CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5572|Reply: 5

Hal Sewa rumah di Kuantan

[Copy link]
Post time 31-12-2008 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Salam semua warga Pahang,

Saya minta bantuan pada sesiapa yang mempunyai rumah sewa terutamanya di Kuantan.  Saya inginkan sedikit penjelasan berkenaan hal berikut:

1.  Urusan Indah Water (siapa yg bayar? Penyewa atau tuan rumah)
2.  Kerosakan major (tuan rumah bayar)
3.  Kerosakan minor (pam tandas, pam tangki air, singki tersumbat - kos penyelenggaraan tuan rumah atas  penyewa?)\
4.  Berapa bulan deposit utk menyewakan rumah
5.  Berapa deposit utk bil elektrik dan air


Saya agak kabur dalam soal-soal sebegini kerana kurang pengetahuan dlm hal penyewaan rumah.  Saya mempunyai rumah yang disewakan dan seringkali menghadapi masalah bila tenant mengadu urusan penyelenggaraan.

Saya tiada saudara mara di Kuantan yang boleh membantu saya dlm hal urusan rumah ini.  Ibu saya jarang berada di Kuantan kerana sering tinggal bersama anak-anak secara bergilir-gilir.

Baru-baru ini penyewa mengadu ada minor kerosakan, bila saya nyatakan ditolak dari kadar sewa, kosnya amat mengejutkan saya.  Saya merasakan mereka mengambil kesempatan kerana saya minta mereka uruskan.  

Bagi sesiapa yang tahu, terbaru dia mengadu ada kerosakan pam tangki air, berapakah kos pembaikan dan kos pembelian pam air tersebut.

Saya benar-benar mengharapkan bantuan dari segi nasihat dan pandangan dari mereka yang lebih berpengalaman.

terima kasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2008 11:30 AM | Show all posts
bkn ker setgh2 tu ader agrement..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2008 11:35 AM | Show all posts

Reply #2 sump81's post

Tak de pengalaman menyewakan rumah.  Dulu penyewa lari tinggalkan bil air dan api tertunggak almost 1K.

Saya tidak buat agreement kerana masa itu saya bertugas di luar negara, segala urusan ibu saya yg uruskan (asalkan ada penyewa).  Memandangkan ini pengalaman kali pertama, Ibu saya kurang arif pd masa itu.

Skrang saya mahukan sedikit info supaya pd masa hadapan saya tahu apa yg perlu dilakukan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2008 03:25 PM | Show all posts
ermm tak der yg boleh bantu yerrr
mungkin ramai di sini yg menduduki rumah sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 05:19 PM | Show all posts

Balas #4 Cint@\ catat

mungkin kot tp konsepnya tetap tuan rumah yang tanggung kerosakan kan. better kalau ade kerosakan tuan rumah yang buat, baru kurang sikit kosnya. Yang minor, contoh, barang yang ade tertanggal dari tempat sepatutnya atau patah disebabkan perbuatan, kena suruh penyewa ganti le.

Kena bagitahu dulu, syarat2nya sebelum masuk rumah takut nanti dia buat macam umah sendiri plak.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 05:28 PM | Show all posts
Originally posted by Cint@ at 31-12-2008 11:05 AM
Salam semua warga Pahang,
Saya minta bantuan pada sesiapa yang mempunyai rumah sewa terutamanya di Kuantan.  Saya inginkan sedikit penjelasan berkenaan hal berikut:
1.  Urusan Indah Water ( ...


Ni pengalaman masa menyewa dulu, rasanya 6 tahun lepas

1.  Urusan Indah Water (siapa yg bayar? Penyewa atau tuan rumah)penyewa bayar, cukai pintu pun kena bayar jugak dulu
2.  Kerosakan major (tuan rumah bayar) owner bayar
3.  Kerosakan minor (pam tandas, pam tangki air, singki tersumbat - kos penyelenggaraan tuan rumah atas  penyewa?)penyewa bayar
4.  Berapa bulan deposit utk menyewakan rumah. 2 + 1
5.  Berapa deposit utk bil elektrik dan air. Air RM100, letrik pun RM100

skrg tak pasti sbb dah duduk rumah sendiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.491306 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list