View: 4363|Reply: 10
|
- al fatihah - sasterawan Negara ARENA WATI
[Copy link]
|
|
al fatihah
25 januari
-bernama-
KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Arena Wati atau nama sebenarnya Andi Mohalan Andi Beang, 84,
meninggal dunia akibat kanser paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, semalam.
Pemergiannya disifatkan kehilangan besar kepada rumpun Melayu serantau kerana beliau bukan saja dikenali kerana
penulisan novel yang sarat dengan falsafah, malah menjadi peng-hubung rumpun itu, khususnya Malaysia dan Indonesia.
Allahyarham yang menerima gelaran Sasterawan Negara pada 1988 menghembuskan nafas terakhir di sisi
isterinya, Halimah Sulung serta dua anak mereka, Hasanuddin, 48 dan Ratna Siti Akbari, 50, pada jam 1.40 pagi.
Arena Wati yang berasal dari Makasar, Indonesia dan menggunakan nama Muhammad Abdul Biang apabila menetap
di negara ini, dirawat di PPUKM sejak 20 September tahun lalu, kerana ketumbuhan pada otak, lumpuh separuh badan
dan komplikasi lain akibat beberapa penyakit.
Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini selepas solat Zuhur dan selamat
dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada 3.35 petang.
Allahyarham berketurunan Melayu Bugis dan menetap di Kepong, meninggalkan enam anak dan 10 cucu.
Hasanuddin berkata, kesakitan sepanjang dirawat di PPUKM tidak menghalang bapanya menyiapkan manuskrip
novel trilogi terakhirnya yang diberi judul 'Bara-Baraya', sekali gus menunjukkan jiwanya yang mendalam terhadap
karya sastera.
"Arwah begitu tenang ketika menghembuskan nafas terakhirnya," katanya.
"Pesanan akhir Allahyarham adalah beliau mahu anak Melayu terus berjuang membela, mempertahan dan menjaga kesinambungan bangsa itu di seluruh Nusantara," katanya.
HALIMAH menyiram air mawar di pusara suaminya, Arena Wati
di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, semalam.
[ Last edited by gorgonz at 28-1-2009 11:13 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
-bernama-
Anak sulung beliau, Rahmah Wati berkata sewaktu Allyarham dirawat di HUKM, bapanya masih sempat berkarya
dan telah menyiapkan transkrip tulisan tangan untuk trinologi terakhirnya yang berjudul Bara-Baraya.
"Trinologi itu akan diterbitkan tahun ini yang berkisar mengenai perjuangan Melayu Nusantara," katanya.
Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said menyifatkan Allyarham sebagai sesuatu yang amat bernilai dalam arena sastera.
"Beliau seorang yang produktif dalam menghasilkan karya seni dan mempunyai banyak ilham yang dihasilkan menerusi
pengalaman hidupnya," katanya.
Arena Wati dilahirkan pada 30 Julai 1925 di Kalumpang Kabupatan, Jeneponto, Makasar, Indonesia.
Beliau pernah menggunakan beberapa nama pena lain seperti Duta Muda dan Patria.
Arena Wati pernah dianugerahkan beberapa anugerah seperti SEA Write Award (1985), dan
Anugerah Sasterawan Negara (1988).
Arena Wati juga pernah menceburkan diri dalam dunia kewartawanan sekitar tahun 1954 dan pernah menjadi editor
di Pustaka Antara.
Antara karya Allahyarham ialah Eno (1985), Syair Pangeran Syarif (1989),
Syair Pangeran Syarif Hasyim Al-Qudsi (1989), Syair Perang Cina Di Monterado (1989),
Burung Badai (1990), Turina (1991), Citra (1991),
Memoir Arena Wati Enda Gulingku (1991), Ombak Samudera (1992), Meniti Kala by Arena Wati (1993),
Panrita (1993), Sudara (1994), Mevrouw Toga (1995), Begawan (1996),
Jejak Kreatif oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1996), Koleksi Terpilih Arena Wati (1996),
Sukma Angin (1999), Getar-Getir Maya Kumpulan Cerpen (2000), Trilogi Busa (2002).
Armageddon (2004), Kutukan Dari Langit (2004),
Langkah Pertama Kumpulan Cerpen Awal, 1954-1959 (2004),
7 Tegak Bersama (2005), Warna Sukma Usia Muda (2005) dan yang terakhir Cakra Waruga (2006).
Kebanyakkan hasil karya beliau merungkai permasalahan kelompok bawahan dan berkisar mengenai nasib atau pembelaan terhadap golongan tertindas. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh...Amin
Takziah kepada Keluarga Allahyarham |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah buat keluarga Allahyarham |
|
|
|
|
|
|
|
takziah buat keluarga Allahyarham.
Al-Fatihah......semoga rohnya dicucuri rahmat |
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah buat keluarga arwah
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|