Originally posted by lolipopbasi at 22-1-2009 11:33 AM
aku nak tanya pendapat ada tak antara korang yang tak happy dgn kerja
aku da dpt keje gomen 3 years ago level 41
tapi da lama aku keje rasa mcm jiwa aku takde dgn gomen ni
buat keje pun ...
Cara untuk meningkatkan motivasi kerja:
* Kenal pasti perkara-perkara yang membuat anda kurang motiovasi.
Cth: buat kerja yang sama berulang-ulang, kerenah bos, kurang penghargaaan dll.
**Kenalpasti apa yang anda mahukan dalam hidup anda.
Cara Memotivasikan diri:
2.1 Buat tujuan /matlamat jangka pendek
2.2 Beri diri sendiri penghargaan (dalam bentuk positif talk maybe)
2.3 Fikir yang positif/ buang yang negetif
2.4 Buat catatan harian - jelaskan perkara positif yang anda lakukan dan perkara yang perlu ditingkatkan. Lahirkan perasaan dan beri semangat pada diri.
2.5 Buat visualisasi/mental imageri -bayangkan perkara yang seronok/ tenang/pelepasan perasaan
2.6 Tulis catatan-catatan motivasi
2.7 Libatkan diri dalam pelbagai aktiviti pejabat/antisipasi
2.8 Jangan bertangguh buat kerja/ kalau kerja banyak kerana bertangguh mula hilang mood
2.9 Cari teman yang sama misi
2.10 Buat grapic perkembangan diri/kerja
2.11 Renung kembali kerja dan diri anda
2.12 Amalkan konsep bersyukur..bayangkan orang yang tak ada kerja
Cuba anda buat perbandingan pro dan kontra (selain daripada gaji yang tinggi) tentang kerja di swasta dan kerajaan. Biasanya kerja di swasta lebih tertekan sebab ko kena push selalu dan terpaksa berhempas pulas tingkatkan prestasi. Tapi bila buat kerja at ur own phase.... tak ada orang push rasa macam tak bermotivasila plak..... so kena fikir semua tu. |