CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: amazed

Mercedes Benz SL Class

[Copy link]
Post time 26-12-2008 01:36 AM | Show all posts
nak tanya korang
Mezr S class 2.8

service
roadtax
minyak
berapa agaknya

cuma nak tau je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2009 08:16 PM | Show all posts
Kereta panduan harian

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR


Pendekatan pemilik SL itu lebih mementingkan tahap kejituan, taraf kelas dan prestij.



KIT badan daripada jenama Fabulous membezakan kereta ini dengan penampilan asal SL500.



APAKAH yang menyumbang kepada ciri sebuah kereta yang hebat? Persoalan ini telah lama diperdebatkan oleh para jurutera automotif berkurun lamanya. Ramai yang mempunyai pendapat yang berbeza.

Adakah ia harus diukur dari segi keselesaan atau pengendalian? Bagaimana dengan faktor kemampuan kuasa dan harganya?

Mercedes Benz SL-Class adalah antara kenderaan sedan yang terhebat dan dikatakan paling menonjol di antara semua kereta dalam kelasnya.

Kebiasaannya untuk kereta pertunjukan, hiasan luar yang radikal lazimnya diiringi oleh 'hiasan' ratu-ratu litar. Tetapi pendekatan pemilik SL kali ini agak berbeza. Sebaliknya, ia lebih mementingkan tahap kejituan, taraf kelas dan prestij.

Hanya dengan sedikit pengubahsuaian kecil, SL500 itu mampu memberikan ledakan kuasa yang hebat di samping masih boleh dipandu sebagai kereta panduan harian. Andy Widjaja ialah pemilik yang mahukan Mercedesnya menjadi igauan indah kepada sesiapa sahaja yang melihatnya secara mendalam.

Keseluruhan luaran kereta itu telah digayakan semula dengan beberapa tambahan kit dari Jepun, spoiler hadapan, skirt sisi dan spoiler belakang adalah padanan yang sempurna bagi badan SL500 yang hebat itu.

Produk Fabulous telah dipilih sebagai kit badan baru kereta tersebut. Walaupun kit badan buatan Jepun untuk kereta Jerman dianggap sesuatu yang songsang, hakikatnya, pembuat kereta Jepun mengutamakan rekaan yang lebih agresif berbanding elegan.

Kit daripada AMG dan Lorinser kebanyakannya mempamerkan gaya eksklusif dan elegan, sementara Jepun lebih mendefinisikan aspek sporty dan aerodinamik.

Selain kit badan tambahan, ruang belakang ditemani dengan tip ekzos berkembar yang bermula daripada manifold yang telah ditukarkan dengan unit daripada Fabulous.

Memberikan tahap kerendahan pada Sl ini adalah set suspensi daripada Eibach. Set rodanya juga daripada Fabuluos Profound yang bersaiz 20x10 untuk belakang dan 20 x 9 untuk hadapan. Gaya roadster pada SL itu nampak lebih padat.



RUANG dalaman tidak menerima sebarang proses pengubahsuaian radikal.




Tayar berkualiti tinggi daripada Falken bersaiz 245/30/R20 dan 285/25/R20 sangat lebar dan kelihatan sungguh gagah.

Sistem brek ulung daripada AMG memberi kuasa memberhenti yang terbaik untuk SL. Seperti biasa, sensasi hebat membrek sebuah Mercedes tetap kekal.

Bahagian dalamannya pula hanya mengalami sedikit pengubahsuaian. Sekali lagi, beberapa komponen kecil daripada Fabulous digunakan untuk memberikan lebih seri pada ruang kokpit.

Kelihatan jelas ialah pemegang brek tangan dan tombol gear daripada Fabulous. Andy tidak memilih untuk tidak menjadikan ruang dalamannya terlalu drastik dengan tema VIP. Cukup sekadar sedap digenggam dan mata memandang.

Enjin kereta-kereta Mercedes Benz telah lama dikenali dengan kemampuan dan kuasa yang dihasilkannya. Pada kelas perlumbaan pula, enjin-enjin itu sememangnya dilahirkan untuk menjuarai kelas tersendiri.

Bagi mereka yang biasa dengan pemanduan SL, pastinya mereka tahu kuasa yang dihasilkan oleh enjin SL500 itu sangat hebat. Bagi Andy pula, beliau mahukan lebih daripada itu.

Dengan hanya menukar penapis udara K&N dan sistem ekzos daripada Fabulous, segalanya berubah menjadi sesuatu yang tidak diduga. Pemetaan semula kotak komputer enjin, nadi penggerak itu mampu meningkatkan kuasa tambahan lebih 15 peratus.

Di dalam bonet belakang, ia dipenuhi dengan komponen elektronik yang disusun rapi. Segalanya berkenaan sistem audio dan jenama Alpine yang menjadi pilihan Andy.

Pemasangan dan laluan pendawaiannya amat kemas sehinggakan ia seperti kereta tempahan khas dari Stutgart yang diimport khas untuk Andy.

Semua perumah komponen audio kereta itu dibuat mengikut ukuran dengan saiz dan dimensinya disesuaikan dengan ruang yang ada.

Dari segi pengamatan ramai, mungkin penampilan SL itu hanya dilihat sebagai sebuah sedan mahal yang biasa. Mungkin kerana Andy hanya mahukan sesuatu yang menonjolkan keaslian sebuah Mercedes Benz dengan hanya sedikit perbezaan.

Tetapi bagi yang teliti dengan pengamatan mereka, satu-persatu kejutan yang diketahui di sebalik penampilan SL500 milik Andy yang serba sempurna dan ringkas.

Segalanya terbukti apabila SL500 IDOLA milik Andy berjaya meraih anugerah Mercedes Benz, Best Wheel Award dan Bachelor of Babes Award di acara Melbourne Auto Salon.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 08:46 PM | Show all posts
Originally posted by Bi7Sari at 26-12-2008 01:36
nak tanya korang
Mezr S class 2.8

service
roadtax
minyak
berapa agaknya

cuma nak tau je


aku takde S280, tapi aku ader E280. road tax setahun RM14XX.00 rasanyer same ngan S class. Tapi bro, dgr org kata S280 "underpower" sbb chasis berat. baik ambik S320.

bab minyak, tak tau, sbb e dan s class beza berat chasis.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.049867 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list