|
Rahsia Haruan Tasik
Oleh : Pok Mud's : PANCING November 1999
Haruan tasik merupakan spesies tunggal yang mewakili famili Rachycentridae. Walau bagaimanapun, ikan gemi yang hampir menyerupai haruan tasik adalah tergolong dalam famili yang berbeza. Bagi pemancing yang pernah merasai 'power ranger' haruan tasik (dalam bahasa Inggeris dipanggil Cobia) sudah tentu faham akan kekuatan tarikan spesies yang berkepala seperti ikan haruan atau toman ini. Haruan tasik mempunyai badan yang tegap seperti silinder membujur dan berwarna coklat gelap serta satu jalur cerah (putih). la berekor tirus yang bercabang, ini berbeza dengan haruan atau toman yang berekor bulat.
Sirip dorsal pertama agak ke belakang dengan satu jaluran sirip kecil yang menggerutu sehingga ke pangkal sirip dorsal pertama. Begitupun, ia boleh disifatkan sebagai pemburu atau gemar makan meyambar dengan rakus bak toman yang kelaparan. Jaluran warna cerah keputihan memudahkan pemancing mengenali spesies ini apabila ia berada di dalam air. Barisan gigi halus atas dan bawah membuatkan sukar untuk mangsa melepaskan diri dari cengkamannva dan memberi kelebihan kepada pemancing apabila ia meragut umpan yang dihulurkan.
Haruan tasik bermata kecil dan mempunyai kepantasan renang hasil tujahan ekor cabang yang lebar dan besar serta dengan bantuan badan yang leper bersilinder dan membujur. la boleh membesar sehingga 2 meter (atau lebih tinggi dari kebanyakan orang Asia) dan kebanyakannya menghuni Laut Cina Selatan.
Saiz yang, biasa ditemui ialah sekitar 0.5 hingga l meter, itupun membuatkan rarnai pemancing menggelabah. Spesies jantan dan betina sukar dibezakan dengan sekali pandang, ia seakan-akan sama
Habitat Dan Sifat
Spesies tunggal ini gemar mendiami kawasan pantai berkarang, pulau dan laut lepas. Haruan tasikjuga boleh digolongkan sebagai ikan pelagik iaitu gemar bermain di permukaan air.
Kadang-kala kita boleh nampak ia berlegar mengelilingi bot pemancing. Sebagai ikan pelagik, pergerakan hariannya lebih tertumpu kepada kawasan yang kaya dengan sumber makanan seperti tukun, unjang, boya dan pulau berkarang. la juga sering berenang bersama-sama dan menjadi teman setia kepada ikan paus bintik (whale shark) yang baru-baru ini dilaporkan ditangkap oleh nelayan di Pulau Pinang, beratnya 5 tan!
Haruan tasik biasanya 'mengemudi' paus bintik dengan berenang di hadapan (kadang-kala bawah mulut) seolah-olah berada betul-betul di mulut luas sang paus bintik yang hanya memakan plakton. Ini menjadikan haruan tasik agak terselamat dari sebarang serangan pemangsa lain seperti jerung dan alu-alu dengan adanya 'bodyguard' di belakang.
Haruan tasik gemar meronda di merata tempat bukan saja di perrnukaan air malah di dasar, pertengahan air dan kawasan pantai untuk memburu mangsa. Satu lagi tabiat haruan tasik ialah suka mengekori 'partner' yang kena tali pancing. Ia menghilangkan diri sebaik saja sahabatnya naik ke atas bot.
Taburannya lebih ketara di sebelah Pantai Timur berbanding Pantai Barat dengan nisbah tangkapan 5: 1. Jumlah tangkapan direkodkan melebihi 600 tan sebulan. la banyak ditangkap pada musim sebelum angin monsun timur (tengkujuh) iaitu dari bulan Ogos hingga Oktober. Bagi pemancing, haruan tasik bukanlah spesies yang bermusim.
Peralatan
Sebarang ikan yang menyambar umpan pemancing menyambarnya bukan berdasarkan kepada jenis peralatan, harga, saiz, jenama dan empunya pancing. la lebih tertakluk kepada cara penyampaian, umpan, lubuk serta nasib pemancing itu sendiri. Jadi memancing tak perlu bomoh untuk mendapatkan ikan.
Untuk haruan tasik, jika pemancing menggunakan peralatan aksi ringan tentu bagai nak 'raklah' teknik melawannya. Kalau cekap mengawal peralatan, episod separuh jalan mungkin dapat dihindarkan. Sebagai mana sifat ikan berkulit 'Melayu' ini yang amat rakus melarikan tangsi, peralatan kelas menengah ke atas disyorkan dengan kekuatan tangsi dari 15 hingga 30 paun.
Joran pendek (joran bot) lebih sesuai dengan lenturan parabolik agar mudah pemancing mengepam dan memujuk ia menyerah diri. Denyutan hujung joran berulang kali membuatkan ramai pemancing bertambah gian untuk bertarung dengannya lagi. Memancing dari bot lebih senang kerana spesies ini lebih tertumpu di luar pantai. Gancu juga perlu jika anda berminat untuk membawanya pulang, jika tidak, potong saja tali perambut atau biarkan saja ia memutuskan perambut ketika menggelupur di permukaan air tanpa mencederakannya.
Untuk tagal, disyorkan agar menggunakan mata kail jenis ketajaman kimia (chemical sharpness) yang mudah reput apabila berada lama di dalam air. Dengan ini, mata tertanggal dengan sendiri dan ikan bebas seperti biasa untuk pertarungan di masa akan datang. Mata kail jenis Octopus untuk umpan hidup dan O'Shaughnessy untuk umpan mati dengan saiz 1 hingga 4 adalah disyorkan.
Teknik Dan Umpan
Haruan tasik sentiasa berkeliaran mencari mangsa di kawasan yang memiliki makanan yang banyak. Mangsa pula terdiri dari anak-anak ikan pelagik, sotong, udang, ketam dan anak-anak ikan lain yang bda di habitat laluannya seperti anak kunyit. Oleh kerana berketurunan pemburu, menggunakan umpan ikan mati tidak menjadi masalah untuk menawannya. Jika ia ada berdekatan, umpan ikan tadi akan menjadi mangsa sementara cobia akan menjadi milik anda.
Saya gemar menggunakan umpan anak kunyit hidup di samping hirisan sotong (lihat ilustrasi kaedah mengumpan dengan hirisan sotong) atau ikan selayang mati. Bagi mereka yang gemar menggunakan umpan segar atau hidup terutamanya yang diperolehi melalui pancing apollo, anda dinasihatkan membawa pam udara kuasa bateri supaya ikan pelagik ini tidak cepat mati. Jarang ada bot memancing (nelayan) yang memiliki tempat simpanan umpan hidup.
Walaupun haruan tasik sejenis ikan pelagik, memancing dasar mempunyai peratus sentapan yang lebih tinggi berbanding pertengahan air dan permukaan (teknik hanyut atau guna belon). Selain itu, teknik menunda juga berkesan untuk mendapatkan haruan tasik.
Gewang ikan, sotong atau skirt boleh digunakan untuk menunda haruan tasik. Kawasan pilihan menunda ialah di sekitar pulau, luar kawasan unjang dan kawasan pantai berbatu karang. Jangan menunda berdekatan dengan unjang dan pelampung bubu kerana pasti gewang anda tersangkut pada tali yang berserangkai. Lengkapkan peralatan anda dengan umpan pilihan tadi dan padankan dengan perambut di antara 40 hingga 60 paun. Perambut tangsi memadai dan berkonsepkan 'satu haruan tasik, satu perambut'. Biasanya perambut tangsi akan calar akibat bergeser dengan barisan gigi halusnya. Haruan tasik mempunyai kekuatan larian dan junaman yang kuat, konsisten dan suka berlegar di permukaan sebelum membuat junaman di saat akhir.
Banyak kes putus perambut di permukaan air terjadi apabila teknik menggancu tidak betul. Pada masa ini bukan saja haruan tasik, spesies-spesies lain juga mampu membuat junaman apabila badan tersentak atau sakit (kena sipi) ketika si pemancing sudah yakin ikan tersebut dalam genggaman. Jika terjumpa haruan tasik berlegar di sekitar bot, sistem tegangan perlu 'disetkan' pada tahap sesuai bagi membenarkan larian junaman selepas mata pancing sudah tersusuk pada bahagian mulutnya. Kalau anda tersilap, sarang burung terjadi atau tangsi kehabisan dipecutnya
Kuali
Haruan tasik kurang popular di kalangan peniaga pasar ikan kerana kurang permintaan di kalangan masyarakat negara ini. Ada juga yang menikmati kemanisan dagingnya dengan masak singgang asam pedas dan bakar sambil di cicah air asam. Kalau tak pun, goreng bercili pasti akan membuka selera ketika di tengah laut |
|
|
|
|
|
|
|

