluarganya memberitahu, ketika kasut saiz 10 miliknya melayang ke arah Bush, Muntazer al-Zaidi, lelaki bersedia ditembak pengawal pemimpin Amerika itu.


"Dia fikir ejen perkhidmatan rahsia akan menembaknya," kata adik bongsu Muntazer, Maitham. "Dia sudah jangka tetapi tidak takut mati."

Tindakan Muntazer ketika lawatan terakhir bekas presiden Amerika itu ke Iraq Disember lalu tidak berhenti bergema sejak sembilan bulan selepas itu.

Isnin ini ketika wartawan itu keluar dari penjara, kemarahannya selama 10 saat, ditafsirkan sebagai mewakili enam tahun yang teruk negaranya, akan menjalani kehidupan baru yang lebih dramatik.

Di seluruh Iraq dan setiap pelusuk dunia Arab, Muntazer diraikan. Kira-kira 20 perkataan yang diucapkannya kepada Bush � "Ini adalah ciuman selamat tinggal anda, anjing. Ini untuk balu dan anak yatim di Iraq" � diabadikan dan dalam terpahat dalam memori.

Gambar Bush mengelak kasut berada di seluruh dinding di seluruh Baghdad, dicetak pada kemeja-T di Mesir dan dalam permainan kanak-kanak di Turki.

Muntazer berjaya menambat hati jutaan yang percaya tindakannya adalah sebenarnya apa yang sepatutnya dilakukan pemimpin yang penakut.

Iraq ketandusan hero sejak brakhirnya pemerintahan Saddam Hussein dan ramai yang mengaguminya sejak itu.
"Ia umpama David dan Goliath," kata Salah al-Janabi, seorang jurujual barangan barat di pinggir Baghdad. "Apabila sejarah tertulis, mereka akan melihat kembali episod ini dengan sorakan hebat. Kasut Muntazer adalah senjatanya."

Dari sel penjaranya, Muntazer menyedari adanya orang berkumpul, namun tidak menjangka ramai yang menanti pembebasannya.

Sebuah rumah baru empat bilik dibina oleh bekas ketuanya. Kereta baru dan janji lebih lagi menunggunya. � Agensi
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 1.663747 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list