Cara elak alah ikan talang
SEBUT saja ikan talang tentu berkait rapat dengan ikan kering yang lumrah berada di pasaran tempatan terutama di kalangan pembekal ikan masin di seluruh negara, namun tidak kurang juga mereka yang kurang berminat untuk makan kerana akan menimbulkan pelbagai penyakit.
Tentu ada cara untuk mengelak daripada terkena penyakit berkenaan selepas memakannya. Justeru Petua Pak Nuri kali ini cuba mendapatkan ikhtiar bagi mereka yang alah jika menyentuh atau makan ikan talang yang dikatakan sangat enak itu.
Daripada risik yang diperoleh daripada beberapa rakan yang berpengalaman jika seseorang itu alah dengan ikan talang terutama menyebabkan gatal seluruh badan selepas memakannya langkah yang perlu diambil ialah dengan mengoreng sebahagian ikan talang hingga garing dan tumbuk isi ikan terbabit hingga hancur dan halus lalu disapukan di tempat alahan untuk beberapa kali lalu membiarkannya hingga kering.
Spesies ikan talang yang terkenal dengan menyambar umpan di permukaan air sangat ganas ketika bertarung terutama apabila merasai dirinya (ikan) sudah menjadi mangsa pemancing. Bagaimanapun keganasan itulah yang sangat digemari kaki pancing kerana dapat menguji kemahiran masing-masing.
Apa pun yang diperkatakan terhadap spesies ikan yang cuma dikaitkan dengan ikan kering itu sebenarnya mempunyai rasa isi yang lazat walau dicelah-celah tulang tajam berselerak itu. Cara untuk mendapatkan isi ikan berkenaan dengan tidak menjejaskan isinya anda perlu kukus ikan talang berkenaan sehingga masak, kemudian mengeruk isinya menggunakan garfu.
Isi ikan talang yang sudah tidak bertulang itu boleh dimasak mengikut selera masing-masing tapi yang terbaik anda boleh buat sup atau bebola ikan serta digoreng tepung.
Kepada penggemar nasi goreng boleh juga menjadikan talang sebagai sebahagian dariapda rencahnya. Mereka yang alah boleh mencuba petua yang diturunkan diatas atau jika rasa takut jangan paksa untuk memakannya.
/- gambar diatas adalah gambar hiasan semata-mata.  |
|
|
|
|
|
|
|
Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan
Sebaik saja terkena sengatan gigi ikan spt. Ikan Jenahak, Malong dan sebagainya dianggota badan terutama jari, cepat-cepat cedok air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan titiskan kedalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan bolehlah sapu apa-apa ubat yang sesuai selepas itu. |
|
|
|
|
|
|
|


Nama saya Tongsan |
|
|
|
|
|
|
|
Lampam Jawa ... aku tak tahu macamana di tempat lain tapi kalau di perak ikan ni antara jenis yg kami suka buat pekasam. sedap ni weh ...


[ Last edited by stormyrain at 18-1-2009 09:48 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ini ikan belida. masa aku menjala dengan apak aku di kawasan bendang di sg manik (di perak - dekat teluk intan) dulu selalu dapat ikan belida ni. tapi apak aku tak ambik ikan ni. dia cuma ambik puyu, sepat dan ikan putih saja. aku tak tahu kenapa. mungkin idak sedap gamaknya.
apak aku juga cerita ikan belida ni asalnya ikan sungai tapi entah macamana boleh masuk ke kws bendang pulak. mungkin ikan ni masuk ikut tali ayor masa jabatan parit mengalirkan ayor masuk ke bendang ...
korang penah makan ikan ni ?

 |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan tenggiri ...

 |
|
|
|
|
|
|
|
Mati makan kari ikan buntal
Oleh RUZSDAN EMBONG
[email protected]

ZAINUDDIN (kiri) dan Mohd. Azroy menerima rawatan di Hospital Dungun selepas termakan kari buntal beracun semalam.
DUNGUN |
|
|
|
|
|
|
|
aritu aku mancing kat parit dapat Puyu ngan haruan.boleh tahan gedang2 jugak la.tapi nak makan,peh payah gile, banyak tulang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 MetalFire's post
ko gelojoh
heheheh
 |
|
|
|
|
|
|
|
psal ikan ara ngan patin d x?
spe2 yg tahu psal ikan ni...bg la info
sekian..makaseh
[ Last edited by donut_1752 at 20-2-2009 05:15 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|